Tayang Badan Ada Tatu. Baby Shima Enggan Cakap Berlebihan. Apa Yang Penting Tidak Kacau Hidup Orang Lain.

KUALA LUMPUR: Tidak berhenti menerima kritikan, penyanyi Baby Shima, 29, sekali lagi terpalit sensasi apabila didakwa memiliki tatu tulisan namanya pada bahagian dada.

Ia selepas bintang kelahiran Malaysia yang kini mencipta nama di negara seberang itu memuat naik hantaran videonya bersama selebriti media sosial, Ammar Nazhan dalam laman Instagram (IG).

Bagaimanapun, Shima atau Nor Ashima Ramli tidak mengiyakan atau menafikan, malah terus membiarkan warganet untuk membuat spekulasi.

“Bagi saya, bertatu nampak cantik, tetapi saya enggan cakap berlebihan.

“Biarlah warganet menilai sebab kalau saya bercakap baik sekalipun tetap tidak diterima warganet.

“Jadi, saya buat apa yang saya suka. Apa yang penting, saya tidak kacau hidup orang lain,” katanya

Sementara itu, mengulas perancangan kerjaya di Indonesia selepas penularan COVID-yang semakin reda, Shima berkata, dia masih menunggu pintu sempadan dibuka.

“Jujurnya, saya mahu pulang ke Indonesia secepat mungkin. Saya masih menunggu Indonesia membuka pintu sempadan dan membenarkan rakyat Malaysia masuk.

“Saya akan mengeluarkan single ciptaan Pasha Ungu untuk pasaran Indonesia, namun semua tergendala disebabkan penggambaran video muzik tidak dapat dilakukan.

“Saya terpaksa tunggu pulang ke Jakarta untuk menyiapkannya. Ini kerana Pasha sendiri akan mengarahkan video muzik berkenaan,” katanya.

Penyanyi kelahiran Masai, Johor itu berkata, dia bukan sekadar mahu menyambung perancangan kerjaya nyanyian yang tergendala, malah sudah hampir dua tahun tidak menjenguk rumahnya.

“Saya tidak tahu apa yang terjadi pada rumah apabila hampir dua tahun ditinggalkan tanpa penghuni,” katanya yang kini sibuk menyiapkan kerja terbengkalai ekoran Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Selain itu, bekas finalis program D’Academy Asia musim ketiga itu juga sedang membuat persiapan memasuki studio merakamkan empat single ciptaan Ezra Kong, Harry Khalifah dan Achoi Floor 88 pada bulan depan.

Muat naik video di tiktok dengan pakai telekung. Sekali ada pula yang pertikaikan pasal solat. Tak boleh tahan ini respon dari Baby Shima.

Penyanyi Baby Shima mengakui berasa sangat kecewa dengan komen ditinggalkan oleh seorang individu di aplikasi TikTok yang mempersoalkan ibadah solatnya. Memetik penulisan Media Hiburan, individu berkenaan menyifatkan tiada gunanya untuk pemilik nama Nor Ashima Ramli menunaikan solat jika tidak menutup aurat dengan sempurna.

“Kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor” Menerusi sebuah perkongsian di Instagram, pelantun lagu Pura-Pura Bujang berkenaan memuat naik sebuah video memberi reaksi kepada komen individu tersebut.

“Semalam saya ada post satu content di TikTok. Lepas tu ada seorang mamat ni dia cakap, ‘Apa guna solat tapi tayang body’. Seakan-akan kau sorang je yang boleh solat dan kau boleh tentukan siapa yang sah dan tak sah solat.

“Disebabkan pemikiran kau yang selalu berfikiran kotor, kalau orang bertutup litup bagai pun, fikiran kau tetap kotor. Kau kutuk-kutuk aku tapi aku tengok kau punya following (Tik Tok) tu banyak dengan perempuan-perempuan tak menutup aurat,” ujarnya.

Tegur tak salah tapi…

Selain itu, Shima turut menegaskan bahawa memberi teguran bukanlah satu kesalahan tetapi ia perlu dilakukan dengan cara yang betul. “Cukuplah kau judge orang tu. Kau hanya tengok dari luarannya sahaja. Tapi kau tak tahu niat seseorang itu. Kau takkan tahu. Cuma Allah je tahu,” jelasnya lagi.

Perkongsian penyanyi berusia 29 tahun itu dibanjiri dengan kata-kata semangat serta nasihat daripada pengikutnya.

Terdahulu, Baby Shima berkongsi sebuah video memperlihatkan dirinya memakai telekung di aplikasi TikTok. Namun begitu, dia terkilan apabila menerima komen negatif daripada salah seorang individu yang mempertikaikan ibadah solatnya secara terang-terangan.

Sumber: Instagram Baby Shima

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*