kecoh pasal kes Vie Shantie pergi bercuti di Pahang. Sekali ini tindakan polis buat ramai yang terdiam.

BENTONG – P0Iis Bentong telah membuka satu kertas siasatan berhubung tindakan seorang pemilik akaun Instagram, Vieshantiekhan yang memuatnaik status di laman sosial tersebut mengatakan tidak memerIukan surat rntas negeri dari Selangor ke Jnda Baik di sini pada Selasa lalu.

Ketua PoIis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, satu Iaporan poIis telah dibuat pada Rabu berkaitan status yang telah dimuatnaik di Instagram milik wanita tersebut yang memaparkan gambarnya sedang beriadah di Rimba Valley di Jnda Baik.

Menurutnya, hasil s.iasatan awal mendapati kjadian itu berlaku pada Selasa kira-kira jam 9.55 pagi melibatkan kenyataan yang tuIar dimuat naik seorang wanita berusia 35 tahun mengatakan ‘Tidak perlu surat di Plaza ToI G0mbak masih lagi smpadan Selangor yang nak Iintas negeri tetap kena ada surat ya’.

“Bahagian Siasatan Ibu Pejabat PoIis Daerah (lPD) Bent0ng telah membuka kertas siasatan berikutan penuIaran kejadian itu.“Susulan itu, pihak poIis menaflkan kenyataan mengeIirukan oleh lndividu terbabit yang menyatakan tldak perlu surat rntas negeri dari SeIangor ke Jnda Baik.

“Kes disiasat di bawah Perkara17(1) Peraturan-Peraturan pencegahan dan PengawaIan Penyakit Berjngkit (PPPDPPB) 2021 dan sekiranya disabltkan kesaIahan boleh dikompaun RM5,000,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Status wanita terbabit yang juga seorang usahawan dan bkas isteri kepada peIakon terkenal, Datuk Seri Eizlan Yusof dipertlkaikan oleh warganet. Dalam pada itu, Zaiham menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekuIasi berkaitan kejadian tersebut.

“Sebarang aktiviti bertentangan dengan peIanggaran prosedur Operasi standard (S0P) termasuk penyaIahgunaan permit rntas negeri boleh dikenakan tindakan undang-undang,” tegasnya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: sinar via DBONGKAR

Akhirnya pm umumkan berita gembira untuk rakyat. Beri bayangan boleh rentas negeri tapi dengan syarat ini.

PETALING JAYA: Pembukaan pusat-pusat pelancongan, pulau-pulau atau kawasan pelancongan berserta aktiviti rentas negeri dibenarkan dengan syarat mencapai 90 peratus kadar vksinasi dewasa berdasarkan data dan analisis yang dibuat Kementerian Kesihatan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu adalah ketetapan lain seperti diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik hari ini.

Katanya, kerajaan bersetuju bahawa kedai runcit, mini market, restoran, stesen minyak dan kedai serbaneka dibenarkan beroperasi dari pukul 6 pagi hingga 12 malam berkuatkuasa 23 September ini. “Operasi perniagaan spa, pusat kesihatan (wellness), dan urut kesihatan dibenarkan kepada pengunjung dan operator yang telah menerima dos lengkap vksin bermula 1 Oktober.

“Pusat, premis, produk pelancongan seperti zoo, perladangan, akuarium, snorkeling, selam skuba, pelancongan memancing dan taman rimba, dibenarkan beroperasi di semua fasa PPN berkuatkuasa 1 Oktober dengan semua pengusaha, operator dan pelawat atau pengunjung lengkap divksin,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kerajaan juga memutuskan kehadiran pekerja bagi setiap perniagaan yang dibenarkan beroperasi adalah pada kapasiti 100 peratus dengan syarat majikan dan semua pekerja lengkap divaksin.

Selain itu, kata Perdana Menteri, warga asing yang tiba di pintu masuk antarabangsa perlu menanggung kos ujian RT-PCR di pintu masuk negara, manakala bagi warga negara adalah percuma. “Kerajaan menyeru dengan kelonggaran-kelonggaran yang diberikan ini, ia dapat dimanfaatkan

sepenuhnya oleh rakyat dengan penuh disiplin dan rasa tanggungjawab. “Patuhilah setiap prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan, pakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan sentiasa menjaga kebersihan dan keselamatan diri,” ujar Perdana Menteri.

Tahniah! Negara capai sasaran 80 peratus populasi dewasa lengkap divksin – PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengucapkan tahniah atas kejayaan Program Imunisasi CVID-19 Kebangsaan (PICK) yang berjaya mencapai sasarannya untuk 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divksin.

Beliau dalam ciapan terbaharunya turut memberi kata-kata semangat untuk rakyat Malaysia meneruskan usaha memerangi pandemik CVID-19. Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein menerusi satu laporan berkata kebenaran merentas negeri tidak termasuk dalam senarai pengurangan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya keputusan berkaitan kebenaran merentas negeri perlu diteliti oleh Jawatankuasa Khas Pengurusan Pndemik yang dipengerusikan Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob. ” Rentas negeri ada kaitan dengan fasa-fasa dalam PPN negeri-negeri yang berkenaan.

” Tapi syor datang daripada menteri bertanggungawab untuk sektor tertentu dan kemudian dipertimbangkan di pelbagai peringkat termasuk Jawatankuasa Teknikal Pengurusan Pndemik, serta dalam Mesyuarat Menteri Kuartet COVlD-I9,” katanya.

Hishammuddin berkata demikian dalam sidang media selepas meninjau program vaksinasi Back To School di Sekolah Menengah Kebangsaan Desa Tun Hussein Onn di Kuala Lumpur pada Isnin. Turut hadir Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.

Terkini, rentas negeri akan dipertimbang hujung Oktober

Sementara itu, memetik laporan portal mstar hari ini, kebenaran merentas negeri secara menyeluruh akan dipertimbangkan pada akhir Oktober sekiranya negara memasuki fasa endemik. Berita yang dinantikan itu dimaklumkan sendiri oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Jelas beliau, dia berharap kelonggaran tersebut dapat difikirkan secara mendalam pada masa terdekat. ”Usaha kerajaan membawa negara ke fasa endemik yang dijangka pada akhir Oktober ini tentunya merangkumi kebenaran untuk merentas negeri.

” Paling utama kita tidak mahu perkara itu menyebabkan jangkitan COVlD-I9 menular ke kawasan yang sebelum itu mungkin tidak ada risiko ekoran perjalanan besar-besaran daripada destinasi yang agak berisiko,” katanya.

Tambah Hishammuddin lagi, oleh yang demikian, kerajaan perlu berhati-hati dalam membuat sebarang keputusan untuk melihat fasa endemik pada hujung Oktober depan. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Bilik Media Parlimen pada Selasa.

Hishammuddin turut berkata, peralihan ke fasa endemik bergantung kepada perkembangan program vaksinasi. ”Pertimbangan bagi aktiviti rentas negeri juga merangkumi keupayaan fasiliti kesihatan bagi negeri-negeri terlibat.

” Ketika ini kebenaran merentas negeri hanya dibenarkan bagi perkara-perkara tertentu melibatkan individu yang telah lengkap divaksin.” ujarnya. Hurai beliau lagi, kebenaran semasa termasuk pelaksanaan gelembung pelancongan di Langkawi, kebenaran bagi pasangan suami isteri jarak jauh dan ibu bapa yang mahu melawat anak di bawah 18 tahun.

Terdahulu, Iarangan rentas negeri dilaksanakan sejak Mei ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pada 14 Sept, Hishammuddin mengumumkan kerajaan kini di peringkat akhir untuk mengurangkan SOP PPN hanya kepada 10 SOP berbanding 181 sekarang bagi memudahkan orang ramai untuk memahaminya.

Dalam pada itu, Pulau Pangkor, Pulau Redang dan Pulau Tioman antara destinasi pelancongan yang dijangka akan dibuka kepada orang ramai dalam masa terdekat. Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Seri Nancy Shukri berkata, pembukaan lebih banyak destinasi pelancongan adalah sebagai usaha merancakkan semula industri pelancongan.

Menurutnya, pelancongan menjadi antara industri yang paling terjejas teruk akibat pndemik COVlD-I9 sejak lebih setahun lalu. ” Kerajaan sudah menyediakan pelbagai bantuan bagi meringankan kepayahan penggiat industri pelancongan melalui pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan sebelum ini.

” Kementerian sendiri turut melaksanakan inisiatif bukan kewangan untuk membantu syarikat pengendali pelancongan seperti Kelonggaran Berkaitan Kompaun, Pengecualian Fi Kepada Pengusaha Pelancongan dan Kelonggaran Syarat Lesen Kepada Pengusaha Pelancongan,” katanya ketika sesi jawab lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.

Beliau menjawab soalan dikemukakan Tan Kok Wai (PH-Cheras) yang mahu mengetahui sejauh manakah perhatian diberikan kepada kesengsaraan yang dihadapi oleh industri pelancongan dan sama ada strategi berkesan dilaksanakan untuk menyelamatkan industri ini yang terkesan teruk akibat pndemik COVlD-I9.

Sumber:mstar dan hmetro

Ini yang ditunggu tunggu. Akhirnya Menteri Ds Hishammuddin keluarkan kenyataan ini tentang kebenaran rentas negeri.

Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dijadual mengadakan pertemuan dengan tiga rakan Kabinet pada Selasa bagi membincangkan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) serta bentuk kelonggaran dalam negara menuju ke fasa endemik.

Menurut beliau, tiga menteri yang akan ditemuinya ialah Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin; Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.

Hishammuddin berkata, dalam pertemuan itu, beberapa agenda akan dibincangkan termasuk berkaitan perjalanan rentas negeri, pembukaan sektor-sektor tertentu, gelembung pelancongan dan naratif untuk memasuki fasa endemik.

“Pertama, kita akan lihat kepada keputusan-keputusan kelonggaran yang telah pun diumumkan kepada orang ramai dan bagaimana SOP yang sedia ada dapat dipermudahkan dan difahami. “Ini memerlukan input daripada keempat-empat menteri dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan mengkoordinasikan input daripada empat pihak ini.

“Tan Sri Annuar Musa boleh bantu untuk ceritakan dan maklumkan kepada orang ramai melalui platform sedia ada,” kata beliau dalam sidang media di Wisma Pertahanan di sini pada Isnin. Tambah beliau, penelitian juga akan diberikan kepada kelonggaran yang dipersetujui sebelum ini di mana ia perlu diperhalusi sebaiknya sebelum diumumkan kepada orang ramai.

Katanya lagi, agenda untuk memasuki endemik turut diberikan perhatian. “Dalam konteks endemik, bagaimana kita boleh cari jalan untuk hidup dengan COVID-19 ini. Kita dah umuman bahawa pendekatan ini akan diputuskan pada hujung Oktober.

“Begitupun, pemikirannya perlu dibincangkan daripada sekarang dan itu merupakan sebahagian daripada agenda kita esok (hari ini),” ujarnya. Begitupun, Ahli Parlimen Sembrong itu tidak memperincikan waktu dan lokasi pertemuan tersebut dan hanya memberitahu ia akan diadakan hari ini.

Hishammuddin dalam kenyataan pada minggu lepas memberitahu kerajaan sedang meneliti kelonggaran bersesuaian bagi membolehkan rakyat kembali menjalani kehidupan seharian lebih bebas dalam norma baharu.

Begitupun, katanya, dalam masa sama kerajaan tetap menitikberatkan soal melindungi nyawa serta kesihatan rakyat di samping memastikan pengukuhan ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Jelasnya, kelonggaran itu termasuklah kemungkinan membenarkan rakyat melakukan perjalanan rentas negeri bagi tujuan lebih pelbagai serta membuka lebih banyak sektor.

Sumber : BERNAMA via SIAKAP KELI

Lembah Klang dah beralih kefasa 2 ppn. Terkejut rupanya hanya 2 sjr ditutup.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan Negeri Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya beralih ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 10 September ini.

Ini perkara yang dibenarkan kepada individu lengkap dua dos vaksin di Lembah Klang. *Rentas daerah dibenarkan dan tiada sekatan jalan raya akan dilaksanakan (Selangor, WPKL dan WPP);

*Pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri; * Ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun;

* Dine-in dibenarkan di premis makanan untuk pelanggan yang lengkap menerima dua dos vaksin; * Aktiviti pelancongan hanya dibenarkan dalam negeri yang sama yang melibatkan penginapan di hotel dan rumah inap;

* Aktiviti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi kecuali gimnasium; * Fasiliti sukan terbuka dan tertutup dibenarkan beroperasi secara janji temu dan mengikut SOP; dan * Kelonggaran tambahan bagi aktiviti kedai gunting, hairdresser dan salon kecantikan dibenarkan.

Hanya 2 SJR di daerah Petaling ditutup, lain masih dikekalkan

Petaling Jaya: Dua lokasi sekatan jalan raya (SJR) di daerah ini ditutup berkuat kuasa 12.01 tengah malam ini susulan pengumuman kawasan Lembah Klang beralih ke Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, dua SJR yang ditutup itu adalah Lebuhraya Persekutuan dan Taman Kanagapuram yang terletak di bawah laluan Lebuhraya Pantai Baru (NPE).

Menurutnya, bagaimanapun lokasi SJR yang sedia ada akan terus dikekalkan iaitu Plaza Tol Sungai Buloh, Plaza Tol Kota Damansara, Plaza Tol Damansara dan Plaza Tol Subang. “Polis Daerah Petaling Jaya ingin menasihatkan orang ramai supaya terus sentiasa menjaga prosedur operasi standard (SOP) sepanjang PPN Fasa 2.

“Orang ramai juga diingatkan tidak terlalu leka dengan beberapa pengumuman kelonggaran yang diberi sehingga mengabaikan SOP dalam mengawal dan mencegah pandemik Covid-19 ini,” katanya dalam kenyataan malam ini. Beliau berkata, kerjasama erat daripada semua lapisan masyarakat amat diharapkan bagi memutuskan rantaian pandemik Covid-19.

Lepas je Ismail Sabri umum boleh rentas daerah antara Kl Putrajaya dan Selangor. Terkejut bila warganet mula luahkan ini di laman fb Ismail Sabri.

Lembah Klang terdiri daripada Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini beralih ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula pada Jumaat ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik Covid-19 turut memutuskan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya digabungkan sebagai satu kawasan jangkitan yang sama.

“Maka, pergerakan antara negeri-negeri ini adalah dibenarkan dan tiada lagi sekatan jalan raya,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi. Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata ketiga-tiga negeri dan Wilayah Persekutuan itu akan menikmati kelonggaran sama dengan negeri-negeri yang sudah memasuki Fasa 2 sebelum ini.

Beliau berkata, antara kelonggaran yang diberikan kepada individu sudah melengkapkan dos vaksinasi seperti ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) selain kebenaran merentas daerah ialah pasangan suami isteri jarak jauh dibenarkan untuk merentas negeri dan ibu bapa dibenarkan merentas negeri untuk berjumpa anak mereka yang berusia di bawah 18 tahun.

Komen warganet:

Rata rata komen warganet di laman Facebook Ismail Sabri mengucapkan terima kasih kerana memberi kelonggaran tersebut untuk Lembah Klang. Tetapi ada juga yang tidak bersetuju dengan keputusan ini kerana kes masih terlalu tinggi dan tanpa kelonggaran ini pun kelihatan rakyat mula membanjiri ibukota.

Ada juga komen yang mengatakan tidak sepatutnya diberi kerana gusar ada yang tidak menjaga SOP kerana sudah bebas bergerak ke sana ke sini.“Macam mana dengan Penang? Kes capai 2000++ hari ni. Tiada plan tindakan dikemukakan. Penang cuma negeri kecil. Without a proper plan, it could be a catastrophe”

“Dato tlong la bg kelonggaran kepada suami yg ckup 2 dose teman isteri bersalin…kt kedai dh boleh mkn..xkn suami nk teman isteri bersalin kejap x boleh…mkn kt kedai bila2 masa boleh…teman isteri bersalin bkn slalu…sy hrap dato baca la komen sy…

“Assalam dato Ismail Sabri Yaakob nak tanya la. Kalau dh complete fully vaccine. Boleh tak bawa anak2 jalan2 masuk mall untuk dine in atau beli belah. Xlalu nak tinggal anak time cuti kat pengasuh. Pengasuh pun nk rehat juga . Dah tu anak² pun nk juga bersantai dgn parents diorg kat luar asyik memerap je kan. Boleh ke tidak??”

Sumber : BHARIAN ONLINE / FB ISMAIL SABRI

Makin lama makin habis. Tak boleh berdiam lagi sekali ini luahan Jasmin Hamid sampai tag nama PM.

” Allahuakhbar… Moga Allah permudahkan segala urusan anak seni industry kreatif Malaysia dan kita semua yang sangat terkesan dengan wab4k ini..” Itu luahan pelakon berkaliber, Jasmin Hamid di Instagram beliau merayu pihak kerajaan agar membenarkan sektor industri seni hiburan dibuka semula.

Jasmin, 47, berkata, tiada perkara lain diharapkan oleh penggiat seni yang semakin terhimpit akibat penutupan industri kreatif sejak penularan C0VDI9 selain dari mendapat kebenaran segera bagi melakukan aktiviti penggambaran.

” Mohon Perdana Menteri Malaysia YAB Datuk Seri Ismail Sabri dan Majlis Keselamatan Negeri (MKN) beri peluang kepada kami anak seni untuk bekerja semula di Fasa 1, memandangkan banyak sektor sudah di buka semula di Fasa 1.

Moga di bawah Pentabiran Tan Sri Annuar Musa , dapat berikan nafas baru untuk kami anak seni. Ramai yang dah ten4t.. Start PKP 3.0 lagi kami dah tak kerja sampai sekarang.. Simpanan dah nipis atau ada yang dah kosong kosong kosong….

sampai berhutang sana sini.. Ada yang dah kena halau pun.. Sampai bila nak kena harapkan bantuan kerajaan dan orang ramai? Sebulan dua, orang boleh tolong.. Lepas tu orang pun meluat dan lari. Kami ada kerja tapi

masih tak dibenarkan bekerja. Macam mana dengan nasib kami yang terkandas shooting di Fasa 1? Shooting outdoor cuma di benarkan di negeri Fasa 2 ke atas sahaja dengan SOP yang sangat ketat.” Katanya.

Tambah Jasmin, kebanyakan penggiat seni sudah lengkap mendapat svntikan vksin dua dos sebagaimana yang disarankan oleh kerajaan namun masih tidak dapat meneruskan kerja-kerja seni.

” Sedangkan dah ramai di antara kami yang sudah lengkap dos tapi masih tak dapat sambung bekerja di Fasa 1 terutama kerja yang tertangguh. Kalau macam ni, lambat la lagi uols nak jumpa Mak Ngah Gayah.. Mau berjalan balik dari lumpuh, baru dapat jumpa balik uols.. Saya merayu pada pihak atasan.. Pandanglah kami ni.. Ataupun pandanglah mata anak-anak dan mak bapak kami, di bawah tanggungan kami ni. Mohon pihak MKN beri SOP baru pada FINAS Malaysia untuk kelulusan kami shooting kembali di Fasa 1.” akhiri Jasmin.

Jangan fikir semua pekerja seni kaya

Sementara itu berdasarkan respon warganet, rata-rata bersetuju dengan Jasmin dengan meminta agar kerajaan tidak menganak tirikan golongan pekerja seni. Malah pastinya yang paling terkesan sebenarnya pekerja-pekerja yang bekerja di belakang tabir.

” Ya…jangan fikir semua artis-artis nie kaya-kaya belaka..ada juga yang susah..begitu juga denagn krew di sebalik tabir..aduhai..lama juga tiada pendapatan sejak musim COVlD nie..moga urusan kalian dipermudahkan..aminn” tulis Izhar.

Sumber: thebolalive

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*