“mak oi.. boleh beli tanah, boleh kahwin lain dua kali” Individu dedah yuran persekolahan anak Nora Danish di satu sekolah elit buat ramai terkedu

Semalam. pelakon Nora Danish menyatakan anak lelakinya iaitu Rayqal yang kini berusia 12 tahun telah menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam video yang dikongsikan, Nora Danish kelihatan gagal menahan air mata ketika menghantar anak sulungnya itu ke sekolah swasta berasrama penuh berkenaan.

‘Yuran boleh buat beli tanah!’

Terbaru, seorang pengguna Facebook iaitu Mufarwa Farid dipercayai mendedahkan yuran persekolahan yang dikenakan bagi setiap pelajar di Kolej Tuanku Ja’afar. Menurut individu ini, pada awalnya dia menyangka anak lelaki Nora Danish telah menyambung pelajaran di SM Sains Tuanku Jaafar iaitu satu sekolah berasama penuh yang terkenal di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Rupa-rupanya tanggapan mereka salah.

Tak lama lepas tu, isteri tanya lagi, memang biasa ke budak Darjah Enam masuk? Sebab anak Nora Danish tu baru Darjah Enam. Huh? Aku pun cepat-cepat Google.

La… Memang ada rupanya Kolej Tuanku Jaafar. Letaknya di Mantin. Ianya sebuah sekolah persendirian yang berkelas tinggi. 23 tahun hidup kat Negeri Sembilan, baru aku tahu ada sekolah ni.

Hasil carian di Internet, Mufarwa mendakwa yuran tahunan persekolahan Kolej Tuanku Ja’afar agak tinggi iaitu mencecah puluhan ribu ringgit bagi pelajar peringkat sekolah rendah manakala kos bagi peringkat menengah pula cecah RM100k.

Sekali, mak oi…. Yuran tahunan sekolah menengah dia boleh buat beli tanah. Yang sekolah rendah, boleh kahwin lain dua kali! Pehhh.

Difahamkan, yuran pendaftaran dan kemasukan bagi pelajar peringkat sekolah rendah adalah berjumlah RM3,350 dan RM5,350 bagi sekolah menengah. Sementara yuran tahunan adalah berbeza-beza mengikut peringkat akademik seseorang pelajar.

Bagi pelajar darjah 1 dan 2, yuran tahunan adalah RM30,360, bagi darjah 3 dan 4 berjumlah RM34,320 setahun manakala yuran tahunan pelajar darjah 5 dan 6 menelan kos RM39,690. Keseluruhan jumlah tersebut tidak termasuk yuran ‘after school care’, jam 3.45p hingga 5.00pm dimana bayaran yang dikenakan adalah RM12,000 setahun.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, bayaran deposit adalah RM25,000. Bagi pelajar yang tinggal di asrama, yuran tahunan yang perlu dibayar adalah RM87,000 setahun iaitu jauh lebih tinggi berbanding mereka yang tidak menetap di asrama yang hanya membayar RM59,700 setahun. Sementara itu, yuran bagi pelajar tingkatan enam pula adalah RM89,400 setahun.

Setelah membaca kesemua yuran ini, terkenang aku dengan baki akaun bank yang ada sekarang. Terkenang juga jumlah hutang bank yang nak dekat sama dengan yuran tahunan sekolah ni. Takpalah anak-anakku. Sekolah je lah kat sekolah biasa. Tapi, doa-doa lah rezeki abah kau dapat sekolahkan kau di sini.

Mana lah tahu, 5-6 tahun lagi dah mampu. Dapatlah kau orang sekolah kayangan macam ni. Silap-silap, mak baru pun kau orang dapat time tu. Ok ni gurau (kena clarify benda ni gurau). Yang penting, doakan lah bapak korang ni ya, anak-anak.

Nora Danish Menangis Rayqal Masuk Sekolah Swasta, Geng Ibu Pun Rasa Sebak Tengok – ‘Dari Dalam Kandungan Hanya Dia Dengan Mommy’

 

Menerusi hantaran Instagram (IG) miliknya, Nora, 39, menyatakan Rayqal, 12, menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan.

Dalam rakaman video yang dikongsikan, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif memeluk erat anak kesayangannya sambil menangis.

Awak adalah kekuatan saya, dan sebab mommy menjadi diri mommy hari ini. Sebab awak, sayang. Mommy sayang awak.

Mommy akan rindu. Mommy tidak tahu bagaimana nak melaluinya tetapi mommy mesti kuat untuk awak, sayang! Tolong hubungi mommy bila awak mempunyai masa.

Dah suntik vaksin

 

Dalam pada itu, menerusi perkongsian berbeza, Nora yang ditemani suaminya, Nedim Nazri menghantar Rayqal untuk mendapatkan suntikan vaksin jenis Pfizer yang turut disertai bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai.

Alhamdullilah dia mendapat vaksinnya hari ini. Ya Allah Kau melindungi anak ku ya Allah.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata rakan artis dan pengikut terutama golongan ibu turut berkongsi perasaan serta pengalaman yang sama.

@sey.page: Dari dalam kandungan hanya dia dengan mommy. Dia lah kekuatan mommy. Saya dapat merasakan.

@ummimynsdelight: Alaaa sedih.. Tersentuh hati seorang ummi.

@hananihanafii: Alah aku pun nangis juga kenapa ni?

@nita_brownies: Saya rasa macam ini masa lima tahun lepas. Tapi saya tahan tak nangis depan dia. Saya menangis waktu malam nak masuk tidur. Dekat dua minggu juga.

Terdahulu, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga.

 

Sumber: OB

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*