Meskipun jadual harian dipenuhi dengan pelbagai aktiviti, selebriti dan usahawan popular Neelofa tidak lupa mengejar urusan akhirat. Memetik laporan Utusan Online, ia dapat terbukti apabila Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor membaca wirid Istighfar dipercayai di sebuah lokasi percutian pantai tanah air.
Selebriti berusia 32 tahun itu memuat naik sekeping gambar di InstaStory memaparkan helaian muka surat wirid yang memohon keampunan pada Yang Maha Esa. Terdahulu, Neelofa dilaporkan memperuntukkan RM500,000 melalui Pertubuhan Kasih Neelofa bagi membaiki 21 surau di Kelantan untuk memberi keselesaan kepada penduduk setempat beribadah.

Malah, bekas pengacara program MeleTOP itu juga mengundang perhatian warganet apabila dilihat sering mengusap bahagian perutnya sekali gus menimbulkan spekulasi bahawa dirinya sedang berbadan dua.
Bagaimanapun, Neelofa tidak mahu mengesahkan atau menafikan perkara tersebut sehingga tiba waktu yang tepat untuk berkongsi kepada umum.
Sumber: Utusan Online (Zulqarnain Abu Hassan)
Lama mendiam kan diri akhirnya Neelofa sendiri tampil bersuara dedahkan khabar angin sedang hamil.
TELAHAN peminat tentang kehamilan Neelofa hampir tepat apabila selebriti itu meminta orang ramai bersabar sementara menunggu masa yang sesuai untuk dikongsikan. Walaupun tidak memberi apa-apa pengesahan tentang berita baik itu, isteri kepada pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Riz berkenaan mempunyai alasan untuk mengunci mulut.
“Saya rasa soalan tentang (kehamilan) ini sensitif untuk sesetengah orang, mungkin mereka ada alasan sendiri untuk menjawab atau tidak menjawab soalan itu… bagi saya pula sama ada desas-desus itu betul atau tidak, saya akan tunggu masa sesuai untuk berkongsi dengan orang ramai.
“InsyaAllah saya akan kongsikan berita baik ini nanti… kita pun nak doa-doa orang ramai, bukan benda burvk nak disorokkan cuma apabila tiba masa yang tepat, pasti saya kongsi. “Kita faham ada segelintir yang teruja,
ia sesuatu yang orang tunggu-tunggu cuma bayangkan jika terjadi pada seorang selebriti yang sedang mencuba (hamil) tapi tak betul berita itu pasti memberi kesan, jadi saya rasa sepatutnya orang ramai lebih memahami,” katanya kepada mStar.
Neelofa tunggu waktu sesuai umum berita kehamilan.
Neelofa ditemui semasa Program Kasih Prihatin Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) yang berlangsung di Surau Al-Mustaqim, PPR Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Rabu. Turut serta dalam program pengagihan bakul kasih prihatin MAIWP itu ialah suaminya PU Riz atau Haris Ismail.
Sejak Julai lalu, cerita tentang ‘baby bump’ Neelofa terus menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial. Manakala, pada 24 September lalu, aksi Neelofa mengusap perut semasa menghadiri prosiding kes pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) di Kompleks Mahkamah Seremban, Negeri Sembilan turut jadi tumpuan orang ramai.
Dalam pada itu, bekas pengacara program MeleTOP mengakui suami dan keluarganya turut teruja menanti kehadiran anak pertama mereka. Malah, dia juga tidak pernah meletakkan sebarang sasaran jantina untuk bayi sulungnya itu
“Soal jantina, tak kisah sebab itu semua rezeki Allah. Bukan kami sahaja, saya rasa suami orang lain pun mesti excited dan keluarga mereka pun tak sabar menunggu berita kehamilan. “Sejujurnya saya dan suami tak pernah tertekan atau berbincang terlalu serius tentang anak sebab kami pun baru kahwin, masih lagi dalam proses mengenali,” ujarnya.
Neelofa dan Haris, 26, mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : mStar
Neelofa dan suami tampil di Mahkamah Seremban. Terkejut sekali benda ni yang jadi perhatian warganet.
Pengacara dan usahawan fesyen muslimah berjaya Noor Neelofa jadi perhatian ramai apabila beberapa keping fotonya memegang perut sewaktu berada di pekarangan Mahkamah Seremban bersama suaminya, PU Riz.
Menerusi laman sosial Instagram, foto-foto yang dimuat naik di akaun _inaijari_ mengundang pelbagai maklum balas wargamaya yang rata-ratanya memberikan komen bekas pengacara MeleTOP itu sedang hamil.
Tampil dalam persalinan jubah serba kelabu, Neelofa dan PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di perkarangan mahkamah jam 8.40 pagi bagi mendengar sebutan semula kes pendakwaan tak patuh prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), semasa ke kedai karpet di Nilai 3.
Neelofa yang berjalan di sisi suami dilihat beberapa kali memegang perutnya yang jelas kelihatan ‘berisi’. “Macam baby bump je, siap pegang-pegang lagi,” komen seorang wargamaya. “Nampak Neelofa pegang perutlah, pregnant kot hehe,” kata seorang wargamaya.
“Mesti ramai fokus kat sesuatu kan, baby bump Lofa,” ujar seorang wargamaya. “Semoga dipermudahkan urusan. Dah pregnant kot kalau betul alhamdulillah,” tulis seorang wargamaya. “Bestnya nampak baby bump dia, tahniah Lofa,” ucap seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, Neelofa belum membuat sebarang pengumuman rasmi jika benar dirinya sedang berbadan dua. Sekadar info, Neelofa dan Haris disatukan dalam ikatan suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac lalu.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber: GEMPAK
Kes masih belum selesai. Terkejut bila tiba tiba peguam Neelofa dedahkan kes beli karpet boleh menang. Rupanya sebab ini.
Seremban: Selebriti dan usahawan terkenal, Noor Neelofa Mohd Noor dan suami hadir ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, bagi sebutan semula kes pendakwaan atas pertdhan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika di sebuah kedai permaidani di Nilai, 2 Mei lalu.
Noor Neelofa dan Muhammad Haris Mohd Ismail tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban di Seremban 2, di sini, jam 8.40 pagi. Turut kelihatan peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah. Sebelum ini, pasangan selebriti itu mengaku tidak bersalah tak patuh SOP Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ketika didkwa di Mahkamah Majistret di sini, pada 20 Mei lalu.
Kesalahan itu didakwa dilakukan mereka ketika berada di sebuah premis menjual permaidani di Nilai 3 di sini, 2 Mei lalu. Noor Neelofa kemudian dikenakan jaminan sebanyak RM 5,000 oleh mahkamah bagi pertuduhan gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual.
Muhammad Haris pula dikenakan jaminan sebanyak RM 10,000 atas dua pertudhan iaitu gagal membuat imbasan aplikasi MySejahtera untuk daftar masuk atau menulis secara manual dan tidak memakai pelitup muka di tempat awam.
Kedua-dua mereka ditduh di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pencgahan dan Pengawalan Pnyakit Berjngkit Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan J.angkitan Kawalan Pergerakan Bersyarat No 4 Pindaan No 12 2021.
Sebab Boleh Menang
Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah yakin kes tak patuh prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd. Noor dan suaminya di sebuah premis permaidani di Nilai, Mei lalu mempunyai peluang yang baik untuk menang.
“Kami agak yakin kes ini bagus, tetapi kadangkala kita buat representasi supaya tidak buang masa, benda ini kecil, daripada semut ia jadi gajah. “Dokumen telah diterima dan kami akan kaji untuk persiapan pembelaan atau membuat representasi,” katanya sebagai pihak pembelaan selepas prosiding itu.
Terdahulu, Mahkamah Majistret di sini hari ini menetapkan 21 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes tak patuh SOP PKPB oleh pasangan selebriti popular tersebut.
Kredit : HM/Kosmo
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
Neelofa sekali lagi muat naik gambar tarik perhatian warganet. Gambar kedua tu memang nampak sangat macam hamil.
Perkongsian foto terkini daripada selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi jadi perhatian wargamaya. Selepas beberapa hari tidak berkongsi foto terbaharu, hantaran tersebut nyata memberi ruang buat pengikutnya untuk tinggalkan komen dan titipan.
Malah, tidak kurang yang memuji penampilan figura bekas hos MeleTop ini dan ada juga yang membuat spekulasi dia tampak berseri kerana didakwa sedang berbadan dua. Biar hal tersebut tidak pernah disahkan tuan badan, namun peminat turut berdoa yang terbaik berkaitan hal berkenaan.
“Comenya mummy preggy ni sorang.” “MasyaAllah tabarakallah… pretty.” “Rindunya tengok Neelofa.” “Pakai apa pun cantik.” “Semoga dilindungi dan dipermudahkan.” “Second pic macam nampak perut. Kalau betul alhamdulillah.” “Pregnancy glow.” Itu antara komen awal yang ditinggalkan wargamaya menerusi ruangan komen.
Terdahulu, perkongsian foto berkenaan adalah bersempena dengan ulang tahun jenamanya, Naelofar yang ketujuh yang turut disertakan dengan pelbagai promosi dan koleksi terkini khusus buat pembeli.
“Celebrating #NaelofarTurns7 with Jewel The Anniversary Collection ! Launching this tonight at 9PM. InsyaAllah,” tulis Neelofa pada ruangan komen. Sebelum ini, Neelofa pernah dikatakan hamil apabila sekeping gambar seolah-olah menunjukkan ‘baby bump’ usahawan itu tular di media sosial.
Meski sering dihujani pertanyaan mengenai kehamilan, Neelofa mahupun suaminya, Haris mengeluarkan sebarang penafian mengenai hal tersebut. Untuk rekod, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac lalu.
Apapun, kami mendoakan yang baik-baik buat mereka. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : MH
Neelofa baru je nak tunjuk niat baik beri satu cadangan untuk sijil vksin. Sekali tak pasal pasal kena perli pula dengan warganet.
Sebagai langkah berjaga-jaga daripada cubaan penipuan, Neelofa mencadangkan agar sijil digital vksinasi Cvd19 dalam aplikasi MySejahtera turut disertakan dengan gambar pemiliknya.
Selebriti dan usahawan itu berkata demikian kerana menyifatkan “ramai yang tidak jujur” dalam soal sudah lengkap divksnasi atau tidak. Cadang untuk letakkan juga profil foto di sijil…sebab ramai yang tak jujur,” katanya di Instagram hari ini.
Cadangan pemilik nama penuh Noor Neelofa Mohd Noor itu diiringi dengan kenyataan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berhubung syarat wajib yang ditetapkan kepada peniaga sebelum membenarkan orang ramai memasuki premis mereka.
KPDNHEP itu sebelum ini memberi peringatan di Facebook agar peniaga memastikan setiap pelanggan dibenarkan masuk ke premis hanya selepas menunjukkan bukti digital vksnasi lengkap dari aplikasi MySejahtera dan bukannya tangkap layar.
“Pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang memasuki premis jualan mesti menunjukkan kad atau sijil digital vksnasi Cvd19 bagi membuktikan individu tersebut telah menerima vks1nasi lengkap,” menurut hantaran itu.
Ia bertujuan mengelakkan penyamaran atau penipuan oleh individu yang belum divksin dengan lengkap. Langkah itu bagaimanapun hanya tertakluk kepada negeri-negeri fasa 1 dan fasa 2 Pelan Pemulihan Negara. Berikut reaksi dari warganet yang tidak bersetuju dengan neelofa.
MySejahtera kini ada fungsi ‘check-out’, status vksnasi
Aplikasi MySejahtera menerima beberapa penambahbaikan bermula malam ini termasuk ia akan lebih mudah untuk mengenal pasti status vaksinasi seseorang.
Berdasarkan tangkapan layar yang dikongsi oleh Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin, daftar masuk pengguna pada skrin akan menunjukkan bukan hanya status risiko Covid-19, malah juga status vaksinasi mereka.
“Pasukan MySejahtera akan melakukan pembaharuan malam ini untuk memudahkan orang ramai menunjukkan tahap risiko dan status vaksinasi mereka. Ini akan memudahkan hidup bersama Cvd19. Akan terus dikemas kini dan perbaiki aplikasi ini selama beberapa minggu mendatang,” katanya di Twitter.
Sebagai tambahan, butang ‘daftar keluar’ telah ditambahkan untuk melengkapi fungsi ‘daftar masuk’ ke aplikasi itu. Khairy berkata ini bagi meningkatkan pengesanan kontak.
“Setelah tinggalkan sesuatu tempat, ingat untuk check-out. Anda hanya perlu tekan butang – tidak perlu scan, ”katanya. Status vksnasi adalah penting kerana individu yang diberi vksin sepenuhnya menikmati kebebasan yang lebih luas di bawah perintah sekatan yang dikuatkuasakan di seluruh negara.
Bagaimanapun, status vksinasi seseorang pada masa ini tidak ditunjukkan dengan jelas pada aplikasi MySejahtera. Sebaliknya, ia memerlukan beberapa langkah untuk melihat pada paparan skrin telefon pintar untuk meneliti sijil vaksinasi pengguna.
Sijil itu hanya menunjukkan tarikh setiap dos vaksin yang diberikan, oleh itu seseorang yang memeriksa sijil berkenaan harus mengira jumlah hari yang telah berlalu. Untuk rekod, seseorang individu dianggap telah diberi vksin sepenuhnya 14 hari selepas dos kedua vaksin diberikan. Bagi vaksin dos pertama, waktunya adalah 28 hari selepas vaksin diberikan. Ini bagi memberikan masa secukupnya agar imuniti vksin menjadi matang. Sumber : Trending Sangat
Lama mendiamkan diri sekali ada yang perasan Neelofa sumbangkan wang tunai dan makanan untuk 70 keuarga yang terjejas.
PETALING JAYA – Selebriti sensasi Neelofa menyasarkan untuk membantu 70 buah keluarga yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sepanjang pandemik covid-19.Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 32, mengatakan dia menerima banyak permohonan bantuan menerusi Pertubuhan Kasih Neelofa yang ditubuhkannya.
“Sebelum ini kami hulurkan bantuan kepada komuniti atau rumah-rumah perlindungan. Tetapi memandangkan keadaan semakin teruk, Pertubuhan Kasih Neelofa akan mengenal pasti penerima bantuan individu.
“Kami terima terlalu banyak permohonan,” tulisnya menerusi satu hantaran dalam InstaStory.Sehubungan itu, isteri kepada pendkwah bebas, Haris Ismail itu menyasarkan pemberian sumbangan dapat diagihkan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan bantuan pada minggu ini.
“Insya-Allah minggu ini kami akan sampaikan bantuan kepada 70 buah keluarga yang betul-betul memerlukan dan sangat terjejas,” katanya. Ujar Neelofa lagi, bantuan yang akan diberikan adalah dalam bentuk makanan dan sejumlah wang tunai bagi meringankan beban keluarga yang terkesan.
Dalam hantaran tersebut, bekas pengacara program MeleTOP itu menyeru mana-mana individu yang ingin sama-sama menghulurkan bantuan boleh berbuat demikian menerusi akaun Pertubuhan Kasih Neelofa.
Untuk rekod, Neelofa sebelum ini pernah memberikan sumbangan berupa 15 buah katil elektronik bernilai hampir RM100,000 untuk menampung kekurangan katil di Hospital Melaka.
Sumbangan tersebut merupakan antara sumbangan pertama yang diusahakan sendiri Neelofa atas rasa prihatinnya terhadap peningkatan kes c0vid-19. – K! ONLINE. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber : https://www.kosmo.com.my/

Leave a Reply