“luangkan masa selama 3 jam di hospital bersama Ayash Affan..” Shuib Cerita keadaan Ayash..

“luangkan masa selama 3 jam di hospital bersama Ayash Affan..” Shuib Cerita keadaan Ayash..

Semalam, Shuib menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital hari ini. Menurut Shuib, hari ini merupakan kali pertama dia melihat dan menyentuh anak kesayangannya itu.

‘Muka macam daddy lah ibu’

Terbaru, Shuib memaklumkan dia telah meluangkan masa selama 3 jam di hospital bersama Ayash Affan yang kini sudah pun berusia 39 hari. Shuib juga meluahkan rasa syukur kerana Ayash berada dalam keadaan sihat malah berat badannya juga kini sudah mencecah 2.6 kilogram.

SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikat yang cukup indah bila dapat luangan masa 3 jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.

Sementara itu, Shuib mengakui Ayash Affan adalah hadiah teristimewa yang diberikan oleh Allahyarham Siti Sarah buat dirinya dan keluarga. Menurut pelawak berusia 37 tahun ini, dia turut menyifatkan anak bongsunya itu memiliki wajah yang seiras dengannya. Tidak terhenti di situ, Shuib seakan bersedih selain berharap agar Allahyarham Siti Sarah berada di sisinya untuk meraikan hari bahagia tersebut.

Muka macam daddy lah ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu. Allahuakbar, i wish you are here sayang. I love you.

Menerusi posting terbaru, Shuib mengenang kembali kata-kata dan pesanan yang pernah disampaikan Allahyarham Siti Sarah kepadanya.

Allahyarham pernah meminta Shuib menjaga anak keempat mereka ini dengan baik.

Masih ingat lagi ibu selalu cakap benda yang sama berulang kali ‘Baby yang ke-4 ni you jaga dia tau, you jaga dia tau, you jaga ok.’

InsyaAllah sayang, I akan jaga dia macam mana I jaga you sampai lah dia jadi anak yang soleh. Anak yang akan menjadi kebanggaan you dunia akhirat. Anak yang selalu dekat dengan Allah. Cuma I mohon you doakan I, perjalanan I masih jauh. Doakan I selalu kuat. I love you sayang.

Terdahulu, Shuib memutuskan untuk menjadikan sepupunya sendiri sebagai ibu susuan buat anak bongsunya, Ayash Affan yang lahir pada 6 Ogos lalu.

Sumber: Shuib Sepahtu

‘Tiada lagi sambutan hari lahir bersama’ – Tarikh lahir hanya berselang tiga hari

Kuala Lumpur: Kebiasaannya September adalah bulan yang dinanti-nantikan oleh pelawak Shuib Sepahtu dan isterinya, Allahy4rhamah Siti Sarah Raissuddin untuk meraikan ulang tahun kelahiran mereka bersama-sama.

Shuib dilahirkan pada 12 September, manakala Siti Sarah pula 15 September, hanya berselang tiga hari tetapi pada tahun yang sama, 1984.

Namun, kini segala saat manis dan keriangan sambutan hari lahir itu hanya tinggal kenangan apabila Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir pada 9 Ogos lalu.

Menerusi hantarannya di Instagram, Shuib memuat naik gambar sambutan ulang tahun kelahiran pada hari ini yang diraikan oleh tiga anaknya.

“Tahun ini tiada sambutan hari lahir bersama, 12 September/ 15 September 1984. 37 tahun yang tersangat luar biasa untuk Shahmira Bin Muhamad. Alhamdulillah, syukur di atas segala rahmat dan nikmat,” tulisnya.

Difahamkan sambutan itu dibuat semalam ketika Shuib membawa keluarganya beriadah di sebuah kawasan rekreasi air terjun susulan Lembah Klang kini beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Justeru, hantaran dibuat Shuib itu menerima lebih 300,000 tanda suka dari pengikutnya berserta ucapan ulang tahun daripada rakan-rakan artis seperti Elly Mazlein, Ajak Shiro, Sharif Zero dan ramai lagi.

Tidak ketinggalan, Shuib juga menerima ucapan hari jadi istimewa daripada pendakwah terkenal, Ustaz Abdullah Khairi.

Terdahulu, sebulan lalu Shuib kehilangan isteri tercintanya, penyanyi Siti Sarah yang men1nggl dun1a akibat Cv1d-19 di Unit Rawatan Rapi (ICU) HCTM selepas ditidurkan dan selamat melahirkan bayi lelaki, Ayash Affan pada 6 Ogos lalu.

Mereka berkahwin pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6 dan terbaru, Ayash.

“Kepada my en suami..” – Hrini ulangtahun kelahiran Shuib, Namun ucapan terakhir Siti Sarah buat rmai seb4k

Tanggal 12 september 2021 merupakan hari ulangtahun kelahiran pelakon, pelawak popular tanah air, Shuib Sepahtu atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad.

Seperti sedia maklum, Shuib kehil4ngan isteri nya pada bulan lepas kerana jangk1tan w4bak. Pem3rgian nya juga memberi kesan pada masyarakat dan ramai mendoakan kebaikan.

Tidak lupa kenalan artis, Sharnaaz Ahmad antara yang mengucapkan hari ulangtahun buat Shuib.

Video dibawah:

Ucapan hari ulangtahun terakhir yang diucapkan daripada Siti Sarah pada tahun lepas buat ramai warganet seb4k.

Ucapan nya:

“Kepada my en suami, king , baby, manja , bapak kapata , bapaknya shahnira , cinta utana end everything (hanya die yg paham ) moga segala urusan dunia akirat, dipermudahkan, dimakbulkan segala permintaan yg baik, dimurahkan rezeki, diampunkan segala dosa sentiasa dalam rahmat Allah .. happy birthday my love @shuibsepahtu..”

Min harap masyarakat sentiasa mendoakan kebaikan buat Shuib sekeluarga dan tidak lupa buat allayarh4mah Siti Sarah juga, semoga Allah terima segala amal dan ibadatnya.

Kredit : OB

Sumber: Shuib Sepahtu

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*