Terkejut bila terima panggilan dari Iqbal untuk buat lagu. Sekali Eric letak satu syarat ini untuk buat lagu dengannya.

Iqbal akan menyanyikan lagu ciptaan Eric. Ibarat mendapat ‘durian runtuh’, ahli kumpulan Floor88, Eric tidak menyangka mereka dihubungi usahawan sensasi, Ahmad Iqbal Zulkefli bagi merialisaikan impiannya mendapatkan sebuah lagu. Eric atau nama sebenar Muhamed Eric Muhamed Fuzi, 29, yang dihubungi Iqbal pada pagi Jumaat memberitahu ahli perniagaan asal Kelantan itu meminta bukan sahaja satu, malah lima buah lagu untuk dirinya.

“Pagi tadi Iqbal ada hubungi saya dan Achoi tanya pendapat nak buat lagu, dia dapat nama kami dari komen-komen di Facebook. Iqbal kata ramai komposer lain mesej dia nak buat lagu… sebenarnya saya dah lama kenal Iqbal sejak di ASWARA lagi, sebab tu saya terpanggil untuk bantu dan nasihat dia mengenai industri muzik.

Eric mahu bantu Iqbal realisasikan impiannya untuk bergelar penyanyi.

“InsyaAllah lagu hasil ciptaan Achoi, lirik oleh Eric sendiri. Kita akan berjumpa dalam masa terdekat untuk berbincang mengenai lagu ini dan lagu akan dibuat secepat mungkin,” katanya. Sementara itu, Eric memberitahu dia bersetuju menerima tawaran itu bukanlah disebabkan jumlah bayaran RM500,000.

Tapi saya letak syarat dekat Iqbal, dia kena ambil kelas vokal

Eric mengakui bajet RM500,000 terlalu tinggi untuk sebuah lagu.

Sebaliknya, dia hanya ingin membantu Iqbal supaya tidak menjadi mngs4 penipuan orang lain. “Semasa dia telefon tu saya cuma nasihatkan dia jangan membazirkan RM500,000 untuk buat lagu sahaja. Dia kenalah tahu kos sebenar dan target market untuk lagu itu… Iqbal terharu sebab kami jujur dan dia lock terus lima job projek lain selepas ini. Saya tak nak makan RM500,000, mungkin ada yang ghairah tengok angka dan duit sebesar itu, tapi sedarlah tak berkat ambil kesempatan. Lagi pun kenapa nak bazir keluarkan duit sebanyak itu untuk buat lagu pasaran Malaysia sahaja. Saya minta bayaran harga semasa, memang tak ambil lebih pun. Angka RM500,000 itu boleh buat banyak projek lain lagi selepas ni. Tapi saya letak syarat dekat Iqbal, dia kena ambil kelas vokal,” ujarnya.

Pada Rabu lalu, Iqbal memaklumkan dia menerima banyak mesej daripada komposer yang menyatakan hasrat mahu menghasilkan lagu antaranya Caprice dan komposer terkenal dari seberang. Sumber : Mstar

Iqbal dedah minggu depan akan keluarkan lagu baru. Sekali selamba je individu ni komen sampai jadi perhatian ramai.

Reda kisah cintanya dengan jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, baru-baru ini perkongsian bekas pembantu peribadi Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkifli menjadi perhatian apabila mencari seseorang yang boleh membuat lagu dengan kadar segera.

Menerusi perkongsian tersebut, Iqbal turut menawarkan bajet dengan kos rendah iaitu sebanyak RM 500,000 sahaja. Bagaimanapun, tidak dimaklumkan untuk tujuan apa dia ingin mencari pencipta lagu.

Terbaru, Iqbal mempersoalkan apabila ada pihak mempertikai tindakannya mengeluarkan bajet setengah j.uta itu, sedangkan jumlah itu bukan untuk lagu sahaja tetapi termasuk muzik video.

Kata Iqbal lagi, dia tidak mahu disamakan dengan pengasas produk lain yang pernah menghasilkan lagu sebelum ini dan mempunyai pengalaman dalam bidang nyanyian. “Jangan samakan saya dengan founder lain, asalkan ada duit boleh buat lagu. Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan dan naib juara peringkat Malaysia di radio.

“Ibu saya penulis lirik album nasyid juara kebangsaan. Saya akan buktikan saya boleh walaupun saya sedar saya bukan akan jadi penyanyi profesional,” katanya. “Selepas saya tawar RM 500,000 untuk hasilkan lagu untuk saya nyanyi, memang ramai komposer dan penyanyi offer nak buatkan, ada antara mereka yang pernah hasilkan lagu untuk Datuk Siti Nurhaliza dan penyanyi popular lain.

“Ada juga wakil komposer terkenal dari Indonesia yang hubungi saya nak buatkan lagu. Sekarang ni saya dah pening nak pilih siapa sebab semuanya bagus-bagus. Saya kena fikir dulu siapa yang terbaik sebab bukan sikit modal nak dikeluarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Iqbal berkata tujuan lagu tersebut adalah untuk meluahkan perasaan sedihnya dalam lagu agar menjadi kenangan. “Saya nak nyanyi lagu jiwang yang boleh sentuh hati rakyat Malaysia, mungkin dengan itu orang akan faham perasaan yang say sedang lalui sekarang ini.

Kegagalan untuk berkahwin dengan Datuk Vida akan saya abadikan dalam lagu itu, biarlah satu Malaysia dapat rasa apa yang saya rasa sekarang. “Rasa tak sabar nak cepat-cepat jumpa komposer yang sesuai, saya yakin warganet pun tak sabar nak dengar suara saya dan mengalami apa yang terbuku dalam hati saya ini,” katanya.

Keliru Buat Keputusan

Saya keliru buat keputusan memilih komposer lagu saya kerana mesej yang saya terima tawaran dari orang yang hebat kesemuanya. Lebih 50 komposer besar menawarkan lagu termasuk beberapa band terkenal dari Indonesia.

Kata orang, paling awal pun sebulan untuk siapkan semua. Namun saya perlu kejar masa kerana banyak hal lain perlu disegerakan juga. Paling lewat pun minggu hadapan lagu saya sudah dilancarkan bersama video muzik.

Tidak mengapa, saya percaya setiap kerja keras tidak akan mensiakan hasil. Berharap saya bertemu pencipta lagu yang tepat. Meskipun dijadikan bahan permainan orang ramai, saya janji tidak akan merosakkan industri muzik tanah air. Biarpun berjuta orang tidak percaya pada saya, jika keinginan diri teguh, saya sanggup tempuh.

Ada Satu Komen Masuk Perli Gambar Beliau

Kredit : RK/IG

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*