Iqbal akui DSV antara perempuan pertama dan terakhir yang dia sentuh. Ini sebabnya buat dia nekad untuk berkahwin.

Sejak beberapa minggu lalu, hubungan di antara usahawan terkenal Dato’ Seri Vida dan juga bekas pembantu peribadinya Iqbal Zulkefli masih lagi menjadi tanda tanya. Mana tidaknya, pemuda berkenaan kelihatan seperti membawa hati apabila usahanya untuk menjadikan jutawan tersebut sebagai isteri menerima tentangan.

Iqbal masuk sekali IG Live yang dibuat DS Vida…Tapi muka tak senyum, hanya masam mencuka. Bukan itu sahaja, pemuda berusia 27 tahun tersebut juga kesal apabila dituduh gilakan harta dan kekayaan DS Vida. Terbaru semalam, usahawan berkenaan dilihat telah melakukan IG Live yang turut disertai Iqbal. Walau bagaimanapun, wajah bekas pembantunya itu malah hanya masam mencuka sahaja.

DS Vida perempuan pertama & terakhir saya sentuh…Sebab itu saya fikir untuk berkahwin

Dalam pada itu, satu komen yang ditinggalkan oleh Iqbal turut menarik perhatian ramai apabila menyebut tentang niat sebenarnya untuk memperisterikan DS Vida. Di kesempatan tersebut, jutawan berkenaan turut sempat meminta maaf kepada ‘pasangannya’ itu jika ada menyinggung perasaan.

Kita semua tak sempurna, masing-masing ada aib yang tertutup…Iqbal tak patut komen macam tu. Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet seperti mempersoalkan maksud sebenar Iqbal bercakap seperti itu. Ramai naik risau jika komen yang ditinggalkan bakal mengundang ftnah kepada pasangan berkenaan.

komen2 kelakar warganet:

Sumber : Videoviral

Sampai menangis DSV bila live di Meletop. Sekali DSV dedah apa sebabnya beliau nak kahwin waktu live dengan Nabil.

Bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida, Iqbal Zulkefli mendedahkan bekas majikannya itu menangis sehingga tak lalu makan mengenangkan anak perempuannya, Cik B. Perkara tersebut antara lain mempunyai kaitan dengan i.su ibunya yang bakal dikatakan bakal mendirikan rumah tangga tidak lama lagi.

Malah, Cik B sebelum ini menerusi program hiburan Melodi, ada memberikan reaksinya mengenai perkara perkenaan. Anak kepada usahawan k.osmetik terkenal, Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin atau lebih sinonim dengan panggilan Cik B tampil komen mengenai perihal ibunya, Datuk Seri Vida bersama penonton menerusi Melodi, TV3 pada Ahad.

Di dalam sesi temu bual secara virtual itu, Cik B antara lain menjawab isu tular babitkan kisah ibu berkaitan soal jodoh bersama bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Jelas Cik B yang pernah tampil menerusi single berjudul Tolonglah ini, jurang perbezaan umur ibu dengan jejaka berkenaan sangat jauh dan baginya, ia tidak sesuai. Malah, Cik B akui tidak memiliki jalinan perhubungan yang baik dan serasi bersama Iqbal, sebelum ini.

“Jauh di sudut hati, saya sangat kurang setuju sebab Mama umurnya dah tua dan Abang Iqbal baru umur 25. Macam mana Abang Iqbal yang umur 25 boleh suka orang tua? Mesti ada sebab tau.

Sebagai seorang anak, Cik B berkata dia sebolehnya mahu melihat ibunya berjodohan dengan lelaki yang lebih tua atau sama umur.

“Kalau sudah jodoh Mama dengan Abang Iqbal, saya harapkan Mama gembira dengan Abang Iqbal dan ikutlah Mama nak buat apa tapi saya memang tak nak Mama kahwin dengan Abang Iqbal. Kerana faktor usia, saya tidak bersetuju dan merestui. Kalau Mama dijodohkan dengan orang yang tua sepadan umur saya tak kisah.

Iqbal yang menjadi lelaki paling rapat dengan Vida ketika ini menambah, dia memahami perasaan remaja berkenaan yang m.arah andai ibunya sekali lagi berkahwin.

“Hari ini seharian Dato Seri Vida menangis, tidak makan memikirkan Cik B. Saya turut kasihan pada Cik B, sejak kecil dia jarang ada masa bersama. Sejak saya masuk bekerja, saya selalu pesan pada DSV, bawa Cik B ikut sama setiap kali kita ke luar negara. Jangan terlalu m.arah, bagi perhatian sepenuhnya pada Cik B. Saya faham perasaan Cik B marah jika ibunya berkahwin. Oleh kerana mereka melalui sejarah hidup, banyak t0hmahan, tdvhan saya yang harus tanggung walaupun jauh sekali saya tidak sama seperti pengalaman mereka,” jelas Iqbal.

Luahan tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Insta Stories, pada Isnin. Dia bagaimanapun meminta ramai untuk kasihankan Cik B dan tidak menambahkan api terhadap s.ituasi yang berlaku. Mahu memberikan yang terbaik, Iqbal pada masa sama turut memohon ramai agar memberikan semangat buat Cik B.

“Orang luar tidak dapat menggambarkan keadaan Cik B apabila dia m.arah. Luar biasa. Tiada siapa berani untuk masuk dekat. Kepada semua yang menyayangi Cik B, tidak kisah jika kalian berpendapat tidak bersetuju untuk saya dengan Dato Seri Vida berkahwin, saya tabah menelan fi.tnah, namun jangan sesekali tambahkan api pada dia. Kasihani emosi dia. Seharusnya kalian memberikan semangat kepada dia. Saya sedaya upaya lakukan terbaik untuk semua. Baik Cik B, Dato Seri Vida dan Kacak.”

Sebelum ini, Vida mengesahkan bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya itu pada Disember ini namun risau dengan penerimaan anak-anak, terutama Cik B.

Kisah hubungan mereka menjadi perhatian apabila pasangan itu terbuka berkongsi persiapan mereka termasuk melakukan ujian kes.uburan pada akhir Ogos lalu. Sementara, Iqbal ada memberitahu dirinya sudah bersedia untuk menjadi suami kepada penyanyi lagu I Am Me itu. Sumber : Sembang Kencang

DSV jalani ujian Ovarian Reserve. Sekali Iqbal dedah voice note tangisan gembira pada Iqbal.

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida berkongsi pula sepotong video dirinya menjalani ujian ovari4n reserve untuk menguji tahap kesuburannya akhir Ogos lalu. Kata Vida, menerusi ujian terbabit, dia bersyukur dirinya masih berpotensi untuk mempunyai zuriat dan berada dalam keadaan sihat.

“Bila ada kisah-kisah nak kahwin ni, saya tak nak ada masalah kalau kahwin tak ada zuriat. Saya nak bahagia dah… Dulu tak terfikir nak buat ujian. Jadi, saya perlu pastikan saya seorang wanita yang masih muda dan boleh mel4hirkan zuriat. Maka saya buat ujian ovari4n reserve, ambil dr4h untuk mengetahui berapa kandungan telur dalam badan saya. Kata doktor, tiada kolesterol pun dalam d4rah saya. Macam dr4h anak dara…,” ujarnya yang berkongsi sepotong video menjalani prosedur terbabit.

Dalam perkembangan sama, bekas pembantu peribadi yang turut digosipkan bersamanya, Ahmad Iqbal Zulkefli, berkongsi sepotong video di Instagram Stories bukti perbualannya bersama Vida. Dalam video berkenaan, Vida mengirimkan voice note men4ngis kesyukuran difahamkan selepas menjalani ujian terbabit.

“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat, beginilah beliau apabila dengan saya. Voice note pagi ini beliau hantar pada saya. Men4ngis gembira. Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau kerana ‘mengik1s harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” ujarnya.

Sumber:Gempak

DSV bakal umumkan tarikh nikah. Sekali DSV akui dia memang ikhlas terima dan harap ini jodoh terbaik.

Ramai yang gembira dan mendoakan Ahmad Iqbal Zulkefli iaitu bekas pembantu peribadi kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri (DS) Vida. Bukan apa, dengar ura-ura mahu berkahwin!

Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal atau mesra dipanggil Iba telah memuat naik video klip pendek perbualan di antara DS Vida dan Dato Seri (DS) Aliff Syukri. Perbualan tersebut mendedahkan Iba bakal menamatkan zaman bujangnya tidak lama lagi.

Selepas beberapa hari desas desus pekara tersebut,akhirnya Dato Sri Vida bakal mengumumkan tarikh nikah beliau tidak lama lagi. Perkongsian tersebut telah dibuat melalui laman IG beliau pada semalam. Sumber : Instagram Dato Seri Vida@KLMENJERIT

Kini DSV akui bakal berkahwin. Tapi ada satu benda pula yang dia kena pastikan dulu sebelum buat keputusan.

Taikun kosmetik, Datuk Seri Vida memaklumkan, sebelum membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan mana-mana lelaki, dia perlu memastikan dirinya masih subur dan mampu melahirkan anak.

Kata Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 50, dia tidak mahu terhegeh-hegeh berkahwin andai tidak mampu melahirkan zuriat memandangkan usianya sudah semakin lanjut.

“Sebelum buat sebarang keputusan (untuk berkahwin), pertama sekali, saya kena tengok saya ini mampu melahirkan zuriat atau tidak. Jadi, saya akan buat ‘check up’ (pemeriksaan kesuburan) untuk memastikan saya boleh melahirkan zuriat. Selepas itu, barulah saya fikir perancangan selanjutnya sama ada untuk berkahwin atau tidak. Bukan apa, sekarang ini yang muda-mudi ini kalau tiada atau diikat dengan ‘zuriat’, nanti jadi susah. Kalau tanya saya, itulah yang perlu saya buat dahulu sekarang ini. Pastikan diri subur,” katanya.

Terdahulu, timbul desas-desus mengatakan Vida bakal berkahwin dengan bekas pembantu peribadinya, Ahmad Iqbal Zulkefli selepas rakan baik usahawan berkenaan, Datuk Seri Aliff Syukri bertindak memuat naik video klip pendek perbualan yang mendedahkan perkara tersebut.

Vida bagaimanapun bertegas, andai punya jodoh lagi, dia hanya akan memilih bakal suami yang setaraf dengannya. Katanya, dia akan mencari calon yang mempunyai kestabilan dari segi ekonomi dan sebaya usianya.

“Ada ke lelaki yang nak dekat saya? Tengoklah saya jenis brutal (lasak) gini (macam ini). Semua buat, takut lari saja nanti. Sekarang ini saya tidak terfikir pun nak kahwin ke apa, anak-anak, keluarga dan syarikat adalah keutamaan saya. Kalau ada jodoh sekali pun saya akan cari yang level-level (setaraf) saya. Maksudnya dari segi umur, pengalaman, kaya of course (sudah pasti),” ujarnya seraya berseloroh dalam Instagram.

Dalam pada itu, ditanya sama ada benar Iqbal bertepuk sebelah tangan, pelantun lagu I Am Me itu menafikan sambil tinggalkan emoji wajah dipenuhi bentuk hati dengan respons ringkas: “Tak kot (tertawa).

Iqbal dalam satu kenyataan kepada portal hiburan memberitahu bahawa dia sudah melakukan ujian kesuburan dan mampu memberi nafkah sebanyak RM1 juta sebulan kepada isterinya. Untuk rekod, Vida pernah mendirikan rumah tangga sebanyak dua kali. Perkahwinan pertamanya dengan seorang lelaki bernama Mohd. Amin Yassin, 43, pada 2000 namun berpisah pada 2008.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie, Muhammad Edrie Zikree, Edlynn Zamileen dan Muhammad Eric Zaquan.

Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikree pergi buat selamanya dalam satu kebk4ran di rumah Vida di Ipoh pada 2013. Selain itu, Vida pernah mendirikan rumah tangga bersama Fairuz Ahmad Zainuddin pada Januari 2014 namun bercerai pada 7 April 2017. Sumber – K! ONLINE

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*