‘Saya kini asnaf’ – Ali XPDC bagitahu apa yg berlaku kepada diri dia selepas masuk PPUM

Kuala Lumpur: Penyanyi, Ali XPDC mengakui dia kini adalah golongan asnaf selepas lebih setahun tidak bekerja dan tiada sebarang pendapatan.

Ali, 53, atau nama sebenarnya Mohd Ali Ismail berkata, dia kini menerima bantuan sebanyak RM600 dari Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Syukurlah LZS banyak membantu saya dan keluarga untuk meneruskan hidup kami. Terima kasih banyak-banyak,” katanya yang dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), di sini, kerana mengalami masalah semput dan lemah jantung sejak 2 September lalu.

Ali berkata, dia juga bersyukur kerana kos rawatan di PPUM itu turut ditanggung pihak LZS.

“Kalau nak harapkan saya memang tak ada duit nak membayarnya,” katanya yang mempunyai lima anak yang masih belajar.

Ali mengakui sejak penularan Covid-19 dan sukar untuk bekerja, dia membuang rasa malu untuk meminta bantuan termasuk menerusi laman sosial kerana memang amat terdesak.

“Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak LZS, individu dan peminat yang banyak menghulurkan bantu4n kepada saya,” katanya kepada Harian Metro.

Dalam pada itu, Ali juga gagal menjalani pemeriksaan Magnetic Resonance Imaging (MRI) di PPUM semalam kerana mengalami kesuk4ran bern4fas.

“Proses itu separuh jalan saja. MRI semalam saya tak lepas. Sekejap sangat. Saya tak tahan bernafas kat dalam itu.

“Jadi saya kenalah buat temujanji semula dengan doktor selepas ini pada masa lain. Apapun, alhamdulillah saya dah boleh balik petang ini dan berehat di rumah,” katanya.

Ali mula mengalami masalah semput sejak hujung Ogos lalu. Dia kemudian membuat pemeriksaan di PPUM sebelum ditahan di wad untuk rawatan lanjut pada 2 September lalu.

Malam tadi, satu majlis bacaan Yassin dianjurkan golongan rockers era 1990-an yang dipimpin Ustaz Zulkefli Hamat bagi mendoakan kesembuhan Ali.

“Terima kasih kepada semua sahabat-sahabat saya dengan bacaan Yassin semalam. Pagi ini saya rasa lapang sangat kerana berkat doa semua,” katanya.

Pada 26 Mac tahun lalu, Ali pernah melecur 30 peratus di tangan dan muka selepas disambar api ketika membakar sampah di rumahnya.

Penderita4nnya mendapat perhatian ramai pihak termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sementa, Dr Daroyah Alwi yang hadir menyerahkan bantuan bagi meringankan bebannya.

Daroyah turut membantu Ali mendapatkan bantuan dari LZS bagi menampung perbelanjaan mendapatkan rawatan selain kehil4ngan pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) lalu

“Saya Nak Berhenti Menyanyi, Ustaz Kata Jangan Kerana…”-Ali XPDC Lebih Tenang Selepas Berhijrah

Vokalis XPDC, Ali akui pernah terfikir untuk meninggalkan karier nyanyian sebaik sahaja dia berhijrah dan mendalami ilmu agama sejak lima tahun lalu.

Pun begitu, niatnya itu tidak diteruskan apabila Ali atau nama sebenar Mohd Ali Ismail mengambil kira nasihat daripada seorang ustaz.

“Saya sekarang selesa begini, banyak menyertai aktiviti agama dan program dakwah.

“Saya pernah beritahu seorang ustaz yang sama mahu berhenti menyanyi tapi ustaz itu kata jangan kerana katanya bakat nyanyian yang saya ada ini adalah anugerah daripada Tuhan dan saya masih boleh berdakwah melaluinya.“Selepas mengambil kira nasihat seorang ustaz yang meminta dipertimbangkan keputusan itu, saya cuba memahaminya,” katanya kepada Gempak.

Kini, Ali yang popular dengan lagu Bunga Angkasa itu memberitahu jiwanya lebih tenang selepas menyertai aktiviti keagamaan dan program dakwah.

“Jiwa saya sangat tenang dan selesa berjumpa orang dan berdakwah. Malah saya akan sertainya hampir setiap minggu.

“Sekarang ini cabaran penghijrahan seakan dipermudahkan walaupun ramai yang mengenali dan mengetahui latar belakang saya sebagai penyanyi rock,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*