Bayi Merah Lagi Diberi Pula Makan Macam Tu

Kecoh apabila tular rakaman video seorang ibu memberikan anaknya yang masih bayi (bawah 30 hari) dengan makanan di media sosial.

Jelas bayi tersebut masih lagi terlalu kecil, kulitnya juga kemerah-merahan tetapi terpaksa menerima nestum atau bubur yang disuap kepadanya.

Hal ini telah membuatkan ramai netizen marah dan bengang dengan ibu tersebut apatah lagi kemudiannya si ibu memuat naik kembali rakaman video yang sama dengan kapsyen, nanti mummy bagi makan aiskrim pulak dengan tanda pagar suka hati aku lah.

Antara Komen Netizen

“Astaghfirullah. Baby ni okay tak skrg ni? Seramnya tengok.”

“Dahla bagi makan baby umur ceni, pastu guna sudu besi beso pulak tu? Keb0d0han apakah ini?”

Tidak dapat dipastikan di manakah lokasi si ibu tetapi melihatkan gaya bahasa, ianya dipercayai di Malaysia.

Adakah si ibu kekurangan ilmu sampaikan tergamak memberikan makanan pejal kepada anaknya sebegitu? Atau memang sengaja mahu glamor cepat?

SUMBER/KREDIT : cari / MALAYSIATIMES.NEWS via Kotak Media84

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*