Lama menyepi sekali tiba tiba Siti Nordiana dedahkan sesuatu pasal kes saman dia. Ramai yang terkejut bila Zoey Rahman pula yang kena panggil.

Penyanyi Siti Nordiana akan memberi keterangan dari kandang saksi pada perbicaraan kes sman ftnah di laman media sosial Instagram yang difailkan beliau ke atas lima individu pada bulan Ogos lalu. Hakim Mahkamah Sesyen memerintahkan agar perbicaraan penuh dijalankan pada 15 Oktober dan 20 Oktober ini.

Peguambela Nurul Hafidzah Hassan dari firma guaman NHA Advocates & Solicitors yang mewakili defendan keempat dan kelima iaitu Sam Musyadzafar Bin Samin (Sam Samin) dan Razidah. Binti Ahmad Senusi (Aida G.) menyatakan yang kedua-dua defendan yang diwakili beliau akan mengemukakan tujuh orang saksi, termasuk kedua-dua anak guamnya.

“Antara saksi yang akan dipanggil semasa perbicaraan ialah Zoey Rahman, pelakon yang pernah dikaitkan dengan Siti Nordiana,” kata Nurul Hafidzah menerusi kenyataan kepada Gempak. Terdahulu, Nurul Hafidzah menyatakan yang pihak plaintif tidak mempunyai asas kes bagi saman ftnah tersebut kerana tiada sebarang pernyataan ftnah yang telah dikeluarkan oleh anak-anak guam beliau.

Peguam tersebut juga berpendapat bahawa kes saman ftnah yang diambil oleh Siti Nordiana tidak memenuhi semua elemen bagi individu yang ingin mendakwa pihak-pihak yang telah memfitnh.

“Pada setakat ini, dokumen-dokumen, fakta-fakta yang telah dipersetujui, dan fakta-fakta untuk dibicara telahpun difailkan. Kami belum menerima senarai saksi dari Siti Nordiana dan mungkin akan dibekalkan pada hujung minggu ini,” tambah Nurul Hafidzah.

Siti Nordiana adalah saksi plaintif yang pertama dan akan masuk ke kandang saksi pada hari pertama dan kedua perbicaraan. Penyanyi tersebut akan melalui pemeriksaan balas oleh peguam defendan bermula dari hari perbicaraan pertama.

Ketua pasukan pembelaan bagi defendan keempat dan kelima tersebut juga berkata yang Siti Nordiana akan berada dalam kandang saksi sepanjang masa beliau diperiksa balas dan diperiksa semula dalam memberikan keterangan beliau kerana beberapa bukti penting akan turut dikemukakan sebagai keterangan yang bakal dikemukakan kepada mahkamah.

Sebelum ini media melaporkan yang bicara saman fitnh tersebut akan bermula pada 29 September tetapi ianya telah ditangguhkan ke bulan in kerana tarikh tersebut bertindih dengan pendengaran kes sivil Abu Syafiq di Kuantan.

Zoey Rahman minta warganet tak campur kemelut Siti Nordiana dengan lima sekawan – “Jangan siram minyak… biar mereka selesaikan di mahkamah”

SUSULAN kes saman melibatkan penyanyi Siti Nordiana dengan lima rakannya, pelakon Zoey Rahman menasihatkan warganet agar jangan terus menjadi batu api dengan tinggalkan komen-komen yang tidak sepatutnya.

Menurut Zoey atau nama sebenarnya, Mohd Hairey Azhar Abd Rahman, 36, warganet tidak seharusnya masuk campur dalam urusan perundangan melibatkan artis berkenaan.

“Sebenarnya saya malas nak komen… saya memang tidak menyebelahi mana-mana pihak. “Bagi saya warganet sepatutnya tidak masuk campur, kalau kita tidak tahu apa-apa jangan komen… takut apa yang kita komen itu akan jatuh fitnh.

“Warganet tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah… jangan masuk campur dengan siram minyak lagi. Lebih baik warganet fokus pada diri dan keluarga sendiri lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang ini (pandemik Covid-19),” katanya ketika dihubungi mStar.

Zoey Rahman tidak menyebelahi mana-mana pihak. Zoey pesan warganet jangan masuk campur. Ketika ditanya mengenai kemelut yang melanda rakan selebritinya itu, Zoey berkata dia berharap agar mereka dapat berbincang dengan baik demi persahabatan yang terjalin sejak sekian lama.

“Mungkin ada masalah dalaman sebenarnya, cuba bincang secara elok… masing-masing dah besar dan sejak remaja dah berkawan. “Dua-dua belah pihak dah besar, nak buat sesuatu tindakan itu fikirlah apa kesan dia nanti… contohnya ketika buat live tempoh hari.

“Saya tidak memihak pada sesiapa sebab saya berkawan dengan semua orang. Berbaiklah sebab industri seni ini kecil… nanti kalau buat show jumpa juga orang yang sama,” katanya lagi. Warganet tidak lalui masalah tersebut, biar mereka selesai di mahkamah… jangan masuk campur dengan siram minyak lagi.

Menerusi laporan mStar pada Selasa, Siti Nordiana menyerahkan writ saman dan pernyataan tuntutan penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada lima individu yang didakwa memftnhnya.

Lima individu berkenaan iaitu penyanyi Lan Solo dan isteri Sheila Hassim, Syura Badron, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G. Siti Nordiana saman lima individu susulan dakwaan memfitnhnya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut lima individu tersebut untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya. Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan.

Untuk rekod, kontroversi tercetus selepas Lan dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan.Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Sendiri terfikir mana pergi semua persahabatan. Nana bawa kes ke mahkamah sekali ini respon dari Syura.

”Kalau bukan nak bercakap tentang apa yang berlaku, saya okey,”. Demikian kata-kata pemilik nama lengkap Zuraidah Badron, 35, ini sewaktu ditemu bual HibGlam berhubung kntroversi melibatkan empat sahabat lain lagi berhubung isu saman penyanyi Siti Nordiana.

Umum mengetahui kemelut antara Syura ‘lima sekawan’ dengan Siti Nordiana yang bermula daripada pendedahan terbuka menerusi sesi Instalive pada 20 Julai lalu. Syura dan Siti Nordiana atau Nana mempunyai sejarah panjang dalam industri seni tanah air.

Lebih dua dasawarsa melebarkan perjalanan karier sebagai penyanyi, mereka pernah bernaung bawah bumbung syarikat rakaman yang sama iaitu FMC sedari usia belasan tahun. Lebih nostalgik, mereka pernah merakamkan album duet Firus pada 2001.

Orang industri yang pertama

Masih basah dalam memori, mereka juga pernah berlakon dalam sebuah telefilem berjudul Helah. Pada waktu tersebut, mereka masih anak dara, manakala Achik Spin memainkan peranan hero. Masa berlalu, hubungan berselirat sehingga membentuk sengketa, sudah tentu ada yang tercuit, terkenangkan pahit manis era tersebut, terutama dalam kalangan peminat dalam lingkaran era dimaksudkan.

”Tiada siapa mahu semua ini berlaku. Jujur saya cakap, ketika mula bertatih dalam bidang seni, dialah (Nana) orang pertama yang saya kenal. ”Kami satu label yang sama, nyanyi, bikin video muzik dan pergi ‘road tour’ bersama-sama sejak berusia 14 tahun.

”Apabila semua ini berlaku, sudah tentu saya sendiri fikir mana pergi semua persahabatan. Saya percaya, manusia tak sempurna dan itu juga sifat saya. ”Kita semua buat silap kerana itu memang fitrah,” kata juara MasterChef Selebriti Malaysia musim kedua itu.

Tuturnya lagi, perselisihan faham adalah satu perkara lazim, namun tidak menyangka akan berlarutan sampai ke mahkamh. Dia sedar, dunia semakin memburuk dengan pelbagai permsaIahan. Dirinya sendiri tidak mahu perhubungan manusia berbenih kebencian yang tidak menguntungkan.

”Salah faham bukan hanya berlaku dalam hubungan suami isteri, adik-beradik pun kadang-kadang bertkam lidah. Kami yang bergelar anak seni pun ada pasang surutnya dalam soal emosi yang akhirnya merugikan diri sendiri.

Reda, tunggu kata mahkamh

” Saya percaya itu juga yang berlaku antara saya dengan Nana. Kami pernah sama-sama menjalani zaman anak dara sampailah sekarang. ” Bohonglah kalau saya cakap tak sedih dengan apa yang berlaku. ” Kalau boleh saya tak nak keruhkan keadaan. Daripada pihak saya, dari bibir saya sendiri, saya mohon maaf dan memaafkan apa sahaja yang berlaku baik apa yang orang tahu mahupun tidak.

”Saya tak nak orang cakap saya sengaja dramatik tetapi ketika dunia kacau-bilau dengan COVlD-I9, setiap hari ada sahaja manusia hilang insan tersayang disebabkan virus covid 19 itu, mengapa perlu bersngketa sesama kita,” luah pelantun lagu Candak itu.

Tidak mahu dilihat terlalu bersikap dfensif, ibu kepada tiga cahaya mata itu memaklumkan, apa sahaja yang berlaku selepas ini, diserahkan kepada takdir dan tertakluk kepada tindakan lanjut Nana. ”Saya sudah sampai tahap fikir, apa sahaja yang keluar dari bibir saya, orang ramai akan label saya yang memulakan angkara ini, sayalah ‘villain’ dan sebagainya.

”Kalau dia (Nana) rasa bawa perkara ini ke mahkamh dapat selesaikan msaIah, terpulang kepadanya. ”Saya reda dan ikut sahaja kalau itu memberikan keadilan kepada siapa yang berasakan dirinya teraniaya atau bagaimana.

”Setiap kali dalam usai solat, saya sentiasa berdoa agar segala permsaIahan yang dihadapi ditunjukkan jalan keluar oleh Allah SWT. ”Saya tak mahu keruhkan keadaan dengan mendedahkan perkara yang tidak sepatutnya kepada media. ” Lebih baik simpan, telan dan hadam sendiri. Biarkan waktu memberi jawapan terbaik. Insya-Allah, semuanya akan dilunaskan dengan cara terbaik,” katanya.

Sumber: kosmo

Kes makin besar. Kali ni Siti Nordiana hantar writ sman untuk tuntut 5 sekawan bayar 2.5 juta. Terkejut sekali dengan ni yang Nana tuntut.

KEMELUT antara Siti Nordiana dengan Lan Solo dan Syura memasuki episod baharu selepas peguam yang mewakili mereka iaitu Alan Razak mengesahkan lima anak guamnya menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada penyanyi lagu Angkara itu pada Isnin.

Menerusi tuntutan saman tersebut, Alan Razak dari Tetuan Azlan Razak & Associates berkata, Siti Nordiana menuntut penerbitan permohonan maaf menerusi siaran akhbar, Instagram dan Facebook live serta RM500,000 daripada setiap defendan.

“Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ sman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin),” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Selain itu, Alan turut memberitahu Siti Nordiana juga menuntut ganti rugi khas, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan menerusi pernyataan tuntutan tersebut. Siti Nordiana tuntut Lan, Syura dan tiga yang lain bayar RM500,000 setiap seorang.

“Selepas ini akan ada sesi pengurusan kes yang mana akan dijalankan secara virtual melibatkan saya dan peguam Siti Nordiana dengan pihak Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 9 Ogos ini. “Menerusi sesi e-review itu mahkamah akan minta status kes daripada peguam plaintif sebelum perbicaraan penuh ditetapkan.

Saya mengesahkan yang kesemua anak guam menerima writ saman dan pernyataan tuntutan daripada peguam cara plaintif (Siti Nordiana) semalam (Isnin). “Melalui sesi itu juga, mahkamah akan minta peguam-peguam untuk explore kebarangkalian untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah tanpa perlu melalui perbicaraan penuh,” katanya.

Sebelum ini, Siti Nordiana menuntut Lan, Syura, isteri Lan, Sheila Hassim, Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek, Aida G untuk membuat permohonan maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam serta membayar RM200,000 setiap seorang kepadanya.

Alan Razak sebelum ini pernah mewakili ramai selebriti antaranya Awal Ashaari. Namun, kelima-lima individu itu gagal berbuat demikian pada tempoh yang diberikan. Untuk rekod, kontrovesi tercetus selepas penyanyi Lan Solo dan Syura membuat pendedahan mengejutkan berkaitan konflik yang berlaku antara mereka dengan Siti Nordiana menerusi sesi Instagram live pada 20 Julai lalu.

Menerusi sesi tersebut, Sheila dan Lan mengakui terkilan dengan Siti Nordiana serta pengurusnya, Anas kerana sering mengungkit perihal soal bayaran makanan. Sementara itu, Syura pula mendakwa dia dimalukan oleh Siti Nordiana dan pengurusnya, Anas sehingga menyebabkan ada pihak produksi enggan memberikan tawaran kerja kepadanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : https://www.mstar.com.my/

Komen di salah erti. Zulin Aziz sampai terpaksa dm Siti Nordiana sebab nak jelaskan isu tuntutan 200 ribu tu.

GARA-GARA menulis satu komen ringkas tentang isu tuntutan RM200,000 oleh penyanyi Siti Nordiana terhadap rakan-rakannya, pelakon Zulin Aziz tervk dikritik oleh warganet. Rata-rata melahirkan rasa kurang senang kerana beranggapan Zulin, 32, cuba masuk campur dalam konflik yang berlaku antara Siti Nordiana, Lan Solo, Syura Badron dan tiga yang lain.

Bagaimanapun menurut Zulin atau Farah Azleenda Abdul Aziz, dia tidak berniat untuk menghntm mana-mana pihak. “Ayat saya tu bukan nak menghntam sesiapa cuma nak mereka berbaik sebab saman-menyaman antara kita ini tak selesaikan masalah.

Zulin memuat naik paparan skrin mesej perbualannya dengan Siti Nordiana. “Industri kita kecil. Semoga berbaik. Yang lain saya tak mahu komen apa-apa. Penat dah orang manipulasi ayat kita,” kata Zulin ketika dihubungi mStar pada Isnin.

Sebelum ini, Zulin tinggalkan komen di artikel bertajuk ‘Bukan saja maaf terbuka, Siti Nordiana tuntut Lan Solo dan Syura Badron bayar RM200,000 setiap seorang’ di Instagram rasmi mStar. Menerusi komen tersebut, Zulin didakwa seakan-akan mempersoalkan nilai RM200,000 yang dituntut Siti Nordiana atau mesra disapa Nana.

“Hmmmm… nak buat apa 200k tu… dapat ke ubat hati yang terluka,” tulis Zulin yang kemudiannya mengambil keputusan memadam komen tersebut. Terkini menerusi kenyataan di Instagram, Zulin mengatakan tulisannya itu dimanipulasi oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Aku tak pernah dengki dengan Siti Nordiana. Aku sokong saja apa dia buat selama ini ha. Pendapat kecil aku kalau tak boleh pakai, abaikan. Teruskan apa yang terbaik untuk masing-masing.

“Masing-masing ada sebab masing-masing. Aku tak menyebelahi mana-mana tapi aku sokong mereka berbaik. Aku doakan. Cukuplah manipulasi ayat aku dengan otak negatif. Siti Nordiana turut tuntut RM200,000 setiap seorang termasuk Lan dan Syura.

“Aku tak faham apa yang korang faham dengan ayat aku itu. Doakan mereka lebih baik. Akhir sekali, aku nak fokus dengan kehidupan aku. Suka hati korang la nak fikir negatif. Move on,” tulisnya di Instastory.

Dalam pada itu, pelakon drama Pnjra Janji ini turut memuat naik paparan skrin perjelasannya kepada Siti Nordiana berhubung isu berkenaan. “Aku tertekan orang cakap aku kutuk kau. Aku tulis RM200,000 itu bukan boleh sembuhkan hati terluka. Tapi orang cakap aku ktuk kau… cakap aku dngki subhanallah.

“Tak apa la, Allah tahu niat aku. Aku cakap sebaliknya… aku minta maaf kalau ada apa-apa ke yang terasa. Aku bukan team mana-mana. Sama juga aku cakap kat Syura. Aku tak sokong dia buat Live itu,” kata Zulin.

Siti Nordiana turut membalas mesej tersebut dengan mengatakan dia memahami apa yang cuba Zulin sampaikan dan bersyukur aktres itu menjelaskan sendiri perkara itu kepadanya. Menerusi laporan mStar pada 30 Julai lalu, lima individu termasuk penyanyi Lan Solo dan Syura Badron turut dituntut membayar RM200,000 setiap seorang kepada Siti Nordiana selain membuat permohonan maaf.

Tiga individu lain yang turut dikatakan melemparkan kenyataan berbaur fitnh terhadap Siti Nordiana ialah isteri kepada Lan, Sheila Hassim; Pegawai Perhubungan Awam FMC, Sam Samin dan jurusolek; Aida G. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Mstar

Lepas Dituntut Rm200 Ribu Seorang Oleh Siti Nordiana. Sekali Ini Pula Tindakan Yang Akan Diambil Oleh Lima Sekawan Ni.

Kuala Lumpur: Isteri penyanyi Lan Solo iaitu Nur Sheila Hassim meluahkan perasaannya berdepan kritikan dan cci m4ki pelbagai pihak gara gara dakwaan mengeluarkan kenyataan berunsur ftnh terhadap penyanyi Siti Nordiana. Menerusi Instagram Story, Sheila mengakui sudah menjangkakan luahan mereka dimanipulasi dan tind4kan berbuat demikian kerana provokasi yang dimulakan.

“Saya manusia biasa dan punya perasaan bila asyik diasak soalan-soalan provokasi yang saya kadang-kadang tak mampu nak kawal. “Setahun lebih kami mencari dan minta penjelasan kenapa kami diperlakukan begini. Senyap…sunyi…sepi,” katanya.

Sheila turut menulis mengenai beberapa perkara yang dipercayai rentetan yang membawa kepada isu yang berlaku. “Panggilan dan mesej menerusi aplikasi WhatsApp dan Direct Mesej (DM) juga disekat. ‘Ekstra effort’ apa lagi yang perlu kami lakukan?

“Rumah? Ada sekuriti…dan bukan boleh suka-suka keluar ke mana-mana. Kami cuma mahukan penjelasan mengapa? Kalau tak buat, kenapa tak jelaskan? Malah terus menghilangkan diri,” katanya. Menurut Sheila, dia juga terserempak pengurus Siti Nordiana atau mesra disapa Nana ketika di bank, namun individu berkenaan terus bertindak menghilangkan diri lagi.

“Kami cuma mahukan penjelasan. Saya sedia beri kerjasama jika apa yang saya mulakan akan berakhir dengan kritikan. “Tapi tak adil untuk kami. Mungkin perbuatan kami dianggap terang-terangan…bagaimana pula perbuatan di belakang-belakang?,” katanya.

Sheila mendedhkan pihak Nana hanya menyatakan meminta permohonan maaf terbuka dalam tempoh masa 24 jam kepada media, tapi tidak menjelaskan ia berserta jumlah wang RM200,000 yang perlu dibayar mereka. “Kami sedia beri kerjasama. Kalaulah nilai RM1 juta itu adalah bayaran sebuah persahabatan,” katanya.

Sheila turut mempersoalkan sikap Nana yang menutup semua ruang perbincangan dan sebaliknya, menggunakan orang tengah dalam hal terbabit. Isu tercetus apabila nama Nana disebut dalam sesi bicara langsung di Instagram penyanyi Lan Solo, Sheila, Syura, jurusolek Aida G dan pegawai perhubungan awam syarikat rakaman FMC, Sam Samin pada 20 Julai lalu.

Nana kemudian melantik firma guaman dari Tetuan Abang Azlan & Associates yang diwakili peguamnya, Abang Azlan Abang Ariffin dan meneruskan tindakan saman terhadap kelima-lima individu itu selepas tiada permohonan maaf secara terbuka seperti yang dituntut. Tuntutan saman akan difailkan kepada mereka selewat-lewatnya 2 Ogos ini.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:hmetro via sheilarazlan

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*