Kec0h apabila arahan warga emas 70 tahun ke atas perlu pulangkan lesen, sekali menteri pengangkutan petik nama Tun M

Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong memberi contoh Dr Mahathir Mohamad, 95, antara warga emas yang memandu secara berhati-hati di jalan raya.

Sebagai menjawab soalan tambahan dari Syed Ibrahim Syed Noh (PH-Ledang), Wee menegaskan bahawa Kementerian Pengangkutan tidak pernah memberi arahan untuk mensyaratkan warga emas 70 tahun mengembalikan semula lesen memandu mereka.

“Mengenai apa yang dicadangkan, MOT tak pernah bagi arahan untuk syaratkan warga emas lebih 70 tahun kembalikan lesen tak pernah.

“Macam Langkawi (Mahathir), dia memandu jauh lebih baik daripada orang yang memandu gil4-gil4 bawa kereta di jalanraya. Ini tak boleh ada diskriminasi bagi mereka yang umur 70 tahun ke atas,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Syed Ibrahim bertanya mengenai apakah pandangan kerajaan langkah lain yang lebih tegas terhadap pemanduan di bawah pengaruh al.kohol dan ddah, serta membandingkannya dengan cadangan had umur lesen memandu terhadap warga emas.

Menurut ahli parlimen Ayer Hitam, 80 peratus kecuaian yang menyebabkan nahas jalanraya disebabkan oleh faktor manusia, 13 peratus disebabkan oleh kenderaan dan 7 peratus oleh persekitaran.

Sebelum ini, Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Azisman Alias mengesyorkan kepada kerajaan agar mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas.

Azisman berkata antara faktor yang menyumbang kepada kema.langan adalah kerana warga emas memandu kenderaan dalam keadaan mereka tidak sihat sepenuhnya.

Dia berkata kumpulan warga emas seharusnya menjalani pemeriksaan kesihatan serta mendapatkan surat daripada doktor terlebih dahulu untuk mengesahkan bahawa mereka sihat untuk memandu.

Bagaimanapun, Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata cadangan seorang pegawai kanan polis agar kerajaan mengehadkan pengeluaran lesen memandu kepada warga emas merupakan pandangan peribadi.

Sumber: mkini

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*