Patut Lama Tak Keluar TV, Penampilan Terkini Preity Zinta Mngejutkan Rmai, Kini Jadi Petani

Aktres cantik Bollywood, Preity Zinta kini gembira menjalani aktiviti bercucuk tanam di rumah.

Menerusi tinjauan Gempak di akaun Instagram miliknya, Preity Zinta yang agak lama tidak muncul dalam filem terbaru berkongsi tentang tanamannya seperti herba, sayuran, dan buah-buahan.

Menurut pelakon filem Kal Ho Naa Ho itu, antara faktor dia gemar bercucuk tanam adalah disebabkan masalah perubahan iklim dan pemanasan global yang melanda dunia.

” Di sini saya tanam pokok Himalayan Cedar kerana perubahan iklim dan pemanasan global memberi impak kepada kita semua.

” Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk menyumbang kembali kepada alam sekitar agar generasi akan datang dapat menikmati keindahan alam dan udara bersih seperti yang kita rasai ketika membesar,” kongsinya.

Baru-baru ini, Preity Zinta juga kembali ke ladang epal tanaman keluarganya untuk melihat dan kembali merasai pengalaman di sana seperti waktu dia membesar.

” Saya sangat seronok melihat pokok epal setelah sekian lama, sebaik sahaja hujan berhenti, saya berlari keluar dan buat video ini.

” Kembali ke ladang keluarga kami membuatkan saya emosi, saya membesar bersama atuk, nenek bersama Rajinder Mamaji dan Uma Mamiji.

” Kami melalui kenangan yang indah ketika saya membesar di sini. Musim epal sangat istimewa,” coretnya juga di Instagram.

Perkongsian Preity Zinta sering mendapat respon positif daripada warganet yang mengikuti perkembangannya.

Preity mula menjadi petani sejak 2019 dan bergabung dengan komuniti pertanian apel di Himachal Pradesh. Selain bercucuk tanam di halaman rumahnya dia juga menanam rempah-rempah, sayuran, serta buah-buahan.

Preity Zinta berkahwin dengan suaminya Gene Goodenough yang berasal daripada Amerika Syarikat pada tahun 2016.

Antara filem terakhir lakonan Preity Zinta adalah Bhaiyaji Superhit yang dilancarkan pada tahun 2018.

Profil Preity Zinta

Nama Asal : Preetam Singh Zinta
Nama Panggilan : Preity
Tarikh Lahir : 31 January 1975
Umur ( 2019 ) : 46 tahun
Tempat Lahir : Shimla, Himachal Pradesh, India

Zodiac : Aquarius
Warganegara : India
Agama : Hindu
Kerjaya : Aktres, Producer, Writer, Entrepreneur
Pendidikan : Himachal Pradesh The Lawrence School, Sy.Bede’s College Shimla, Himachal Pradesh

Debut Film : Dil Se ( 1998 )
Family : Ayah- Late Durganand Zinta ( Army Officer ) Ibu – Nilprabha Zinta
Hobi : Menari, Working out at Gym, membaca, menulis
Aktor Kegemaran : Guru Dutt, Sanjay Dutt, Aamir Khan dan Shah Rukh Khan
Filem Kegemaran : Titanic

Makanan Kegemaran : Kadhi Chawal, Khatti Himachali dal
Destinasi Kegemaran : Greece, New Zealand, Vienna
Warna Kegemaran : Electric Blue
Favourite Perfume : Gucci’s Envy

Status : Berkahwin
Suami : Gene Goodenough
Tarikh Perkahwinan : 28 February 2016
Filem Lakonan : Dil Se ( 1998 ), Soldier ( 1998 ), Kya Kehna ( 2000 ), Har Dil Jo Pyar Karega ( 2000 ), Koil Mil Gaya ( 2003 ), Kal Ho Naa Ho ( 2003 ), Veer Zaara ( 2004 ), Kabhi Alvida Naa Kehna ( 2006 ) etc

 

Salah seorang pelakon filem Hindi yang paling popular dan berpendapatan tinggi pada tahun 2000-an, beliau telah muncul dalam filem Hindi di Bollywood, serta filem Telugu, Punjabi, dan Inggeris.

Zinta membuat penampilan filem sulungnya menerusi Dil Se.. pada tahun 1998, diikuti dengan peranan dalam Soldier pada tahun yang sama.

Persembahan beliau melayakkannya menerima Anugerah Filmfare untuk Penampilan Sulung Wanita Terbaik, dan kemudiannya diiktiraf bagi peranan sebagai ibu tunggal remaja di Kya Kehna (2000).

Zinta menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik pada tahun 2003 untuk persembahannya dalam drama Kal Ho Naa Ho.

Peranan filem antarabangsa pertamanya ialah dalam filem Kanada Heaven on Earth, di mana beliau telah dianugerahkan Anugerah Hugo Perak untuk Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Chicago 2008.

Selain dari lakonan, Zinta telah menulis beberapa ruangan untuk BBC News Online Asia Selatan, beliau ialah aktivis sosial, penyampai televisyen, dan penghibur pentas.

Beliau ialah pengasas syarikat penerbitan PZNZ Media, pemilik bersama pasukan kriket Liga Perdana Inggeris Raja XI Punjab sejak 2008 dan pemilik pasukan kriket Liga T20 Global Stellenbosch Kings sejak 2017.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*