Pembelian barang secara atas talian bukan satu perkara yang baharu bahkan, ia semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat. Namun begitu, pelanggan perlu bersiap sedia dan menerima dengan hati terbuka jika barang yang ditempah tidak seperti mana yang diiklankan.
Membeli-belah secara atas talian ni dah jadi satu benda yang normal. Maklumlah, lagi senang, jimat tenaga dan kadang-kadang harga barangan lebih murah tau!
Tapi, kalau nak beli pakaian ni tricky sikit sebab takut saiz tak betul, tak kena dengan citarasa dan macam-macam lagila
Seperti perkongsian seorang penghantar barang dari Indonesia, menerusi laman TikTok menceritakan karenah seorang pelanggan yang dikatakan enggan untuk membayar barang yang ditempahnya. Difahamkan, wanita ini menggunakan kaedah pembayaran secara Cash On Delivery namun, dia dipercayai membuka bungkusan tersebut terlebih dahulu tanpa membuat sebarang pembayaran.
Penderitaan peniaga atas talian. Saya minta maaf kepada penjual ya ok?
Mengulas lebih lanjut, wanita tersebut memberikan penjelasan baju yang dibelinya ketat dan dia enggan untuk membayarnya sebelum melarikan diri. Walaupun, diugut untuk diviralkan di media sosial wanita ini sama sekali tidak kisah dan pemuda ini sempat memberikan nasihat kepada wanita ini supaya tidak membuat pesanan secara atas talian selepas ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen kurang bersetuju dengan cara yang dilakukan oleh wanita ini dan memberikan cadangan kepadanya untuk membeli di pusat beli-belah.

Risau Beli Baju Kalau Tak Cuba? Ini 4 Langkah Mudah Untuk Korang Membeli Pakaian Secara Online
Sebenarnya, senang je nak beli pakaian secara online kalau korang ikut tips yang Sis Katy share ni.
1. Perhatikan Jenis Kain
Korang kena perhati dan kenalpasti jenis kain sesuatu pakaian tu. Sis yakin korang mesti dah boleh agak jenis fabrik melalui gambar sebab dah biasa pakai dan rasa sendiri. Kalau nak senang, tanya je seller terus.
Yang penting, korang kena tahu ciri-ciri sesuatu fabrik tu. Contohnya lembut, menyerap peluh, strechtable dan see through. Ini supaya korang boleh sesuaikan dengan preferences korang. Barulah rasa berbaloi beli!
2. Periksa Ukuran Dan Saiz
Korang perlu pastikan saiz badan korang betul-betul sebelum beli. Tengok dekat carta saiz yang seller dah sediakan. Walaupun dah dinyatakan saiz standard, kena check jugak ukurannya sebab lain jenama, lain ukuran. Standby je measuring tape untuk ukur saiz korang.
Senang cerita kalau tak sure, rujuk je seller untuk tolong korang pilih saiz yang tepat.
3. Tentukan Cutting & Design Pakaian
Baca penerangan mengenai pakaian sebelum beli. Selalunya, seller akan beritahu sama ada saiz pakaian lebih kecil atau lebih besar dari saiz biasa. Cutting pakaian seperti slim fit, straight cut dan flare pun korang kena ambil tahu sebab tak semua sesuai dengan sesetengah cutting dan design.
4. Baca Review Pembeli
Ini paling penting! Bila dah berkenan kat satu pakaian tu, make sure korang baca review pembeli. Baca dan buat penelitian sama ada barang seller tu berkualiti ke tak, masa penghantaran lambat atau cepat dan tengok berapa rate buyers bagi sebelum ni.
Haa.. Mudahlah lepas ni korang nak shopping online. Korang ikut je tips yang Sis Katy share ni. Nak shopping biarlah korang puas hati dan barang yang dibeli tu dapat sama macam dalam gambar ye!
Sumber: Dickyantika
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Leave a Reply