Firdaus Wong dedah pekerjaan dia sebelum jadi pendakwah

PETALING JAYA – Tidak dinafikan nama pendakwah terkenal Firdaus Wong kini antara yang menjadi sebutan berhubung dengan pendedahahan kisah gangguan seksual melibatkan individu terkenal.

Bagaimanapun, ramai yang tidak mengetahui bahawa sebelum memeluk agama Islam dan menjadi pendakwah, Firdaus sebenarnya merupakan seorang pemain bola sepak.

Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh Firdaus menerusi saluran Telegram miliknya sambil menunjukkan pas pemain ketika mewakili skuad kebangsaan dalam sebuah kejohanan.

“Ini sahaja jadi kenangan diberikan peluang mewakili skuad bola sepak kebangsaan bawah 20 Tahun dalam Kelayakan Piala Asia pada 2002 dan menjadi satu-satunya pemain berbangsa Cina dalam pasukan.

“Masa itu masih belum Islam dan antara pemain yang saya masih ingat dalam skuad ialah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani.

“Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin,” kongsinya semalam.

Firdaus Wong berkata, ia merupakan kali kedua dia mewakili skuad kebangsaan selepas mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

Selain itu, dia turut berkongsi tentang penglibatannya dalam Kejohanan Piala Nike 1998 apabila mewakili pasukan Kuala Lumpur.

Firdaus yang merupakan pengasas pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Multiracial Reverted Muslim (MRM) berkata, ketika itu dia masih belum memeluk Islam.

Katanya, antara rakan dalam skuad itu adalah Safee Sali, Fadzli Saari, Sani Anuar Kamsani.

“Jurulatih kami pada waktu itu ialah Jorvan Vieira dari Brazil dibantu oleh Coach Lim Chuan Chin.

“Ini pengalaman kedua mewakili skuad kebangsaan selepas mewakili skuad bawah 17 tahun pada 1998 untuk kelayakan Piala Asia bawah 17 tahun di Myanmar.

“Dah tak mampu seperti duu,” katanya menerusi hantaran di Telegram miliknya.

Dalam hantaran lain, Firdaus turut berkongsi kenangan ketika Kejohanan Piala Nike 1998 di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

“First game kami, KL belasah Sarawak. Posisi saya waktu itu adalah stopper tetapi terlibat dalam set-pieces corner & free kick.

“Gambar ini semasa Kejohanan Piala Nike 1998 di PULAPOL. First game kami, KL belasah Sarawak. Posisi saya waktu itu adalah ‘stopper’ tetapi terlibat dalam ‘set-pieces corner dan aksi ‘free kick’,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*