Rayuan Ziyad ditolak. Sekali ini yang Ziyad muat naik di laman IGnya buat ramai tumpang sedih.

Rayuan terhadap penarikan semula pingat emas yang dimenangi atlet lontar peluru para negara, Muhammad Ziyad Zolkefli di Paralimpik Tokyo semalam sah ditolak. Olahraga Para Dunia dalam satu kenyataan berkata, rayuan ketiga-tiga atlet iaitu Ziyad serta dua atlet Ecuador dan Australia yang beraksi dalam acara final F20 semalam ditolak oleh juri rayuan Olahraga Para Dunia.

“Keputusan ini adalah berdasarkan kepada Peraturan 5.5 Olahraga Para Dunia – ‘Gagal melaporkan diri ke Call Room’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir ke ‘Call Room’ pada waktu yang sesuai seperti yang ditetapkan dalam jadual Call Room, keputusan yang akan ditunjukkan adalah DNS (tidak bermula). Berdasarkan peraturan ini, atlet dibenarkan untuk bertanding di bawah status protes ketika pengadil mempertimbangkan semua bukti mengapa atlet terlambat ke Call Room. Selepas mempertimbangkan bukti itu, pengadil memutuskan bahawa tidak ada alasan yang tepat untuk kegagalan atlet melaporkan diri ke Call Room tepat pada waktunya.

“Atlet mengemukakan keputusan ini kepada juri rayuan, yang memberi peluang kepada pasukan untuk menyampaikan semua maklumat yang relevan sebelum membuat keputusan akhir. Juri rayuan mempertahankan keputusan pengadil dan mengesahkan keputusan atlet terbabit sebagai DNS,” katanya.

Penyertaan Ziyad dibatalkan selepas dia serta dua lagi peserta dari Ecuador dan Australia menerima protes daripada kem Ukraine kerana lambat memasuki Call Room atau ruang menunggu atlet sebelum turun beraksi. Kem Malaysia bersama Ecuador dan Australia bagaimanapun melakukan protes semula dan membawanya pada mesyuarat Chef De Mission (CDM), hari ini.

Terdahulu pada aksi di Stadium Olimpik semalam, Ziyad mencetuskan kegembiraan buat kontinjen negara apabila mengungguli acara berkenaan dengan melakar rekod dunia 17.94m sekali gus memperbaharui rekod dunia miliknya sendiri 17.29m yang dilakukan pada Kejohanan Olahraga Para Dunia 2017 di London. Pembatalan penyertaan Ziyad menyaksikan peserta dari Ukraine, Maksym Koval yang sebelum ini menduduki tempat kedua, meraih pingat emas dengan catatan 17.34m sekali gus rekod baharu dunia. Rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi yang melakukan balingan terbaik 17.30s pada percubaan ketiga, meraih pingat perak. Sumber : hmetro

Lepas je kecoh pasal pembatalan pingat emas Ziyad Zolkefli. Sekali Menteri tampil dedah ini tindakan yang dia lakukan.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu memaklumkan b4ntahan Malaysia berhubung pembatalan pingat emas jaguh lontar peluru paralimpik negara, Muhammad Ziyad Zolkefli sudah dihantar.

Posting Faizal Azumu di Facebook miliknya sebentar tadi.

Jelasnya, pegawai Kontinjen Malaysia menyertakan semua bukti termasuk rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di dalam dan luar bilik menunggu (call room). “Update terbaru Tokyo – Protest submitted. Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya di Facebook sebentar tadi. Sumber – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*