Kali Ni Isteri UstazEbit Dtg BukitAman, PDRM Beritahu Sebab Apa Isteri Pun Kena Hadir Sekali

Pendakwah terkenal, Ebit Lew dipercayai telah dipanggil sekali lagi oleh Bukit Aman bagi memberi keterangan berhubung kes gangguan sek.sual mengaitkan dirinya, semalam.

Mengesahkan kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jena.yah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd. Jalil Hassan berkata, beliau hadir bersama isterinya bagi membantu siasatan.

“Kita memanggil beliau sekali lagi bagi memenuhi keperluan untuk melengkapkan siasatan,” katanya ringkas.

Terdahulu, polis mengesahkan telah membuka satu kertas siasatan ekoran video dan mesej lucah yang tular dalam aplikasi Telegram didakwa melibatkan seorang pendakwah terkenal.

Siasatan itu dijalankan di bawah Sek.syen 504 Kanun Kesek.saan kerana sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Pada masa sama, kata beliau, kes berkenaan juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 ekoran penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

sebelum ini, Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Ibrahim Lew telah dipanggil untuk merakam keterangan percakapannya di Bukit Aman pada Ogos lalu.

Siasatan membabitkan Ebit dijalankan di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 509 Kanun Kesek.saan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Terdahulu Nama pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew UEL menjadi perbualan hangat netizen sejak beberapa hari lalu. Namun begitu, Ebit Lew dilihat tenang bercuti bersama keluarga tersayang di Langkawi.

Luangkan masa bersama keluarga di Langkawi

Menerusi posting yang dimuat naik di Facebook, Ebit Lew berkongsi sekeping foto bersama bidadari tercintanya di Langkawi. Walaupun sibuk dengan urusan kerja, namun pendakwah terkenal itu mengambil sedikit masa untuk meluangkan masa buat keluarganya sebelum meneruskan misi memb.antu orang ramai.

Selalu sibuk. Beberapa hari ini dapat cuti bersama keluarga. Sebelum teruskan misi dan keluar di jalan Allah. Doakan ya. Hidup hanya nak reda Allah.

Dalam pada itu, Ebit Lew juga memuat naik satu video di Instagram, memaparkan dia bersama isterinya menaiki jet ski di pulau peranginan berkenaan berserta kapsyen yang sungguh romantis buat isteri tersayang.

Bidadariku, baikkan Allah temukan kita. Dialah Allah yang temukan kita. Terima kasih Allah yang tak berhenti beri nikmat dalam hidup kita. Syukur pada Allah. Tak tahu nak ucap bagaimana.
Kasih sayang terbesar Allah beri Islam ini. Terima kasih ya Allah. Dialah Rab pemilik segala-galanya. Bahagia di hati bila kita bersyukur. Syukur hadir bila kita kenal Tuhan. Kenal Allah.

Maafkan semua orang

Pendakwah berusia 36 tahun itu juga menitipkan nasihat kepada orang sekeliling agar menghargai pasangan serta keluarga mereka kerana Allah SWT.

Hargailah orang kita cintai kerana Allah. Hargai keluarga. Bidadariku, abang akan terus memegang tanganmu sehingga mendapat reda Allah. Hidup hanya untuk Allah sayang. Reda Allah. Kita tak hidup nak sukakan orang. Hanya untuk sukakan Allah.

Maafkan semua orang. Doa keampunan. Doa hidayah dan kebaikan rahmat buat lapan bilion manusia seluruh alam. Kita tak datang dalam dunia. Kita dihantar oleh Allah sebagai sebaik-baik umat. Sambung kerja Nabi SAW. Bawa Islam dan kasih sayang.

Sumber : Utusan Online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*