Lama berdiam akhirnya Puteri Sarah bongkarkan perangai sebenar Lisdawati. Tak sangka dia pernah ambil barang kemas Puteri Sarah.

”Saya terpanggil mahu suarakan hal ini kerana keberaniannya dengan pengakuan itu..” Itu kata-kata pelakon Puteri Sarah, 36, yang memohon Jabatan Imigresen menyenarai hitam bekas pembantu rumahnya dikenali sebagai Lisdawati yang berhajat memasuki negara ini secara haram.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, dia terkjut apabila Lisdawati dengan yakin memberitahunya mampu menyelinap ke Malaysia dengan bntuan pihak tertentu.

”Tolak tepi mengenai perkara buruk dilakukannya pada saya sebelum ini, tapi niat dia mahu ikut ‘jalan belakang’ ke negara ini memang membimbangkan. ”Dia (Lisdawati) kini berada di Indonesia dan permit kerjanya di Malaysia sudah tamat tempoh.

”Dia juga ada menyatakan bahawa dia terpaksa menjaga keluarganya yang dijangkiti COVlD-I9 di kampung halamannya. ”Jadi, saya risau apabila bukan saja dia nak masuk secara haram, tapi dengan virus sekali dibawanya.

” Saya mohon sangat pihak berkuasa memantau hal ini dan mengesan aktiviti kemasukan haram sebegitu,” katanya yang juga isteri kepada pelakon dan pengarah, Syamsul Yusuf. Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, Lisdawati yang bekerja dengannya selama dua tahun sempat berbuat onar dengannya sebelum pulang ke Indonesia, baru-baru ini.

Bukan setakat menyusahkan Puteri Sarah membeli tiket penerbangan, malah bekas pembantu rumahnya itu turut memburukkan namanya serta jadi barang kemas miliknya. ”Sewaktu dia pulang ke kampung bulan lalu, saya terpaksa membelikan tiket penerbangan untuknya sebanyak dua kali.

”Ini kerana dia terlepas penerbangan pertama selepas ujian caIitan dibuatnya tidak lepas di lapangan terbang. ”Apabila tiba di Indonesia, saya mendapat tahu dia rupa-rupanya sempat memburukkan saya depan kawan-kawan saya.

”Bahkan, dia turut mengatur keuntungan puluhan ribu Ringgit dengan menawarkan diri sebagai ejen membawa pembantu rumah dalam kalangan kenalan saya. ”Lebih mengejutkan, dia turut ambil barang-barang kemas milik saya. Itu pun saya dapat tahu daripada rakan Lisdawati yang mendedahkan dia akan mendapat wang besar selepas menggadainya di Indonesia,” katanya.

Pelakon filem Tipah Tertipu ini juga mengakui kes ini bukan yang pertama dialaminya apabila pembantu rumahnya melarikan diri. Bagaimanapun, dia terkilan kerana perbuatan Lisdawati adalah paling teruk.

”Selama dua tahun bekerja dengan saya, dia seorang pembantu yang sangat baik. Bahkan, saya menjaganya dengan baik, bagi keperluan cukup dan sentiasa berikan dia pelepasan untuk pulang kampung.

”Tak sangka rupa-rupanya sifat sebenar dia terbongkar baru-baru ini. Dia juga enggan kembali ke sini selepas saya menyuruhnya berbuat demikian kerana mahu tolong perbaharui permit kerjanya yang tamat tempoh,” katanya. Terdahulu, pelakon itu berkongsi mengenai perkara itu menerusi Instagram Stories. Dia turut memuat naik gambar pasport wanita berkenaan.

Sekilas info Puteri Sarah Liyana

Puteri Sarah dilahirkan pada 1 Disember 1985 di London, England dan dibesarkan di Kuala Lumpur dan Johor Bahru, Johor. Beliau merupakan anak sulung daripada empat beradik, memiliki kelulusan Degree Pengurusan Hotel, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Puteri Sarah pernah menjadi peragawati iklan bagi DiGi, F&N, AG2000 dan Nivea. Beliau juga merupakan duta produk Silky Girl dan Pernah berlakon dalam filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie. Beliau telah berkahwin dengan pelakon Syamsul Yusof pada 8 Mac 2014.

Hasil perkongsian hidup bersama, pasangan ini telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul dan Sumayyah. Sebelum ini, kisah rumh tngga Puteri Sarah dan Syamsul kecoh diperkatakan apabila pasangan sudah hampir tiga bulan tidak tinggal sebumbung. Bagaimanapun sekitar Januari lalu, mereka berdua tampil menjelaskan hbngan mereka sudah kembali pulih.

Sumber: HM online

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak.

Sembuh selepas 38 hari dijangkiti Covid 19. Puteri Sarah teruja selepas divaksin.

Pelakon Puteri Sarah berkongsi keterujaan apabila menerima suntikan dos pertama vaksin selepas 38 hari sembuh daripada jangkitan Covid-19. Menerusi satu hantaran yang dimuat naik dalam Instagramnya, Puteri Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin berkata, dia telah menerima suntikan vaksin jenis Sinovac hari ini.

“Ada tak orang yang teruja kena vaksin seperti saya selepas 38 hari positif (sudah sembuh)? Jadi hari ini saya dapat vaksin Sinovac,” tulisnya. Menerusi hantaran sama juga, pelakon drama Sabarlah Duhai Hati itu turut berkongsi berita baik daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk individu yang pernah dijangkiti wabak tersebut. Saya mahu kongsikan kepada semua tentang berita baik daripada KKM. Sesiapa yang pernah positif Covid-19 dan selepas 14 hari tiada gejala serta sihat, anda kini boleh divaksin!” jelasnya.

Sehubungan itu, isteri kepada pengarah Syamsul Yusof itu menggesa orang ramai yang masih belum mendapat tarikh suntikan vaksin supaya segera mengemaskini aplikasi MySejahtera mereka dan sentiasa membuat semakan.

Berdasarkan video, difahamkan Puteri Sarah menerima suntikan vaksin di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam memandangkan dia juga bertugas sebagai sukarelawan di PPV tersebut.

Terdahulu, pelakon itu disahkan positif Covid-19 pada 19 Mei lalu selepas melakukan ujian calitan sebanyak tiga kali. Ibu kepada dua cahayamata itu tidak menyangka akan dijangikiti wabak tersebut kerana tidak menunjukkan sebarang simptom yang membimbangkan.

Sumber -K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*