Kuala Lumpur: Pelakon Raja Farah mengakui jiwanya terganggu ekoran penularan video perkongsian cerita aksi kurang sopan oleh Fauzi Nawawi dalam filem Anak Halal menerusi sebuah program bual bicara, baru-baru ini. Raja Farah, 33, atau nama sebenarnya Raja Farah Raja Aziz ketika dihubungi berkata, suaminya, Megat Bashirun Qhuyum Zakaria banyak memberikan sokongan.
“Jiwa saya agak tak stabil tapi saya sudah okay sekarang. Suami banyak bagi sokongan. Saya juga buat saja semua aktiviti harian saya. Insya-Allah,” katanya. Raja Farah berkata, dia juga sudah menerima permohonan maaf daripada Fauzi menerusi mesej DM di Instagram, kelmarin.
Bagaimanapun, dia tidak menerima permohonan maaf secara peribadi daripada pengacara program berkenaan yang juga pelakon Khir Rahman walaupun perkara itu sudah dibuat di Instagram. “Sejujurnya, saya tak ada terima sebarang permohonan maaf daripada abang Khir,
tapi saya tengok dia ada cuba cari nombor telefon saya. Namun, dia tidak ada DM atau apa-apa. Hanya daripada abang Fauzi dan isterinya saja. Kalau abang Fauzi, dia ada DM saya dan muat naik di Instagram juga. Bagi saya, lebih baik mohon maaf terus kepada saya,” katanya.
Aktor Khir Rahman Mohon Maaf
Semalam Khir Rahman tampil memohon maaf sekiranya keterlibatannya dalam perbualan tersebut menjejaskan imej mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dilakukan selepas sebuah potongan video temu bual dalam sebuah program televisyen yang membabitkannya sebagai pengacara bersama Shuk Sahar dan beberapa tetamu jemputan iaitu Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Zul Huzaimy.
Kata Khir dalam ranjutan ciapan Twitter, walaupun turut menerima kritikan hebat susulan isu tersebut, dia bukanlah individu yang akan lari daripada mengeluarkan sebarang kenyataan. “Beri peluang untuk saya meninjau i.su ini dengan teliti dan andai perlu saya akan beri kenyataan. Percayalah saya ini bukan jenis lari, ” katanya pemilik nama penuh Khairulizam Abdul Rahman itu.
Jelasnya lagi, dia tertawa disebabkan gaya penceritaan tetamu jemputan bukannya terhadap isu yang diketengahkan. “Melalui bahan yang sempat saya baca, pertamanya saya tidak mahu menyebut nama-nama yang terlibat, sebasalah juga hendak buat sebarang pernyataan. Bak kata suami empunya badan (Raja Farah), hal ftnah ini tidak perlu dipanjangkan.
“Sebetulnya saya sedang mencari nombor telefon empunya badan, bahawa saya kesal dan ralat. Saya ketawa hanya pada gelagat bercerita tetapi bukan pada isunya. Saya tidak ketawa atau meraikan isu tersebut dan minta maaf atas kesilapan serta ketelanjuran ini,” ujarnya.
Menurut Raja Farah, dia juga tidak mahu lagi memanjangkan isu berkenaan dan menganggap semuanya sudah selesai. “Sebenarnya saya tak ada nak komen sangat. Ini kerana secara asasnya perkara ini sudah selesai. Cuma, sudah tentu saya harap sangat perkara seperti ini tidak terjadi lagi kepada sesiapa.
Saya harap semua pihak yang terbabit dalam mana-mana program bual bicara akan lebih sensitif dalam menghasilkan apa-apa kandungan,” katanya. Terdahulu, Raja Farah juga pelakon filem Anak Halal yang ditayangkan pada 2007 mengakui berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak yang merangkumi babak kurang sopan dengan salah seorang menyebut namanya.
Menurut Farah, perkara itu tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib. “Saya sangat terkesan. Terasa dibuka aib dan rasa seperti tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap i.su ini.
“Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan. Saya dan suami berlapang dada. Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa. Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,” katanya.
Keluarga teruk dikritik oleh warganet. Kali ni anak Fauzi Nawawi pula tampil bersuara
Isu Fauzi Nawawi ‘terlepas cakap’ mengenai adegan panas ketika menjawab soalan di sebuah rancangan temubual di TV masih lagi menjadi topik hangat dikalangan warganet. Walaupun pelakon tersebut telah pun membuat permohonan maaf secara terbuka, ia tetap tak boleh nak hentikan warganet dari terus memarahi Fauzi Nawawi selepas perlakuannya itu dianggap keterlaluan.
Bukan hanya pelakon ini, keluarganya termasuk isteri yang juga seorang pelakon, Lisdawati dan anaknya, Hanna Faresha turut terkena tempiasnya. Menerusi Instagram, anak Fauzi Nawawi Hanna Faresha telah mengeluarkan kenyataan dan meminta maaf kepada netizen atas kesalahan ayahnya itu.
“Assalamuailaikum, saya dengan merendah hati memohon maaf atas kesilapan ayah saya.” Hanna juga turut mengakui yang dia tak bersetuju dengan kenyataan yang dibuat ayahnya dan turut terkesan sebagai seorang wanita. Namun berharap kejadia ini menjadi pengajaran.
“Sebagai seorang wanita, saya juga tidak bersetuju dengan kenyataan beliau dan terkesan. Saya berharap kesilapan ini dapat dijadikan pengajaran buat kita semua, terutama kepada keluarga kami.”
Anak Fauzi Nawawi ini juga turut meminta agar ayahnya diberi ruang untuk selesaikan perkara ini dengan pihak yang terkesan dan berharap agar ia tidak lagi diperbesarkan. “Saya tiada di tempat kejadian dan tidak terlibat secara langsung dalam hal ini. Oleh itu biarlah beliau selesaikan hal ini dengan pihak yang terkesan. Harap tidak lagi diperbesarkan.” Gadis ini turut meminta agar warganet hentikan komen yang tidak sepatutnya ke atas dirinya dan ahli keluarganya yang lain.Biasalah bila jadi macam ni, habis semua keluarga pun terpalit sekali. Kesian juga dekat Hanna ni, harapnya warganet hentikan komen makian dekat orang yang tak ada kena mengena.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Sumber:Ohmymedia
Leave a Reply