Susulan Tanah Dua Beradik Bernilai RM7 Juta Bertukar Milik, Ini Jawapan Pengarah Tanah Dan Galian

Tiad.a sebarang ksIahan berkaitan prosedur pertukaran hak milik lot tanah dua beradik wanita di tengah ibu kota sebaliknya mereka sudah menandatangani borang untuk perserahan pindah milik.

Menurut Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Yassir Yahya, hasil semakan yang dibuat mendapati hak milik tanah yang dimaksudkan sudah dibuat urusan pindah milik dari dua individu kepada sebuah syarikat pada awal Julai lalu.

” Tatacara dan prosedur urusan perserahan pindah milik berkenaan mematuhi semua peraturan dan perundangan tanah seperti yang ditetapkan di dalam Akta 828 Knun Tanah Negara.

” Instrumen dan semua dokumen sokongan bagi urusan berkenaan sudah disemak dan didapati teratur serta memenuhi keperluan di bawah Division IV Kanun Tanah Negara (KTN),” katanya ketika ditemui HarianMetro, hari ini.

Beliau mengulas laporan Harian Metro yang mendedahkan lot tanah berharga lebih RM7 juta dipindah milik tanpa pengetahuan pemiliknya.

Mengulas lanjut, Muhammad Yassir berkata, borang 14A KTN bagi permohonan pindah milik juga didapati disempurnakan iaitu ditandatangani pemilik bersama dan disaksikan peguam selaras dengan keperluan Sksyen 211 KTN dan jadual kelima KTN.

” Selain itu, dokumen sokongan seperti salinan hak milik asal (geran asal), salinan kad pengenalan pemilik asal, salinan sijil pendaftaran syarikat dan sijil bayaran duti setem turut dikemukakan.

” Semakan pengesahan oleh Pendaftar di PTGKL melalui sistem eTanah yang diintegrasikan dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mendapati semua maklumat berkenaan adalah sah.

” Justeru, Pendaftar di PTGKL mendaftarkan pindah milik tanah berkenaan selepas berpuas hati ia ‘fit-for-registration’ selaras dengan peruntukan di bawah Sksyen 297 Kanun Tanah Negara,” katanya.

Menurutnya, selepas terdapat aduan penipuan yang dibuat pemilik tanah berkenaan, PTGKL mendaftarkan ‘Kaveat Pendaftar’ mengikut Sksyen 320(1)(a) KTN bagi menghentikan sebarang permohonan urusan lanjut berkaitan tanah berkenaan.

” PTGKL akan menunggu hasil siasatan poIis bagi menentukan pemilik tanah berkenaan.

” Semua dokumen dan instrumen berkaitan pindah milik sudah diserahkan kepada poIis untuk membantu siasatan,” katanya.

Pemilik sudah bayar duti setem RM250,000

Berdasarkan carian di Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) mendapati pemilik asal tanah berkenaan juga sudah membayar duti setem kira-kira RM250,000 untuk tujuan pindah milik tanah berkenaan.

Kelmarin, akhbar ini melaporkan poIis menahan lima individu termasuk peguam bagi membantu siasatan berhubung dkwaan peniipuan dalam pindah milik tanah.

Ia susulan laporan poIis yang dibuat dua beradik di IPD Dang Wangi yang mendkwa tidak tahu dan tidak pernah berurusan untuk pertukaran hak milik tanah yang dianggarkan bernilai RM7 juta itu.

Bagaimanapun, kelima-limanya sudah dibebaskan selepas permohonan tambahan rem4n poIis ditoIak mhkamah.

Terdahulu, dua beradik wanita berusia 50-an terkejut mendapati tanah miIik mereka di tengah ibu kota dianggarkan bernilai lebih RM7 juta berpindah miIik kepada sebuah syarikat tanpa pengetahuan.

Menurut sumber, mngsa hanya menyedari kehilangan hak miIik tanah selepas dimaklumkan anak saudaranya pada 10 Ogos lalu.

” Dia melakukan semakan dengan pegawai pejabat tanah dan mengakui terkejut apabila tanah miliknya disahkan sudah ditukar hak miIik kepada syarikat berkenaan tanpa pengetahuannya.

” Mngsa mendkwa tidak pernah berurusan dengan mana-mana pihak dan membuat pemindahan hak miIik tanah kepada mana-mana individu ataupun syarikat.

” Lebih menghairankan bagaimana tanah boleh dipindah miIik tanpa pengetahuan pemiIik tanah itu sendiri.

” Urusan tukar hak miIik tanah ini bukan benda mudah, saya khuatir ada perkara tidak betul berlaku di pejabat tanah itu,” katanya kepada HarianMetro.

Sumber:hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*