Kacak sebut pasal duit kalau nak kahwin dgn mama, sekali Iqbal bagi offer lagi tinggi

” Abang nak jaga mama, mama dah semakin tua.. jangan samakan abang walaupun mama dah kahwin sepuluh kali pun..”

Itu penjelasan usahawan Ahmad Iqbal Zulkefli dan nampaknya rancangan untuk menikahi Datuk Seri Hasmiza Othman atau Vida dilihat bukan lagi perkara mainan.

Menurut Iqbal, 27, walaupun anak sulung Vida iaitu Cik B atau Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin, 16, tidak merestui hubungan mereka, namun dia mengharapkan agar diberikan peluang.

Malah dakwa Iqbal, dia gembira apabila adik Cik B iaitu Muhammad Eric Zecquan Mohd Amin, 14, atau lebih terkenal sebagai Kacak menerima kehadirannya dalam keluarga mereka.

” Kacak sangat baik dengan saya… sangat rapat. Dia menangis, dia nak saya jaga ibunya.

” Jadi perkahwinan ini memang akan berlaku. Cik B… abang nekad nak jaga mama. Kalau abang gagal dalam masa dua atau tiga tahun, Cik B buanglah abang, letak abang jauh-jauh.” katanya ketika ditemui mStar.

Sebelum ini portal terkenal mStar melaporkan tentang perasaan Cik B yang geli dengan cara Iqbal meluahkan perasaannya kepada Vida.

Lebih menimbulkan rasa kurang selesa apabila Iqbal dilihat terlalu mencuba untuk mendekati Vida apabila memanggil anak-anak usahawan itu sebagai “anak kita”.

” Saya faham bagaimana perasaan Cik B, bagaimana marahnya apabila seorang anak inginkan perhatian.

” Saya tidak marah pada Cik B walaupun dia kata dia taknak ayah, saya faham.. bahkan dia cakap dia geli apabila saya sebut kepada DS Vida ‘anak kita’.

” Sedangkan saya berkata begitu sebab saya sudah bersedia dah saya sudah menganggap Cik B anak saya.

Iqbal kemudian disoal mengenai perbezaan umur antara mereka iaitu 22 tahun dan adakah Iqbal pernah menjalin hbngan dengan mana-mana wanita.

” Pernah, dan saya pun hampir barkahwin. Itupun masa nak kahwin saya beritahu DS Vida semua sama ada boleh ke saya berkahwin.. namun tak jadi kahwin dan memang susah saya nak lupakan DS Vida.

” Banyak perkara sebenarnya yang orang tidak tahu.. yang orang tahu hanya nak kec4m saya mahu rebut duit dan harta orang. Pada saya pemikiran begitu kita tidak terbuka sedangkan di negara luar benda ini (perkahwinan beza usia) adalah normal.

Iqbal turut memberikan reaksi beliau selepas komen-komen ntizen yang mengec4m tndakan beliau mahu mengahwini DS Vida.

” Saya terima, tapi awak semua ingat saya macam budak mentah, yang tak ada cita-cita dan tak ada duit semua tu ke? Nak kata terasa, tidak.. sebab saya dah kebal..

” Saya dah cukup duit, nak berapa puluh juta lagi? Cuma saya nak bimbing dia untuk menjadi lebih baik.. Kalau bukan saya, siapa lagi.. saya tunggu untuk siapa yang mahu kahwin dengan DS Vida..

 

Berdasarkan kata-kata dan reaksi wajah ditunjukkan Iqbal ternyata dia begitu sayang dengan DS Vida.

Persoalannya adakah betul perkahwinan itu akan berlangsung pada hujung tahun ini.

” Betul, kalau ikutkan plan saya dah bincang dengan DS Vida tentang tema dan lokasi perkahwinan. Saya juga sudah hubungi kakak kepada DS Vida dan perkahwinan itu akan betul-betul berlaku.

Iqbal kemudian diminta untuk memberi kata-kata kepada anak-anak DS Vida, Cik B dan Kacak supaya dia berasa lembut hati.

” Assalamualaikum Cik B. Abang tak mahu apa-apa pun, abang dah ada duit semua..dah ada rumah semua. Mama pun semakin berusia, Cik B pun tahu mama selalu dengan abang.

” Kali ini abang betul-betul tekad untuk menjaga mama.. kalau abang tak jaga mama dalam masa dua, tiga tahun.. Cik B buang abang jauh-jauh.

” Abang pun berjanji untuk bagi nafkah kepada mama satu juta sebulan.. untuk Cik B satu juta sebulan ke.. Cik B dan Kacak jugak ke.. boleh semua…” luah Iqbal

Sumber:mstar

No money no talk

Menerusi akaun TikTok, Kacak memberitahu dia bersetuju dengan permintaan ibunya yang ingin berkahwin lagi.

Namun, kata Kacak, 14, dia tidak akan menerima sewenang-wenangnya siapa gerangan calon bapa tirinya.

First for all, saya nak cakap, kalau mama nak kahwin I’m just gonna agree with it guys. But not gonna agree macam tu ja la.

No, you have to give me some.. you know.. (duit). If he wants my mom, then give me some of this (duit). Yes money. No money no talk.

Give me some (duit) and I will agree with everything, don’t worry. Saya bukan pisau cukur ke apa, but money works you know.

Anak lagi cerdik dari mak


Di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan gurauan Kacak berkenaan isu Vida ingin berkahwin lagi. Namun, ada juga segelintir yang bersetuju dengan permintaan pemilik nama Muhammad Eric Zecquan.

Sehingga artikel ini ditulis, video itu sudah mendapat 14,500 tontonan dan hampir 200 komen.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*