Pastinya ramai yang tidak sabar menanti kelahiran cahaya mata dari pelakon dan penyanyi manis, Ayda Jebat bersama suami, Nabil Mahir yang dijangka pada bukan Oktober nanti.
Terbaru, Ayda memaklumkan bahawa dia akan bersalin pada hari ini di akaun Instagram miliknya.
Dalam posting tersebut, Ayda turut memaklumkan bahwa bayi dijangka keluar seminggu lebih awal dari tarikh yang sepatutnya.
“Assalamualaikum semua. Insyaallah baby wuvv akan keluar petang ni. Seminggu awal dari tarikh yang dirancang. Mohon maaf kalau ada salah dan silap. Doakan saya & baby sihat dan selamat. Amin..”
Isteri kepada pengacara Nabil Mahir itu juga memuat naik gambar bersama suaminya selain memohon maaf kepada semua. Malah dia juga berharap orang ramai mendoakan agar dia dan bayi berada dalam keadaan sihat.
Sebelum ini, Ayda telah mengumumkan bahawa dia memilih untuk bersalin secara pembedahan atau cz3r berbanding normal dan perkara itu mendapat pelbagai reaksi dari netizen.
Apa-apa pun, semoga urusan Ayda dipermudahkan dan anak yang bakal lahir nanti juga dalam keadaan baik dan sihat.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.
Ayda Jebat kongsi berat badan sepanjang sembilan bulan hamil membuatkan warganet terperanjat.
Pelakon Ayda Jebat memaklumkan dia kini menunggu beberapa hari lagi untuk melahirkan cahaya mata pertamanya.
Kata Ayda sepanjang sembilan bulan hamil, berat badannya hanya naik 8 kilogram (kg).
Isteri kepada Nabil Mahir itu berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri tersebut, Ayda memuat naik fotonya bersama ‘baby bump’ yang kelihatan sarat.
Tinjauan Gempak menerusi komen-komen pengikutnya, rata-rata berkongsi perubahan berat yang mereka turut alami ketika hamil.
Tidak kurang juga ramai yang mengucapkan tahniah dan tak sabar menanti kelahiran puteri sulung mereka.
Ayda dijadualkan melahirkan secara pembed4han pada penghujung September ini. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 1 Januari lalu.
Sumber: Media Malaysia
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.
Tidak perlu takut atau malu. Ayda Jebat dikritik pilih bersalin secara ini.
Bakal melahirkan cahaya mata pertama tidak lama lagi, pelakon dan penyanyi Ayda Jebat membuat keputusan untuk bersalin secara operasi C4esarean.Tetap dengan keputusannya, Ayda turut mempersoalkan mengapa ramai mengkritik tindakannya untuk melahirkan secara operasi berbanding secara normal.
“Saya baca ramai yang DM dan komen dekat few page, yang kata ‘Czer? Tak real la jadi ibu’ ‘Macam mana nak jadi ibu kalau kau beranak pun operate’ ‘Kalau operate confirm tak keluar susu, tak breastfeed kesian anak dia’ ‘Ikut tingkap ke? Malunya’ dan banyak lagi. Saya taknak comment about that. I’m here to spread positivity,” tulisnya.
Ayda turut menyarankan kepada bakal ibu supaya tidak perlu takut atau malu diperlekehkan disebabkan melahirkan anak secara operasi kerana tujuannya tetap sama untuk selamatkan ibu dan anak.“Normal atau czer, tujuannya sama, nak anak dan ibu selamat dan sihat. Doa yang baik-baik, stop negativity! Kita perlu sokongan, bukan cemuhan.“Keluar kat mana pun, breastfeed ke tak, takde stretch marks ke tak, perut masa mengandung kecik atau besar ke tak, please remember…anda tetap seorang ibu,” tulisnya.
Anak belum lagi keluar tapi dah ada Endorsement. Ini yang Ayda dan Nabil dedahkan.
Rasanya ramai yang usah tahu pasangan selebriti Ayda Jebat dan Nabil Mahir bakal menimang cahaya mata perempuan tidak lama lagi. Ayda dan Nabil berkongsi berita mengenai jantina anak sulung mereka itu menerusi laman sosial YouTube Wuvv Show. Menerusi video tersebut pasangan sama cantik sama padan itu membuat pengumuman di hadapan anggota keluarga mereka di rumah serta sahabat-sahabat terdekat secara virtual.
Malah, Ayda turut berkongsi berita gembira bersama rakan media menerusi majlis santai secara virtual ‘Little Munchkin Session di aplikasi Zoom, malam tadi (Jumaat). Berkongsi perasaan teruja bakal menimang cahaya mata pada hujung September ini, Ayda dan Nabil turu menitip rasa syukur kepada Illahi di atas rezeki yang telah dikurniakan Illahi buat mereka.
“Bersyukur kepada Allah di atas rezeki kurniaanNYA ini. Jika ditanya tentang perasaan ketika ini tentunya gembira, teruja, berdebar dan semuanya bercampur baur. Kami cuma berharap agar semua urusan berjalan dengan lancar dan dipermudahkan, Insya-Allah,” kata Nabil.Ditanya mengenai nama untuk si kecil itu nanti, Ayda dan Nabil memberitahu mereka masih belum membuat sebarang keputusan, namun mengakui sudah ada menyenaraikan beberapa nama.
Dalam pada itu menjawab soalan media mengenai perancangan selepas bayi dilahirkan, Ayda sekali lagi mengucapkan rasa syukur kerana sudah ada beberapa ‘tawaran’ (endorsement) buat anak mereka.
“Alhamdulillah, walaupun ‘dia’ belum lahir kami sudah terima beberapa endorsement. Kami pun terkejut tapi itulah rezeki dia. Dan sekarang ini pun kami terima banyak sponsor barang kelengkapan bayi daripada kereta sorong, katil dan semuanyalah. Kami tak pernah duga akan diberikan rezeki ini. Syukur ya Allah,” katanya.
Terdahulu, Ayda Jebat lebih awal sudah mendedahkan memilih kaedah operasi untuk melahirkan anak sulungnya menerusi #G The Untold Story. Ayda yang kami pilih menghiasi edisi cover bulan Ogos, berkongsi pelbagai cerita mengenai suka-duka dilalui sepanjang kehamilannya.
Sumber : Gempak
Ada pula yang persoalkan usia kandungan Ayda Jebat. Sekali peminat minta study dulu sebelum nak kritik.
Baru baru ini kecoh di laman Twitter apabila ada seorang pengguna mempersoalkan usia kandungan penyanyi dan pelakon Ayda Jebat, 29. “Aku rasa macam Ayda Jebat baru ja kahwin tapi tetiba mengandung dah. Ka sebenarnya dia dah lama kahwin aku saja tak perasan?” tulisnya di laman Twitter.
Enggan mendiamkan diri, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat tenang melayan keraguan individu tersebut. Pelantun lagu Parah Parah itu menekankan dia kini sedang hamil lima bulan dua minggu.
“Nikah 1.1. 2021. Hari ini 12 Jun 2021. Sekarang 5 bulan 2 minggu mengandung. ‘Tetiba mengandung’? Tolong buat pengiraan anda,” balasnya. Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat kagum dengan respon yang diberikan pelakon drama Cindai yang langsung tidak melatah.
“Betul tu Kak Ayda, dan untuk semua perempuan, kira kandungan anda bermula dari hari pertama hari akhir haid (period) kita ya. Tahniah.. Itu bukan tetiba mengandung itu rezeki. Ada orang kata bunting pelamin. Ada orang lagi awal. Mungkin dia masih bujang. Kandungan dikira dari hari pertama period yang terakhir. Mungkin adik tak perasan? Atau adik dulu tak ambil subjek biografi?” antara komen-komen ditulis.
Menerusi hantaran yang berbeza, isteri kepada pengacara Nabil Mahir, 33, ini memberi peringatan kepada semua orang untuk sentiasa bersyukur dalam menjalani kehidupan. “Bila lambat kahwin ‘bila nak kahwin? Bila kahwin muda ‘dah gatal sangat ke? Bila pregnant cepat ‘eh tetiba mengandung? Betul ke mengandung, cepat eh? Bila lambat dapat zuriat ‘bila nak mengandung? Syukur, cermin dan lalui kehidupan sendiri,” tulisnya. Terdahulu, Ayda dan Nabil sah menjadi pasangan suami isteri pada 1 Januari lalu hanya dengan sekali lafaz. Sumber:Gempak
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.
Leave a Reply