Jikalau rasa men.geluh kerana belum kaya, hakikatnya ramai lagi orang di luar sana yang lebih mis.kin dari kita. Bagi yang mengikuti perkembangan influencer Fila Amir bersama suaminya Adama Mohamed Camara, pastinya dapat melihat banyak du.gaan yang dilalui penduduk di Guinea, Afrika Barat.
Sebelum ni terpak.sa beli air…sekarang boleh dapat di telaga & pam air sumbangan rakyat Malaysia.
Menerusi Instagramnya, Fila Amir berkongsi bahawa penduduk beberapa kampung di kawasan padalaman ter.pak.sa membeli air demi urusan harian masing-masing. Justeru, dia bersama suami meluahkan rasa terharu susulan telaga dan pam air telah siap dibina di sana berkat sumbangan wakaf rakyat Malaysia.
Mun.tah tak henti, sampai separuh plastik hitam…tapi bila tengok pak cik mak cik happy dapat telaga memang tak men.yesal
Dalam pada itu, wanita berumur 26 tahun berkenaan akui dirinya tidak boleh makan banyak sebelum merantau jauh untuk masuk ke bahagian pedalaman selain jalannya juga tidak rata. Namun setibanya di sana, dia tidak sampai hati menolak makanan yang disediakan. Disebabkan itu dia akhirnya mun.tah sepanjang perjalanan balik, namun langsung tidak men.yesal apabila melihat wajah gembira penduduk tempatan selepas menerima sumbangan tersebut.
Se.dih & ter.haru tengok mereka syukur dapat nikmat air…semoga pengorbanan terbalas dengan pahala.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet tersentuh apabila melihat penduduk di sana teruja dapat air percuma. Selain berharap Fila kembali sembuh daripada mual, mereka turut memuji jasa pasangan suami isteri berkenaan menyampaikan amanah dari Malaysia bagi membantu masyarakat di sana.
Komen Netizen:
“Semoga apa yang fila lalui dibalas berlipat kali ganda..”
“Syabas Fila..”
“Ya Allah, baiknya Fila..”
Sekadar Perkongsian Dan Jangan Lupa Komen Yang Baik Baik Baik Sahaja.TQ
Sumber : apampink, IG filaamir
Leave a Reply