Pelawak popular didakwa cer0boh rumah bekas teman wanita. Ini kenyataan ketua p0lis daerah

PETALING JAYA – Seorang wanita membuat laporan polis mendakwa bekas teman lelakinya yang juga seorang pelawak popular tanah air menceroboh kediamannya di sebuah kondominium di daerah ini, kelmarin.

Menurut sumber, wanita berusia 28 tahun yang menjalankan perniagaan online itu mendakwa kejadian berlaku sekitar pukul 7.30 malam ketika dia berada di rumah seorang diri.

“Pelawak tersebut didakwa masuk ke rumah wanita itu yang tidak berkunci selepas pembantu rumahnya keluar lalu menyelongkar barang-barang rumah seperti mencari sesuatu.

“Tindakan itu menyebabkan wanita terbabit berasa tidak selesa dan terancam lalu menghalau pelawak itu keluar dari rumahnya

“Wanita itu mendakwa pelawak tersebut bertindak demikian kerana mengesyakinya membawa balik lelaki lain di rumah berkenaan,” ujarnya kepada Kosmo! hari ini.

Kata sumber itu lagi, berikutan itu berlaku pertengkaran antara kedua-duanya sehingga mendatangkan bunyi bising dan perbuatan mereka telah ditegur oleh jiran sebelum pelawak itu beredar.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan daripada wanita tersebut semalam.

Jelas beliau, kedua-dua individu terbabit dimaklumkan tidak mahu memanjangkan kes tersebut dan memilih jalan untuk berdamai.

Terdahulu, wanita tersebut memuat naik gambar pelawak berkenaan di IG Story sambil meluahkan rasa rimas dengan mendakwa masih lagi diganggu oleh lelaki itu.

Bagaimanapun, gambar berkenaan sudah dipadamkan selepas beberapa minit memuat naik gambar tersebut]

Kata taubat dah pergi tabligh” -Fara Salleh rimas masih diganggu Shuk?

Nampaknya nama Shuk Sahar kembali menjadi sebutan dengan isu bersama seorang wanita dikenali sebagai Fara Salleh.

Dalam satu perkongsian yang dibuat oleh Fara di Insta Story, difahamkan pelawak tersebut kembali bertemu dengannya.

Siapa yang datang tu?


Menerusi muat naik yang dibuat Fara, wanita itu berasa rimas apabila masih diganggu oleh selebriti itu walaupun sebelum ini tular mengatakan yang Shuk sudah bertaubat dan sedang mengikuti tabligh.

Walau bagaimanapun, gambar tersebut hanya memperlihatkan bahagian belakang badan individu berkenaan sahaja dan tidak dapat dipastikan tujuan lelaki itu datang menemuinya.

Kata dah taubat…
Terdahulu, Shuk Sahar telah memuat naik gambar mengikuti dakwah tabligh dan berharap suatu hari nanti akan dapat keluar lagi bersama-sama jemaah yang lain.


Namun begitu, InstaStory tersebut sudahpun dipadam oleh Fara selepas beberapa minit memuat naik gambar berkenaan.

Sumber: Instagram f.zzatys

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*