”Macam Pakai Tuala Mandi”- Intan Najuwa Jadi Buah Mulut Netizen Gara-Gara hal Ini

 

 

PETALING JAYA – Perkongsian foto terkini pelakon bertubuh kecil molek Intan Najuwa dalam Instagram miliknya menarik perhatian netizen yang tertarik dengan fesyen skirt pendek yang digayakannya apabila dikatakan mirip seperti tuala mandi.

Menerusi hantaran tersebut, Intan Najuwa atau nama lengkapnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 24, berkongsi beberapa keping foto menggayakan skirt potongan pendek paras paha dengan corak ‘plaid’ atau kotak-kotak.


“Keluar kejap. ‘Saturdate’,” tulisnya pada kapsyen gambar tersebut.

Bagaimanapun, skirt yang digayakan pelakon drama Semua Salahku itu telah menarik perhatian netizen bukan sahaja kerana dianggap terlalu singkat, malah Intan juga dikatakan seolah-olah memakai tuala mandi yang dijadikan skirt kerana coraknya.

“Skirt itu macam pakai towel (tuala mandi),” komen seorang netizen.

Bahkan ada juga netizen berpendapat corak skirt tersebut mirip seperti kain pelikat yang selalu dipakai oleh kaum lelaki selain berpandangan skirt yang digayakan Intan kelihatan sudah rosak (koyak).

“Macam zip skirt dah rosak. Hampir terlondeh, tarik dan ikat, jadi style (gaya),” kata seorang pengguna Instagram.

Walaupun ramai yang memuji fesyen yang digayakan pelakon itu kelihatan cantik, namun tidak kurang juga segelintir netizen meng3cam penampilan Intan yang dikatakan agak seksi dan keterlaluan.

“Ya Allah kenapalah artis de1il sangat. Lagi kita t3gur, lagi dia buat. Tak takut dosa ke? Kesian ayah dia. Sed1h tengok artis sekarang,” t3gur seorang netizen.

Terdahulu, Intan sebelum ini pernah beberapa kali dit3gur malah dik3cam netizen kerana berani tampil dengan imej s3ksi dikhalayak umum.

Pada Ramadan lalu, Intan ada memuat naik sebuah video dalam Instagram memaparkan dia memakai baju menampakkan sedikit bahagian p2rut.

Pada mata netizen, baju tersebut tidak sesuai dipakai, terutama pada bulan Ramadan yang mulia.

“Perut tu awak, bulan puasa ini tutuplah s2kit,” tegur pengikut Instagramnya.

Malah, Intan dilihat semakin berani ‘membuat tayangan umum’ sebahagian perutnya menerusi beberapa keping gambar dalam akaun Instagram miliknya sebelum ini.

Antara komen-komen netizen.

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Ariana Rose

Sumber: – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*