Sebut sahaja nama Saheizy Sam, pasti ramai mengenali dirinya sebagai watak utama dalam filem Polis Evo. Sam memegang watak polis dengan nama Inspektor Khai.
Menerusi halaman instagram miliknya, Sam ada berkongsi satu klip durasi pendek dengan kapsyen:
“Nak tgk MySejahtera kita tapi acah2 polis plak, kita pun jadi la Insp Khai, Korang pun mesti pernah tertanya, kan..”
Video dibawah:
Rata rata netizen terhibur dengan reaksi muka saheizy sam pada hujung klip tersebut.
Terdahulu, Sam juga tinggal pesanan ‘deep’ untuk pelakon senior.
Luahan pelakon senior mengenai kebanjiran instafamous menyertai bidang lakonan dan sika.p bu.ruk se.gelintir bakat baharu terus menjadi topik perbualan dalam kalangan penggiat seni dan netizen di media sosial.
Menyedari isu yang han.gat diperkatakan ini, pelakon Shaheizy Sam berpendapat hal ini tidak seharusnya menjadi perdebatan kerana ia merupakan kitaran biasa seiring perubahan zaman.
Enggan menyalahkan mana-mana pihak, Sam atau nama sebenar Shaheizy Sam Abdul Samad, 39, berkata setiap pelakon memiliki kelebihan dan kepentingan dalam industri.
“Kita kena sedar sekarang ni banyak platform media sosial yang boleh popularkan seseorang, semua nak jadi influencer dan mahukan perhatian masyarakat.
“Dalam hal ini, saya tak salahkan pelakon baharu atau pelakon lama sebab semuanya atas kehendak stesen televisyen, mereka orang berniaga semestinya mengharapkan pengikut untuk menonton, walaupun kayu tak apa! Mungkin itu pegangan mereka, ini semua kitaran biasa dalam industri.
“Pelakon senior termasuk saya zaman dahulu tak ada platform media sosial dan kita hanya harap pada bakat, semua bergan.tung bakat… kita tunjuk bakat supaya orang suka untuk tengok lakonan kita tapi sekarang zaman dah berubah,” katanya.
“Bagi saya mereka semua ada nilai dan kelebihan sendiri… kena balik semula pada diri dan ingatlah kita ini hanya hamba Allah, jadi perlu ada adab. Tak kisah la kau lama atau baru.
“Hormat antara satu sama lain, orang lama pula jangan ingat dia budak baharu nak tunjuk power. Kita hormat jaga adab sesama kita.
“Kita orang Malaysia dah diajar tentang adab sejak kecil… walaupun mereka muda, kita yang dah tua ni kena tunjuk contoh yang baik supaya jadi teladan,” ujarnya.
Sementara itu, suami kepada aktres Syatilla Melvin ini berkata dia tiada masalah bergandingan dengan mana-mana pelakon baharu selepas ini.
“Saya bukan nak cakap ti.pu, saya ni nak tengok TV pun tak ada masa, siapa pelakon baharu pun saya tak tahu… mesti ada pelakon baharu ingat saya sombong sebab tak kenal mereka tapi itulah hakikatnya.
“Kalau nak bekerja dengan pelakon baharu saya tak ada masalah sebab pegang pada prinsip, jika pengarah itu bagus semestinya pelakon yang dipilih juga bagus… saya percaya tentang hal itu,” katanya.
Bercakap mengenai karier seni dan perniagaan yang diusahakan, Sam mengakui dirinya lebih selektif dalam memilih naskhah lakonan kerana fokusnya kini lebih terarah kepada bidang keusahawanan.
“Saya ingin fokus terhadap bisnes ini… malah sejak tahun 2015 lagi saya lebih selektif memilih skrip bagi mendapat kepuasan dalam bidang seni yang dicintai.
“Awal tahun ini pula saya mula fokus perniagaan coklat ini dan melihat ia berpotensi untuk dibangunkan dengan sebaiknya. Kalau artis lain tertumpu pada produk kecantikan, saya pula memilih bidang makanan,” katanya.
Jangan lupa komen yang baik baik sahaja.
Sumber: mstar & IG Saheizy Sam
Leave a Reply