“Baik Bengap Daripada ‘S4kit’, Dah Tua-Tua Saik0!” – Rita Rudaini Tempelak Penerbit Teater

Pelakon Rita Rudaini menegur tindakan penerbit teater, Siti Rohaya Attan yang memetik namanya sebagai pelakon enggan div4ksin baru-baru ini.

Kata Rita, selaku individu yang lebih matang daripadanya, status berkenaan tidak seharusnya dikongsikan kepada umum terutama di media sosial.

“Cuba hang pikiaq sendiri.. Duduk diam-diam. Pikiaq dalam-dalam.. Hang pon lagi berumuq dari cheq kan.. Tapi orang berumuq ni tak semua matang sebenaqnya… Hang yang mai cuit aku, pastu hang nak salahkan aku plak..

“Tolonglah… Bila aku ingatkan hang, hang tudu.h aku s0mbong… Tang mana yang aku s0mbong?? Aku pon tak fahamlah cara pikiaq hang ni.. Hang mesti tak suka kalau orang cuit hangkan.. Jadi?? Apa salah aku dekat hang? MEMANG HANG S.AKIT!” katanya menerusi Instagram Stories.

Tambah Rita, dia lebih rela dituduh ‘beng4p’ daripada hidup tanpa mengganggu pihak lain.

“Kalau hang kata aku beng4p.. Bengap-bengap aku pun, aku tak kacau hidup orang oii… Hang tu dah tua-tua banyak istifar noh.. Makin tua makin galak ber’FB’…

“Mengalahkan orang muda.. Hang nak main FB ka, TikTok ka, tapi tak payahlah mengata orang yang tak ada ganggu hidup hang pun.. Baik bengap dari ‘S.akit’.. Dah tua-tua saik0!” tambah Rita.

Terdahulu, menerusi tulisan di Facebook, Siti Rohaya menujukan status berkenaan sebagai peringatan kepada golongan pelakon yang perlu mematuhi syarat yang ditetapkan untuk kembali ke set penggambaran.

“Pelakon Rita Rudaini kata hak dia tak mahu div4ksin. Eh… Nak shooting tu wajib ada sijil v4ksin kan?” tulisnya sebagai contoh.

“Cuc.uk D4da Boleh Pulak..” Dato’ Hattan Tak Faham Sikap Artis An.ti-Va.ksin

Penyanyi lagenda, Dato’ Hattan ada meluahkan rasa hairan dengan sikap artis yang menolak pengambilan v4aksin C0VID-19 di laman Facebook miliknya, baru-baru ini.

Kata Hattan, dia bingung dengan tanggapan selebriti mengenai v4ksin C0VID-19 sehingga ada yang menjadi golongan a.nti-v4ksin.

Tulis Hattan lagi di hantaran tersebut, dia hairan mengapa mereka begitu berkeras menolak suntikan pelali itu namun demi kecantikan, sanggup pula disuntik dengan pelbagai bahan kimia di tubuh.

Tak faham sesetengah artis a.nti va.ksin ni, cucuk hidung cu.cuk dagu..cu.cuk d4da boleh pulak..entahlah..

Menjengah ke ruangan komen, ramai peminat tampil menzahirkan perasaan yang sama namun ada juga yang meminta Dato’ Hattan untuk menjaga ‘kain’ sendiri dan tidak menyibuk hal orang lain.

Facebook Datuk HattanSumber : Facebook Datuk Hattan

Terdahulu, terdapat beberapa selebriti serta penerbit drama menyuarakan kebimbangan mereka terhadap segelintir artis dan selebriti yang menolak suntik4n v4ksin C0VID-19.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*