Shuib muat naik video ank sulung jaga Ayash. Sekali ini yang warganet perasan dalam video tu.

Anak sulung kepada pasangan Shuib Sepahtu dan Siti Sarah, Uwais Al Qarni jadi perhatian wargamaya apabila setia menjaga adik bongsunya, Ayash Affan. Menurut Shuib atau nama sabenarnya Shahmira Muhamad, 37, dia bersyukur dikurniakan anak-anak yang Sangat bertanggungjawab.

Menerusi laman sosial Instagram, Shuib berkongsi video momen ‘sweet’ dua beradik tersebut untuk tatapan umum. “Allahuakbar, syukur di atas segala kurniaan mu ya Allah. Abang yang baik, Uwais Al Qarni. Rajin dia melayan adik kesayangan Ayash Affan,” tulis Shuib di ruangan kapsyen.

Menerusi perkongsian berdurasi lebih satu minit itu, Uwais dilihat menepuk-nepuk belakang badan adiknya yang menangis. Uwais yang memakai kopiah pula kelihatan malu-malu sewaktu momennya dirakam, terus memujuk adiknya yang merengek.

Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya memberikan pujian terhadap tindakan Uwais selaku anak sulung yang membantu menjaga adiknya. Malah, ramai yang tersentuh melihat wajah Uwais saling tak tumpah seperti wajah ibunya, Siti Sarah.

“Anak sulung yang boleh diharap. Moga-moga dia menjadi anak soleh yang berguna pada masyarakat dan agama. Sejuk mata memandang muka dia, sebiji mak dia,” komen seorang wargamaya. “Muka Uwais saling tak tumpah macam ibunya. Tengok Uwais terubat rindu Shuib pada Sarah. Semoga Shuib terus kuat demi anak-anak. Hidup mesti diteruskan,” kata seorang wargamaya.

“Allah, semoga anak-anak semua menjadi anak dunia akhirat. Anak yang mampu membantu family, jiran. Amin,” ujar seorang wargamaya. “Adik nangis nak susu, abang malu-malu. Abang anak yang baik, macam ibunya. Semua anak-anak Shuib Sepahtu menjadi anak yang baik soleh dan solehah,” puji seorang wargamaya.

“Penyayang macam ibu ye Uwais. Ramai sayang Uwais,” tulis seorang wargamaya.

“Alhamdulillah, pandai abang jaga adik. Sejuk mata tengok muka Uwais,” luah seorang wargamaya lagi. Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 600,000 tontonan daripada pengikutnya.

https://www.instagram.com/p/CUTW3dfh8XW/

Komen Warganet:

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: Gempak

Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.

KUALA LUMPUR: Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.

“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.

“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.

“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.

Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.

Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.

Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz.

Sumber : Bharian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://livenewszone.com/2021/09/18/ayash-sensltif-kepada-asap-dan-habuk-shuib-berundur-seketika-demi-ayash/

Shuib muat naik gambar genap 40 hari pemergian Siti Sarah. Tapi ada sesuatu yang warganet perasan dengan gambar tu.

Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, bersyukur dipermudahkan segala urusannya dalam penjagaan anak bongsu, Ayash Affan yang sudah tiga hari dibawa pulang ke rumah.

Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan bayinya yang berusia 43 hari itu mudah dijaga, tidak banyak ragam dan berada dalam keadaan sihat.

“Dua hari dah daddy dengan Ayash, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang saja. Tapi, kalau nangis tu saja biarkan lama sikit sebab suara Ayash terlalu sedap didengar.

“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadikan anak yang soleh. Doakan kami ya,” tulisnya dengan perkongsian sekeping foto sedang mendakap Ayash dalam dukungannya.

Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula difahamkan Shuib ada mengadakan majlis bacaan Yassin secara virtual buat isterinya, Siti Sarah yang disertai ahli keluarga, saudara dan kenalan rapat pada malam semalam bersempena hari lahir Sarah ke-37, pada tanggal 15 September.

Dalam masa yang sama, dilihat pada hantaran terbaru bapa kepada penyanyi, Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi. Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan Sarah.

“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat Siti Sarah. Kasih seorang abah. Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?.

“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia tak boleh melwan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?. “Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha.

Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa. Sama-sama kita doakan agar Sarah tenang di sana & rhnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.

Terdahulu, semalam juga Shuib berkongsi video berdurasi satu minit dan 20 saat di Instagram yang memaparkan dia bersama tiga anaknya, Uwais, Talita dan Matin melawat ke Siti Sarah untuk membaca Yassin dan doa buatnya.

“Subhana-Allah, Alhamdulilah, Allahuakbar. Selamat hari ulang tahun kelahiran ke-37 sayang. Hari ini (semalam), saya dan anak-anak sambut hari jadi awak di rumah baru awak. Insya-Allah walaupun berbeza keadaan, saya tahu awak ada dengan kami. Rasa cinta yang tetap sama, Insya-Allah.

Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan letakkan awak disyurga tertinggi. Semoga Allah satukan kita semua di syurga, amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya. Terdahulu, Shuib juga menitipkan rasa syukur tidak terhingga apabila dapat membawa Ayash pulang ke rumah pada Selasa lalu selepas 40 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.

Shuib menyifatkan kehadiran Ayash di rumah sebagai hadiah daripada Allah buatnya dan anak-anak bersama keluarga berikutan semalam adalah hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang kebiasaannya diraikan mereka bersama-sama.

Shuib Kongsi Hantaran Terbaru Tapi Ramai Perasan Muka Anak Beliau

“Yang baju hitam tu Sebijik muka sarah”-warganet. Siti Sarah pergi menghadap illahi akibat Covid 19 pada 9 Ogos lalu. Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan.

Kredit : Online Malaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

Lepas sebulan pemergian Siti Sarah Shuib bawa anak anak melawat Sarah buat warganet sebak.

Tahun ini mungkin tk lagi sama seperti tahun-tahun sebelumnya buat Shuib apabila menyambut hari lahir isteri tersayang, Siti Sarah Raissuddin tanpa kehadirian insan istimewa itu. Tapi perancangan Allah S.W.T cukup berbeza kerana Dia menggantikan dengan seorang ‘malaikat kecil’ sebagai hadiah dari iaitu Ayash Affan yang baru sahaja dibenarkan pulang ke rumah sehari sebelum hari lahir Siti Sarah.

Bawa anak2 ke tempat abadi Sarah

Jadi, bersempena dengan hari lahir Sarah, Shuib telah membawa ahli keluarga serta ketiga-tiga anaknya selain Ayash ke tempat abadi Siti Sarah yang telah pergi menghadap illahi pada 9 Ogos 2021 yang lalu.

Ruangan kapsyen, Shuib seakan bermonolog dengan memberitahu yang dia serta anak-anak datang untuk menyambut hari lahir Sarah di ‘rumah’ baru Sarah. Walaupun keadaan telah jaub berbeza, namun pelawak tersebut memaklumkan yang rasa cintanya tetap utuh.

“Selamat Ulang Tahun kelahiran yg ke-37 Sayang. Harini I dengan Anak2 sambut Birthday U dekat rumah baru U. InsyaAllah, walaupon berbeza keadaan, I tau u ade je dengan kitorang, RASA CINTA YG TETAP SAMA INSYAALLAH.

Semoga Allah ampunkan segala dosa, dan Allah letakkan U disyurga Tertinggi. InsyaAllah, SEMOGA ALLAH SATUKAN KITA SEMUA DI SYURGA. AMIN, AL FATIHAH SITI SARAH BT RAISSUDDIN 5 Sept 1984 – 09 Ogos 2021,” tulisnya

Anak bongsu sudah dibawa pulang ke rumah

Terdahulu, usahawan dan pelawak tersebut telah memuat naik ke media sosialnya berkenaan kepulangan anak bongsu tersayang, Ayash Affan ke rumah selepas lebih sebulan berada di hospital sejak dilahirkan.

Dapat dilihat anak-anaknya yang lain menyambut kehadiran adik mereka dengan begitu gembira. Shuib juga menyifatkan yang Ayash merupakan hadiah teristimewa kepada dia dan anak-anak yang lain oleh isteri sebelum kepulangannya kepada Illahi.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : http://trendingkini.pw/

Shuib akhirnya dah jumpa dengan Ayash Affan. Memang spesial betul hadiah dari Sarah buat Shuib.

Semalam, Shuib menerusi akaun Instagramnya memaklumkan bahawa dia akan melawat anak bongsunya, Ayash Affan di hospital hari ini. Menurut Shuib, hari ini merupakan kali pertama dia melihat dan menyentuh anak kesayangannya itu.

‘Muka macam daddy lah ibu’

Terbaru, Shuib memaklumkan dia telah meluangkan masa selama 3 jam di hospital bersama Ayash Affan yang kini sudah pun berusia 39 hari. Shuib juga meluahkan rasa syukur kerana Ayash berada dalam keadaan sihat malah berat badannya juga kini sudah mencecah 2.6 kilogram.

“SubhanAllah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Nikmat yang cukup indah bila dapat luangan masa 3 jam dengan Ayash Affan. Syukur, Ayash sihat, berat dah 2.6kg, menyusu kuat dan comel sangat-sangat.”

Sementara itu, Shuib mengakui Ayash Affan adalah hadiah teristimewa yang diberikan oleh Siti Sarah buat dirinya dan keluarga. Menurut pelawak berusia 37 tahun ini, dia turut menyifatkan anak bongsunya itu memiliki wajah yang seiras dengannya.

Tidak terhenti di situ, Shuib seakan bersedih selain berharap agar Siti Sarah berada di sisinya untuk meraikan hari bahagia tersebut.”Muka macam daddy lah ibu. Memang special sangat hadiah dari ibu. Allahuakbar, i wish you are here sayang. I love you.”

Sumber: Shuib Sepahtu

Shuib muat naik gambar hujung minggu di sungai. Tapi benda ni pula yang warganet perasan.

Menerusi halaman Instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi dengan peminat peminat nya aktiviti bersama anak anak ke sungai. Kelihatan seperti kesemua anak anak beliau mengikuti aktiviti tersebut, Uwais, Matin, dan juga Talita.

Pejam celik sudah genap 30 hari pemergian penyanyi terkenal, Siti Sarah Raissuddin. Kehilangannya sungguh dirasai seluruh rakyat Malaysia baru-baru ini. Siapa sangka, pemergiannya sangat dicemburui kerana ramai yang mendoakan dan menceritakan kebaikan Sarah ketika hayatnya.

Tanggal 9 September, Shuib telah berkongsi kerinduannya pada isteri tercinta yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaannya. Namun itulah perancangan Allah mengatasi segalanya. Satu foto yang dikongsi oleh Shuib:

Menerusi halaman komen, rata rata warganet memberi komen positif dan mengucapkan selamat berhujung minggu. namun lain pula salah seorang komentar ini perasan:

“Terbayang mcm Sarah ada..”

Dah sebulan pemergian Siti Sarah. Sebak bila Shuib kongsikan video anak sulung dah pandai berdikari.

Kehilangan insan bergelar ibu mereka, Siti Sarah Raissuddin yang telah menghadap Ilahi mengundang sebak ramai pihak. Sebelum ini, Momen hiba dikongsi sendiri oleh ayah mereka iaitu pelawak terkenal, Shuib dalam InstaStorynya.

Namun kini setelah sebulan pemergian Siti Sarah,Shuib sering berkongsi keletah anak-anak yang kini sedang belajar berdikari. Terutama sekali Uwais anak sulungnya yang mempunyai wajah seperti arwah ibunya.

Moncong macam ibu. Hari ni dah sebulan. Al-Fatihah 

https://www.instagram.com/p/CTmOrEIl28n/

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber:Instagram artis malaysia

Genap 30 hari pemergian Siti Sarah. Sebak bila tiba tiba ibu tiri luahkan sesuatu tentang Sarah.

Siti Fatimah Suberi iaitu Ibu tiri Siti Sarah memuatnaik video dengan kapsyen meluahkan kerinduan terhadap penyanyi berkenaan selepas genap 30 hari pemergiannya. Apa yang mendapat perhatian warganet adalah gelagatnya yang sentiasa happy serta dapat dilihat juga tasbih digital yang sentiasa dibawa bersama.

Di komen semua dilihat sebak dengan perkongsian berkenaan dan mendoakan beliau ditempatkan dikalangan hamba yang beriman. Dalam kapsyennya dia memuatnaik satu foto Sarah katanya, “masa ni tak silap prgnant dalam 4 atau 5 bulan. Walau diri sendiri pun dah ta larat nak belajar. Kelas dari pagi hingga lewat malam”

“Tapi semangat yang ada dalam diri dia tu sangat sangat kuat. Dan oragnya sangat menjaga adab dengan guru”. “Dan masa ni dialah yang bersemangat sangat sangat ajak masuk kelas untuk mencari ilmu perniagaan” “Alhamdulillah dengan ilmu ini saya akan gunakan untuk terus melangkah lebih jauh” luahan ibu tiri.

Hasrat Sarahuntuk berehat 

Ibu tiri kepada penyanyi Siti Sarah, Siti Fatimah Suberi mendedhkan bahawa Siti Sarah pernah menyatakan hasratnya untuk berehat pada bulan Ogos dan tidak menyangka perkara itu benar-benar terjadi apabila penyanyi itu ‘berehat’ buat selama-lamanya.

Ujar wanita berusia 34 tahun yang yang mesra disapa Makde, Sarah memberitahu perkara tersebut kepadanya sekitar Mei lalu apabila menyatakan hasrat mencari wajah baharu kempen promosi tiga produk keluarannya kerana ingin berehat pada bulan Ogos.

“Siti Sarah bercadang untuk berehat pada bulan Ogos. Perkara ini juga disedari oleh kakitangan syarikat. “Tak sangka rupa-rupanya ‘rehat’ yang dimaksudkan itu membawa maksud Sarah akan pergi tinggalkan kita semua buat selama-lamanya,” kata Fatimah

Antara komen komen warganet

” semua mesti rindukn sarah termasuk sy. Berserinya kulit dan muka sarah Digital tasbih warna merah tu mcm sy punya n sy ada bnyk gak. Al fatihah buat sarah”

Dalam vdeo sentiasa memakai cincin zikir dan Alhamdulillah jiwanya sentiasa ingat Allah SWT dan ini mungkin salah satu sebab ingatan rindu semua orang pada arwh.

Senyuman berseri seri moga amalan nya diangkat oleh Allah SWT. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.datatimenews.com/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*