Pelakon, Emma Maembong kini semakin bahagia bukan sahaja disisi suami yang dikahwininya pada 20 Februari 2020 malah kehadiran cahaya mata pertamanya turut sama mewarnai hidupnya. Kini anak Emma Maembong yang diberi nama Shariq Gabriel semakin membesar dengan sangat comel apabila sebelum ini pernah tular matanya berwarna grey.
Walau bagaimanapun, nampaknya anak sulung Emma Maembong ini menjadi bualan hangat peminat pelakon, Dini Azan Schatzmann apabila di ruangan Instagram milik Shariq Gabriel dimuat naik satu rakaman video.
https://www.instagram.com/p/CT_DCvHpEVN/
Untuk info, si cilik anak selebriti ini juga sama seperti anak selebriti yang lain dimana turut mempunyai akaun Instagram dimana Shariq Gabriel telah diikuti ribuan pengikut. Menerusi rakaman video ini pula, Dini Azan Schatzmann dilihat memegang anak Emma Maembong ini dan tidak semena-mena peminat merasakan wajah mereka kelihatan seiras.
Bagi warganet, jika Dini Schatzmann berlakon dengan cahaya mata pelakon jelita itu sebagai anak dan bapa pasti sangat kena kerana wajah mereka yang salin tak tumpah itu. Ruangan komen di hantaran video itu nampaknya dengan pantas juga dibanjiri dengan pelbagai pujian daripada peminat selain terhibur melihat telatah comel Shariq Gabriel.
“Muka ada iras”
“Kalau berlakon jadi dad and son ni memang ngam…”
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : HCL
Ramai pula yang perasan hubungan pasangan ini. Sekali Dini Schatzman tampil jelaskan hal sebenar.
“Saya harap orang ramai tidak ambil serius berhubung video penjagaan wajah yang memaparkan saya berpakaian seperti wanita dalam hantaran berkenaan. Itu hanya hiburan untuk pengikut saya malah segala-gala yang ditunjukkan dalam video berkenaan bukan menunjukkan personaliti saya yang sebenar.
Janna pun tahu pasal hantaran yang saya buat. Dia tak marah pun masa memuat naik beberapa ‘post’ di Instagram Story kerana pada masa sama dia juga bergurau. Kami sama-sama tahu, jadi tidak timbul isu kami bergaduh atau saya perlu memujuknya. Kami okey saja,” jelas Dini kepada Kosmo! Online.
Terdahulu, aktor muda campuran Jerman itu menimbulkan kerisauan warganet apabila memperlihatkan dirinya memakai persalinan perempuan di akaun laman sosial peribadinya. Situasi menjadi lebih hangat apabila teman wanitanya juga pelakon popular, Janna Nick meluahkan rasa rasa seolah-olah kurang senang dan naik marah dengan perbuatan Dini yang dianggap memalukan.
Biarpun video itu difahamkan untuk mempromosikan produk kecantikan, namun segelintir warganet juga berasa bimbang tentang tahap kesihatan mental mereka memandangkan pelbagai tekanan boleh tercetus sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang pandemik Covid-19.
Lebih membimbangkan, Janna sendiri pernah membuat pengakuan mengalami gangguan bipolar dan masih menjalani rawatan susulan bagi meredakan tekanan emosi yang dihadapinya sejak remaja itu. “Tiada apa yang perlu saya jelaskan lagi sebab kami sama-sama tahu dan pada masa
sama kami tak ambil serius dengan media sosial atau mengaitkannya dengan kehidupan peribadi kami. Ada juga yang cakap penampilan sebagai wanita itu juga adalah gimik untuk produk kami berdua nanti.
Buat pengetahuan semua, kami belum ada perancangan untuk lancar produk bersama pun buat masa ini,” katanya lagi. Pelakon berusia 27 tahun itu mula mengenali Janna atau nama sebenarnya, Nurul Jannah Muner, 26, ketika sama-sama membintangi drama Bukan Cinta Aku dan serius sebagai pasangan kekasih sejak tahun 2019.
Sumber – K! ONLINE
Janna Nick malu apabila teman lelakinya berlakon seperti ini. Sekali ini respon Janna.
Pelakon Janna Nick kecewa selepas teman lelakinya yang juga pelakon, Dini Schatzmann tampil dengan imej perempuan untuk mempromosikan sejenis produk kecantikan. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik Janna dalam InstaStory miliknya, Janna turut meluahkan rasa malu atas tindakan Dini tampil dengan berpakaian wanita beserta rambut panjang berwarna merah jambu.
“Malu la macam ini @dinischtzmann!” ujar Janna dalam InstaStory miliknya. Malah sebelum ini, pelakon itu juga memuat naik satu hantaran meminta diberikan waktu untuknya bertenang selepas berasa tertekan ‘diperdaya’ oleh orang yang disayanginya. Frust! Ingatkan kita dah cukup kenal dia. Tapi tidak. Konklusinya jangan mudah percaya walaupun dengan orang yang kita sayang,” tulisnya dalam InstaStory.
Sementara itu, akibat tampil dengan imej perempuan, Dini turut mendapat perhatian apabila dia dikecam warganet yang tidak bersetuju dengan tindakannya. Pelakon Marry Me Senorita itu dikritik selepas segelintir peminat berpendapat tindakannya tampil dengan imej wanita adalah tidak wajar dan keterlaluan.
“Bukan haram ke lelaki menyerupai wanita walaupun saja-saja?” komen salah seorang pengguna Instagram. Kenapa pula nak jadi perempuan? Pelik-pelik lelaki zaman sekarang ini,” kata seorang lagi warganet.
Selain itu, terdapat juga pengguna Instagram berpendapat tindakan Dini berpakaian wanita untuk mempromosikan produk kecantikan itu adalah satu strategi murahan semata-mata. “Murahan. Lepas itu ramai pula yang suka. Mula-mula orang gelak, sebab itu makin menjadi-jadi. Tak mampu berkata apa-apa,” kata salah seorang pengguna Instagram. Tinjauan Kosmo! Online mendapati video tersebut telah mencatat hampir 200,000 tontonan dan ratusan komen daripada pengguna Instagram.
Sumber : K! ONLINE
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Belum ada perancangan untuk ke fasa seterusnya. Lepas je buat kejutan hari jadi Janna terkejut bila Dini tiba tiba dedahkan status terkini dia dengan Janna Nick.
Ikatan percintaan Dini Schatzmann dengan Janna Nick bukan lagi satu rahsia. Lebih menarik, pasangan selebriti ini sering berkongsi kisah romantis mereka di media sosial masing-masing.
Terbaharu, sempena ulang tahun kelahiran Janna yang ke-26 pada 1 Jun lalu, Dini menghadiahkan sebuah Vespa berwarna merah. Dalam satu perkongsian video kejutan oleh Janna di Instagram, hubungan cinta mereka dilihat cukup ampuh dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Mengakui hubungan cintanya dengan Janna bukan sekadar paparan di media sosial semata-mata, sebaliknya mereka serius dalam melayari perhubungan dan sudah ada perancangan untuk melangkah ke fasa seterusnya.
Dini berkata, mereka sangat serius dengan masa depan hubungan cinta mereka. “Saya bukan lelaki yang suka nak mempermainkan perasaan wanita. Namun, buat masa ini kami belum ada sebarang perancangan untuk ke fasa seterusnya,
tapi tidak bermakna tiada perbincangan mengenai hal itu. “Ada banyak hal yang kami aturkan untuk masa depan hidup kami berdua. Antaranya, kami nak kukuhkan kewangan dan stabilkan karier seni saya.
“Kami juga ada berbincang untuk membeli rumah impian, tapi semua itu perlukan masa dan perancangan rapi supaya setiap yang diimpikan tercapai dengan usaha bersama,” katanya.
Menyentuh mengenai kejutan hari jadi Janna, Dini berkata, salah satu impian hidupnya adalah untuk membuatkan kekasih hatinya selalu tersenyum pada setiap tahun. Katanya, melihat wajah Janna yang gembira adalah segala-galanya bagi dirinya.
“Nak pilih hadiah hari jadi untuk Janna memang susah. Banyak yang dia tak suka, tapi saya kena pastikan hari jadinya disambut dengan satu kejutan yang berharga. “Puas juga saya fikir apa hadiah yang mungkin orang lain tidak akan bagi.
Memandangkan Janna minat dengan motosikal sejak bersekolah dan pernah ada keinginan untuk membeli motosikal, jadi saya cuba realisasikan. “Saya beli Vespa berwarna merah itu kerana ia sangat unik dan sesuai digunakan untuk Janna,” katanya.
Menurut Dini, sepanjang mengenali Janna, dia bukan seorang yang gemar berbelanja sesuka hati, namun dirinya pula suka membeli barangan yang terkini. “Janna bukan yang kaki berbelanja seperti saya.
Dia tak suka boros dan pandai menguruskan wangnya. Kadang-kadang saya pelik tengok dia yang tak teringin nak beli barang baharu sedangkan saya pula suka membeli apa saja benda atau gajet baharu.
“Walaupun begitu, saya tahu dia seorang yang ada perancangan rapi dalam hidupnya. Dia mahukan wang hasil titik peluhnya digunakan kepada perkara lebih penting untuk kegunaan masa depan,” katanya.
Dalam pada itu, Dini turut berharap hubungan cinta dengan Janna akan sentiasa dipenuhi cinta dan kasih sayang. “Saya sentiasa mendoakan supaya dia sentiasa dilimpahkan dengan kasih sayang dan diberkati selalu. Saya akan selalu bersamanya.
“Janna selalu mengambil berat mengenai diri saya. Walaupun dia sibuk dengan urusan kerjanya, tapi dia akan pastikan saya kelihatan okay setiap masa,” katanya. Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply