Awalnya kami berdua kawan saja, tiada perancangan untuk kahwin pun. Tapi sudah jodoh kami untuk bersama,” kata penyanyi Ezlynn Ariffin, 39, yang mengesahkan bertemu jodoh dengan penderma hati pertama negara, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail, 45.
Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin berkata, pernikahan mereka berlangsung dua minggu lalu tanpa diadakan sebarang majlis. “Dia hubungi ibu bapa saya meluahkan hasratnya. Keluarga saya setuju dan ayah jadi wali, manakala abang jadi saksi.
Prosesnya amat mudah. Pernikahan kami dibuat dari rumah secara dalam talian. Lagipun kami tak pernah merancang untuk kahwin dan semuanya kerja Allah,” katanya kepada Harian Metro. Menurut Ezlynn, detik perkenalan mereka bermula apabila sama-sama terbabit dalam aktiviti amal dalam sebuah badan bukan kerajaan (NGO) pada tahun lalu.
“Kami kenal-kenal begitu sahaja dan dia ada tolong saya dalam beberapa kerja yang dilakukan. Saya tertarik dengannya sebab hatinya. Dia orang yang kuat agama dan tak berkira serta banyak bantu orang. Dia bukannya buat untuk dunia dan lebih kepada akhirat.
“Itu yang buat saya tertarik kerana saya pun dah tak cari dunia dan lebih kepada ak.hirat. Saya nak cari orang yang begitulah. Keluarganya pun sangat okey,” katanya.
Ezlynn berkata, dia menghormati kehendak keluarganya dan apabila mereka melarang mengadakan majlis secara besar-besaran. “Saya nak jaga keluarga dan bukan orang luar. Saya nak jaga Allah dan bukan semua orang.
Saya tenang jalani kehidupan tanpa perlu letak gambar kami di media sosial. Saya hormati semua orang. Saya tak nak tunjuk kebahagiaan kerana bimbang mengundang penyakit ‘ain’ jika ada yang melihatnya sehingga menyimpan bibit-bibit cemburu dalam hati.
“Saya tak nak ulas status suami kerana yang penting saya sudah selamat bergelar isterinya. Kalau orang nak salahkan fasal poligami, ibaratnya mengata Rasulullah SAW kerana dalam Islam dibolehkan,” katanya yang memohon masyarakat mendoakan kebahagiaan mereka.
Ezlynn sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurus peribadinya, Adam Fahmy Shamsudin pada 20 November 2011 sebelum berpisah pada 2017. Namun, perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Sementara Wan Hafizam pula mempunyai tiga anak menerusi perkahwinan pertamanya.
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber:HM via IG ezlynnariffin/ IG wanhafizam
Tidak Pernah Merancang Untuk Mendirikan Rumahtangga. Ezlynn Ariffin Kahwin Dalam Senyap.
PETALING JAYA – “Saya tahu dia artis tapi tak sangka boleh bertemu jodoh dengannya,” kata Wan Mohd. Hafizam Wan Ismail, 45, yang mengesahkan perkahwinan dengan penyanyi, Ezlynn Ariffin, 39.
Beliau yang dihubungi Kosmo! sebentar tadi berkongsi berita gembira tersebut dan menceritakan kisah detik perkenalan mereka.
“Ada satu perkara mengenai Ezlynn yang saya suka iaitu dia amat menitik beratkan soal solat. Dia amat menjaga perkara tersebut walaupun sesibuk mana pun.
“Saya sendiri tidak menyangka akan bertemu jodoh dengannya kerana saya hanya orang biasa manakala dia seorang penyanyi terkenal,” kata penderma hati pertama negara itu hari ini.
Bercerita mengenai detik awal perkenalan mereka, Hafizam memberitahu, ia bermula dalam satu program amal membabitkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) sekitar tahun lalu.
“Pada mulanya, kami bekerjasama dalam satu program amal di sekitar Kuala Lumpur pada tahun lalu. Saya hanya mengenali dia(Ezlynn) sebagai seorang penyanyi dan sudah semestinya dia tidak mengenali saya,” selorohnya.
Katanya, mereka tidak pernah merancang untuk mendirikan rumah tangga apa lagi untuk bertemu jodoh.
“Saya sendiri tidak menyangka bertemu jodoh dengannya kerana perkara ini berlaku dalam tempoh yang singkat. Saya hanya menjalani babak-babak percintaan selepas berkahwin dengan Ezlynn.
“Sebelum ini, saya ada memberitahu hasrat untuk berkahwin kepada ibu bapa Ezlynn termasuk keluarga saya dan mereka telah bersetuju. Saya telah dinikahkan sendiri oleh bapa Ezlynn dalam satu majlis yang sangat ringkas pada dua minggu lalu di rumah Ezlynn.
“Majlis pernikahan itu dijalankan secara ringkas dan segala urusan berjalan lancar. Saya juga memohon orang ramai mendoakan perkahwinan kami kekal dan bahagia hingga ke akhirat,” jelasnya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata peminat mengucapkan tahniah dan mendoakan perkahwinan mereka berkekalan sehingga ke jannah.

Wan Mohd. Hafizam pernah menggemparkan seluruh tanah air pada 23 tahun lalu selepas mendermakan sebahagian hatinya kepada Afiq Iqmal yang berusia 14 bulan ketika itu walaupun tiada pertalian darah antara mereka.
Sumber:– K! ONLINE
Tular Ucapan Selamat Tinggal Housemate Yang Bakal Berkahwin Bikin Ramai Sebak. Rupanya Dah Selama Ini Mereka Berkawan.
Dalam bersahabat pasti kita tempuh suka duka bersama lebih-lebih lagi yang tinggal bersama. Dikala berjauhan dengan keluarga, sahabat dan teman merupakan ahli keluarga terdekat. begitu lah yang dihadapi oleh individu yang dikenali sebagai Shila ini.
Berkongsikan detik-detik sebak memberi ucapan terakhir buat sahabat baiknya kerana bakal menjalani hidup baru sebagai isteri orang kerana bakal berkahwin. Sahabat yang merupakan teman serumahnya itu sudah dianggap seperti kakaknya sendiri. Sudah setahun lebih hidup bersama temannya, segala suka duka, duit, baju dikongsi bersama, pasti berat bakal tinggalkan temannya itu.
Melihat kepada video itu, buat ramai turut sebak dengan keakraban mereka. Mungkin bagi sesetengah orang setahun setengah merupakan waktu yang singkat, namun bagi orang lain mungkin itu adalah saat yang paling dihargai lebih-lebih lagi jika teman itu sahaja yang ada setia menemaninya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang turut sebak mendengar perbualan mereka yang berakhir dengan tangisan dan berdakapan antara satu sama lain.

Sumber : Motif Viral
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Pasangan Ini Cuba Tepis Kritikan Kahwin Muda. Sekali Ini Yang Pemuda Itu Lakukan Buat Isteri Sampai Menitis Air Mata.
Isteri Rauf (kanan) menitiskan air mata selepas menerima kejutan pada Khamis lalu. Warganet ternyata sebak menyaksikan satu video memaparkan kejutan oleh seorang rider penghantar makanan buat isterinya. Dalam video itu, Abdul Rauf Adzli Khalid menghadiahkan telefon bimbit baharu buat isterinya, Siti Hajar Mohd Noor pada Khamis lalu. Dia yang mesra disapa Rauf mengakui sudah lama merancang kejutan itu.
“Sebenarnya isteri guna telefon lama saya. Saya hadiahkan ketika kami bercinta dulu. Dah kahwin setahun lebih pun dia masih guna sampai sekarang. Saya kesian tengok telefon tu sudah hampir rosak, sampai dia pernah campak kerana stres. Dia guru taska, sukar dia nak guna untuk bekerja dari rumah. Saya dah lama plan dan kumpul wang. Akhirnya duit cukup saya beli dan buat kejutan untuknya,” ujar Rauf.
Ujar bapa kepada seorang cahaya mata berusia enam bulan itu, dia sebak apabila isterinya menitiskan air mata selepas menerima pemberian itu. “Ya Allah, masa tu hanya Allah yang tahu bagaimana peraaan saya. Saya nampak dia sangat gembira. Dia menitis air mata, saya sangat terharu. Saya kongsikan video di TikTok untuk simpan sebagai kenangan. Tak sangka viral. Saya sampai menitis air mata baca komen doa-doa warganet untuk kami,” ujarnya yang menetap di Kajang.
Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan.
Bercerita mengenai dirinya, Rauf dan isteri, masing-masing berusia 23 tahun merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Pengajian Bahasa Al-Quran Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis). Mereka berkenalan ketika sedang menjalani pengajian peringkat Asasi ketika berusia 18 tahun sebelum mendirikan rumah tangga pada 21 Mac tahun lepas. Ujarnya, dia juga tidak terlepas menerima persepsi yang kurang enak mengenai perkahwinan usia muda. “Ia benda normal, kami kahwin selepas tamatkan pengajian ijazah. Ramai yang tanya, bagaimana nak sara isteri.
“Masa isteri hamil pun saya ada dengar kata-kata kurang enak. Bagaimana nak tanggung anak? Saya percaya dengan rezeki Allah, Alhamdulillah kami sekeluarga cukup makan. Saya pun masih mencari kerja yang lebih baik. Cuma belum sampai rezeki. Nasihat saya kepada yang nak kahwin muda, kita kena banyak tawakal. Yang penting kena bijak urus kewangan dan ada simpanan,” ujarnya mengakhiri bicara. Untuk rekod, video kejutan telefon baharu itu meraih hampir 200,000 tontonan di TikTok.
Sumber : Mstar
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Berkahwin Sejak Berusia 14 Tahun Dan Memiliki Dua Orang Anak. Ibu Muda Ini Kongsi Cerita Ditinggalkan Suami
Sudah menjadi lumrah setiap manusia yang hidup pasti akan pergi,tak semua kekal untuk selamanya. Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan momen sedih yang terpaksa diterima walaupun agak pahit untuk ditelan. Lebih menyedihkan lagi apabila ikatan cinta yang terjali terputus dan anak anak langsung tidak dapat kasih sayang seorang bapa.
Kehilangan pasangan hidup disebabkan jodoh yang tidak berkekalan merupakan salah satu momen sedih yang terpaksa diterima walaupun pahit untuk ditelan. Lagi menyedihkan, apabila ikatan cinta yang terjalin selama ini terputus dan anak-anak sama sekali tidak mendapat kasih seorang bapa.
Berdasarkan perkongsian seorang wanita dikenali sebagai Siti Aishah, berusia 22 tahun, menceritakan pengalamannya menjadi ibu tunggal apabila dia telah ditinggalkan oleh suaminya. Tidak berakhir di situ, video tersebut juga telah trending dan ditonton hampir 200 ribu oleh pengguna laman TikTok.

Ceritanya bermula, apabila wanita ini mula mendirikan rumah tangga ketika dia baru sahaja berusia 14 tahun. Pada masa yang sama dia turut menjelaskan dia sudah melakukan prosedur yang telah ditetapkan oleh mahkamah bagi membenarkan dia berkahwin pada usia tersebut.
Dan nak dijadikan cerita hasil perkahwinan tersebut, dia dan suami dikurniakan putera sulung ketika dia baru sahaja berusia 15 tahun, dan selepas dua tahun dia sekali lagi dikurniakan puteri sulung ketika berusia 17 tahun. Kalau 17 tahun ni, tengah tunggu giliran nak ambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Namun begitu, jodohnya tidak berpanjangan dengan suaminya dan terpaksa membesarkan kedua-dua anaknya tanpa kehadiran suami yang sepatutnya menjadi tulang belakang di sisi. Pada masa yang sama, wanita ini turut menceritakan anak sulungnya sempat berjumpa dengan ayahnya.
Apa yang lebih menyedihkan apabila anak keduanya sama sekali tidak berkesempatan untuk berjumpa dengan ayah kandungnya sendiri. Hal ini demikian kerana, si ibu telah berpisah dengan si suami ketika dia sedang sarat mengandung tujuh bulan anak keduanya. Walaupun kedua-dua anaknya semakin membesar sehingga ke harini, mereka tidak lagi berjumpa dengan ayah mereka sendiri.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita ini bersama kedua-dua anaknya. Pada masa yang sama, warganet turut mendoakan supaya si ibu terus kuat menjalani hari-hari yang mendatang.

Leave a Reply