Syafie Naswip bergambar bersama pelakon Alya Iman di set penggambaran. Sikap tidak bertanggungjawab sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan wabak CvdI9 mengundang rasa marah pelakon Syafie Naswip.
Syafie, 29, yang kini sedang menjalani penggambaran drama di Kuala Kangsar, Perak terpaksa dikuarantin di sebuah hotel selepas menjadi salah seorang kontak rapat positif CvdI9. Lebih membuatkan dia bengang apabila pihak produksi bersikap lepas tangan dengan meneruskan penggambaran meskipun pada awalnya mengetahui ada kru yang tidak sihat.

“Saya terkilan apabila mengetahui ada antara kru yang tidak menerima dos lengkap dan menjadi punca jangkitan kepada orang lain, sedangkan pelakon semua mematuhi SOP yang ditetapkan sebelum masuk set. Pada 1 Oktober, seorang kru disahkan positif, penggambaran hanya berhenti sehari untuk swab test tapi produksi mahu sambung penggambaran sehingga la keluar keputusan ada beberapa orang lagi kru dijangkiti. Sehari selepas itu, pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) minta tangguh penggambaran, baru la produksi ikut. Jngkitan ini dipercayai berpunca daripada seorang pembantu kru yang masih belum vksin sehingga menular kepada orang lain pula. Yang saya tahu ada tujuh orang yang positif di set penggambaran ini termasuklah seorang pelakon,” katanya.
Sebelum itu, menerusi Instastory, Syafie berkongsi video dan keputusan ujian calitan yang dibuat selepas dikuarantin selama 10 hari kerana menjadi kontak rapat di set penggambaran.
Selepas isu ini viral barulah mereka mahu tanggung semuanya, kalau diam sahaja mungkinmereka hanya lepas tangan
Dalam pada itu, Syafie berkata luahannya itu adalah kerana mahu pihak produksi bertanggungjawab dan tidak memandangkan ringan isu membabitkan SOP di set penggambaran.

“Bila KKM suruh kuarantin, mereka tinggalkan artis dan pengurus di hotel… katanya kalau nak terus stay sini mereka tak mahu tanggung kos. Pihak produksi pula ada yang dah selamat balik Kuala Lumpur selepas penggambaran dihentikan. Selepas isu ini viral barulah mereka mahu tanggung semuanya, kalau diam sahaja mereka hanya lepas tangan… bayangkan kalau penggambaran diteruskan tak tahu la berapa ramai lagi akan berjangkit. Sekarang ini dianggarkan dalam 10 orang yang masih kuarantin di hotel. Alhamdulillah semalam saya buat swab test kedua, keputusan negatif dan selesai kuarantin hari ini (Ahad),” ujarnya.

Dalam pada itu, Syafie meminta semua produksi patuh kepada SOP kerana bimbang jika isu ini menarik perhatian pihak berkuasa sehingga menyebabkan industri kreatif terpaksa ditutup semula.
“Kita tak mahu sebab satu produksi buat hal menyebabkan produksi lain yang patuh SOP terus tak boleh shooting juga, takut ia beri kesan kepada orang lain. Kami dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin, maka pihak tertentu juga kena amanah dan tidak melepaskan masalah pada pelakon atau kru belakang tabir yang nak cari rezeki,” ujarnya.
Menerusi carian di Instagram, Syafie sedang menjalani penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral yang turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi. Sumber : Mstar
Enot disahkan positif covid 19 lepas jadi kontak rapat salah seorang kru produksi. Terkejut rupanya sampai macam ni sekali simptom yang enot alami.
Pelakon Enot disahkan positif covid-19 selepas menjadi kontak rapat salah seorang kru produksi di sebuah penggambaran drama baru-baru ini. Berkongsi mengenai perkara itu, Enot atau nama sebenarnya Aliza Abdullah berkata, dia mengalami simptom seperti demam, batuk, muntah dan cirit-birit selepas dua hari melakukan ujian calitan.
Selepas seminggu berada dalam keadaan yang teruk, Enot sekali lagi melakukan ujian calitan pada Sabtu dan disahkan dijangkiti wabak tersebut pada Ahad lalu.

Enot berkongsi keadaan dirinya di Instagram.
“Saya disahkan positif selepas menjadi kontak rapat salah seorang kru produksi. Selepas raya, saya ada penggambara dan bila dah selesai penggambaran dapat tahu kru tersebut positif selepas berjangkit dengan abang dia.
“Tapi masa itu, saya sekadar jalani kuarantin sahaja sebab sebelum penggambaran dah buat swab test dan keputusan negatif. Tapi hari kedua kuarantin, saya dah mula demam, batuk, cirit-birit dan muntah.
“Tapi saya kuarantin macam biasa dan sepanjang tempoh itu memang keadaan saya teruk. Selepas seminggu, hari Sabtu lalu saya buat swab test dan Ahad dapat keputusan positif,” kata Enot ketika dihubungi mStar pada Selasa.
Sebelum ini, pelakon dan pelawak berusia 43 tahun ini berkongsi semula status di Instastory memberi bayangan dia kini sedang sakit dan anggap kesakitan itu merupakan ujian Allah.
Dalam pada itu, Enot mengakui dia menangis selepas mengetahui dirinya positif covid-19 namun terpaksa kuatkan diri memandangkan pernah menempuhi ujian lagi berat ketika berlwan dengan knsr usus pada 2013.
Enot juga meluahkan rasa syukur apabila anaknya iaitu Ariana Qaseh Qistina, 14, dan sepupu yang tinggal bersama tidak dijangkiti covid-19. “Sejujurnya, masa dapat tahu positif tu memang saya menangis… tpulah kalau tak menangis. Tapi selepas itu, saya tanam dalam fikiran untuk sentiasa positif dengan apa yang dah berlaku.
“Tiga tahun saya boleh hadap knsr, setakat 14 hari mesti saya boleh juga. Sekarang ini, saya duduk bertiga dengan anak dan sepupu. Alhamdulillah, keputusan swab test mereka negatif.
“Jadi, saya kuarantin saja di bilik seorang diri. Sekarang ini, keadaan saya semakin baik… sebelum ini hilang deria bau, rasa dan batuk tapi sekarang dah deria rasa dah ada balik,” ujarnya.
Untuk rekod, pelakon drama siri komedi Labuna Labuni ini pernah menghidap sakit usus pada 2013 dan kini sudah bebas daripada penyakit tersebut. Sumber : Mstar
Kes Covid 19 Di Selangor Paling Tinggi. Terkini Kerajaan Selangor Setuju Untuk Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar Besaran. Rupanya Ini Tarikh Ppv Mula Dibuka.
Disebabkan kes yang terlampau tinggi di Selangor sejak akhir-akhir ni, kerajaan negeri Selangor setuju untuk buka Pusat Pemberian Vaksin (PPV) secara besar-besaran di sekitar negeri tersebut. Perkara ini telah dibincangkan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari bersama Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Yang Berhormat Khairy Jamaluddin di PPV Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Ahad.
Usaha ini dijalankan bertujuan bagi meningkatkan kadar vaksinasi di negeri tersebut. Selain itu, PPV ini akan dibuka bermula minggu kedua bulan Jun ini. “Hasil perbincangan turut bersetuju untuk meningkatkan kerjasama strategik antara kerajaan Selangor dan Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) bagi membolehkan PICK berjalan dengan lancar, seterusnya mencapai sasaran imuniti kelompok,” menerusi satu kenyataan bersama menurut Sinar Harian.
Melalui perkembangan lain pula, Amirudin dan Khairy turut ada berbincang berkenaan isu pendaftaran vaksin AstraZeneca yang agak kecoh tempoh hari. Ujar mereka lagi, bagi individu yang terkesan dengan perubahan janji temu mahupun tidak bersetuju dengan vaksinasi AstraZeneca tersebut akan diberi janji temu yang baru.
Tambahnya, kerajaan negeri memaklumkan bahawa akan melaksanakan pendaftaran vaksin AstraZeneca bagi individu yang mendaftar di bawah Program Outreach Imunisasi Covid-19 (Imunisel) iaitu bagi golongan tanpa akses digital atau mendaftar vaksin secara offline.
“Namun begitu, tempahan slot vaksin AstraZeneca menerusi Imunisel dibuat secara sukarela atas persetujuan dan pemahaman setiap individu terhadap vaksin tersebut. “Jadi, terdapat beberapa individu yang menerima temu janji vaksinasi selain AstraZeneca terlebih dahulu, digantikan dengan janji temu baharu bagi vaksin AstraZeneca tanpa pengetahuan mereka.
“Bagi menyelesaikan isu ini, pihak Imunisel bersetuju untuk menyerahkan senarai nama individu yang didaftarkan tempoh hari untuk dihubungi oleh pihak CITF bagi mendapatkan persetujuan menerima vaksin AstraZeneca,” Selain itu juga, di aplikasi MySejahtera akan ada satu ciri tambahan dibangunkan dalam masa terdekat.
Hal ini bagi membolehkan individu menerima janji temu baharu bagi menggantikan janji temu terdahulu, serta boleh bagi maklum balas dan mendapat penyelesaian segera. “Tidak berlaku manipulasi sistem oleh pihak SELangkah seperti yang didakwa oleh beberapa pihak baru-baru ini,” katanya. Sama-sama kita doa supaya usaha ini dipermudahkan, serta kes jangkitan Covid 19 ini berkurang.
Boleh Ke Bersenam Setelah Disuntik Vaksin Covid 19. Ini Kata Doktor Pakar Yang Wajib Anda Tahu.
Program vaksinasi COVID-19 sedang giat dijalankan di seluruh dunia. Malaysia juga tak ketinggalan. Semakin hari, jumlah penduduk yang divaksinasi semakin bertambah. Ada yang dah lengkap kedua-dua dos, ada yang baru suntik dos pertama, dan tak kurang juga yang masih ‘beratur’ menunggu giliran untuk dos pertama.
Selalunya, penerima vaksin akan disuruh berehat seketika selepas menerima suntikan. Mungkin ada di antara kita yang terbiasa mengamalkan gaya hidup aktif dan tak boleh diam lama-lama. Bagi anda yang terus nak pergi bersenam lepas divaksin, ini perkara yang anda patut tahu.
Kesan sampingan vaksin COVID-19
Boleh bersenam atau tidak selepas divaksin itu bergantung kepada kesan sampingan dan keadaan si penerima. Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), kesan sampingan selepas suntikan vaksin termasuk nyeri, kemerahan dan bengkak pada bahagian yang disuntik.
Sesetengah individu mungkin mengalami kesan sampingan lebih ketara seperti kelelahan, sakit kepala, sakit otot, badan terasa sejuk, demam dan mual-mual. Menurut CDC, kesan sampingan ini mungkin dialami selama satu atau dua hari. Ia juga mungkin berdampak kepada aktiviti harian anda, termasuk bersenam. Tapi jangan panik dulu. Jika anda mengalami kesan sampingan selepas disuntik, ini bermakna vaksin tersebut sedang bertindak balas dengan sistem imun anda.
Boleh ke bersenam lepas suntik vaksin?
Menurut Dr David Wayles, pakar sakit berjangkit, tiada apa yang perlu dirisaukan jika anda ingin bersenam sejurus selepas mendapat suntikan. Namun, kualiti senaman anda mungkin berkurang akibat ketidakselesaan yang dialami selepas disuntik. Walaubagaimanapun, menurut pakar pulmonologi, Dr Humberto Choi, tiada bukti yang menunjukkan bersenam selepas divaksinasi akan mengurangkan keberkesanan vaksin tersebut. Sumber: Health
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Leave a Reply