Shuib utamakan anak-anak sebelum membuat sesuatu keputusan membabitkan hubungan. Selepas dua bulan kehilangan isteri tercinta Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, pelawak Shuib berkata soal jodoh bukanlah keutamaan dan menyerahkan sepenuhnya kepada Allah SWT. Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, berkata buat masa ini dia belum bersedia untuk mencari pengganti Siti Sarah. Lebih-lebih lagi dia perlu memberikan tumpuan kepada empat anaknya yang masih kecil terutama Ayash Affan yang baru berusia dua bulan.
“Saya tak kisah menjadi ibu dan ayah buat mereka setelah 4rwh Sarah pergi, jadi sebab itulah saya tak terfikir fasal kahwin lagi. Kadang-kadang saya fikir, bagaimana pula perasaan 4rwh di sana. Jadi bab jodoh ini saya tak berani nak cakap panjang kerana ia adalah percaturan Allah SWT dan saya percaya pada ketentuannya. Saya tidak menolak jodoh, sebab apa yang diberikan Allah adalah yang terbaik buat saya. Tapi tak boleh juga cakap yang saya tidak akan berkahwin lagi sebab mungkin saya muda lagi, 37 tahun dan saya ada anak empat orang, sudah tentu mereka memerlukan kasih seorang wanita.
Kehilangan Siti Sarah masih dirasai oleh Shuib.
“Mak saya pun kata saya masih muda… sebagai lelaki sudah tentu saya nak ada rasa berkasih sayang, ada nafsu, apalagi dengan ada anak-anak kecil yang perlukan kasih sayang seorang wanita, ibu tapi semua itu saya serah kepada Allah mengenai soal jodoh saya pada masa hadapan,” katanya. Shuib ditemui semasa majlis Indigital Music Night di Restoran D’Empangan Udang Galah, Putrajaya pada malam Jumaat.
Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada!
Jika ditakdirkan berkahwin lagi, Shuib berkata dia hanya mahukan seorang wanita yang boleh menerima anak-anak kerana itu merupakan keutamaan hidupnya. “Saya tak mahu wanita yang ada persamaan dengan Sarah sebab 4rwh dah berada di dalam kelasnya yang tersendiri, cuma ada kriteria yang saya akan tetapkan. Hal kahwin ini bukan untuk kepentingan peribadi saja tapi untuk kepentingan anak-anak dan keluarga. Kalau dia berjaya menarik hati anak-anak saya, mungkin dialah orangnya. Sebab yang lebih penting adalah mereka. Mereka pun pernah ada ibu, pastinya mereka mahu membesar dengan sentuhan seorang ibu dan tanggungjawab sayalah untuk memilih orang yang tepat. Sudah tentu saya mahukan yang terbaik untuk anak-anak saya… cuma buat masa sekarang, belum ada,” ujarnya.
Shuib utamakan anak-anak.
Dalam pada itu, Shuib menafikan khabar angin dia kini didekati oleh seorang selebriti wanita. “Siapa ya? Saya tak tahu langsung… Buat masa ini tak ada lagi sesiapa yang cuba dekati. Kalau ada pun saya berborak dengan pengurus sahaja,” katanya. Siti Sarah, 37, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 5.13 pagi Isnin, 9 Ogos lalu di PPUKM Kuala Lumpur akibat Covid19.
Allahyarham menjalani operasi bagi mengeluarkan bayi lelaki ketika kandungannya berusia lapan bulan pada 6 Ogos lalu. Selain Ayash, Allahyarham meninggalkan tiga lagi cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8 dan Ariq Matin, 6. Untuk rekod, Shuib dan 4rwh Siti Sarah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011. Sumber : Mstar
Comel je Ayash pegang tasbih macam tu. Shuib muat naik video usap Ayash buat ramai yang tersentuh.
Menerusi halaman instagram Shuibsepahtu, beliau ada berkongsi satu klip durasi pendek bersama dengan anak bongsu nya, Ayash Affan. Rata rata pengikut halaman instagram Shuib memberikan kata kata positif buat nya agar sentiasa kuat dalam menempuhi kehidupan.
Namun, Ayash Affan juga dilihat sedang tidur dan dikejutkan oleh Shuib. “Bangun sayang, nanti malam jaga, asyik tido je..” – Shuib
Jom lihat juga apa kata warganet:
Baru sahaja Shuib berkongsi wajah anak nya, beliau sempat berkongsi sedikit kata kata, dan berterima kaskh pada semua yang mendoakan nya. Terima kasih doakan kesejahteraan saya” – Shuib kongsi wajah Ayash Affan.
“Assalamualaikum, nama saya Ayash Affan bin Shamira. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya,” coretnya ringkas di Instagram. Terdahulu, arwah isteri tercintanya yang juga penyanyi terkenal, Siti Sarah Raisuddin telah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira jam 5 petang, pada 6 Ogos lalu. Sumber:IG Shuib
Ini yang satu dunia nantikan. Akhirnya Shuib dedahkan muka Ayash Affan buat ramai yang teruja.
Pelawak dan juga usahawan, Shuib Sepahtu sebelum ini pernah mengambil keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak bongsunya, Ayash Affan kepada umum setelah mendengar pandangan beberapa kenalan dalam kalangan ahli agama.
Namun pada hari ini, Setelah anak bongsunya itu cukup sebulan,Shuib membuat pengumuman bakal berkongsi wajah Ayash Affan di media sosial. Sudah pastinya para warganet ternanti-nanti akan kemunculan wajah Ayash Affan yang setelah ditingalkan Siti Sarah.
Assalammualaikum, Nama Sy AYASH AFFAN BIN SHAHMIRA. Terima kasih kerana mendoakan kesejahteraan saya.
KOMEN WARGANET:
Sumber: Instagram Shuib
Tidur pun ada gaya. Shuib muat naik video gelagat Matin tidur buat ramai yang terhibur.
Cahaya mata ketiga Siti Sarah Raissuddin iaitu Ariq Matin yang baru berusia enam tahun, kini mendapat perhatian warganet. pelawak Shuib Sepahtu,yang sering berkongsi rutin harian anak-anak dirumah kini sering menjadi perhatian ramai.
Shuib berkongsi satu video yang cukup comel saat Matin sedang lena tidur. Namun apa yang lebih menarik, Cara Matin tidur sungguh pelik dan ianya telah dirakam Shuib. Ade yg tido mcm ni tak? Tak pelikkan tido mcm ni???
KOMEN WARGANET:
Sumber: Instagram Shuib
Ayash sensitif dengan asap dan habuk. Terkini Shuib dedahkan terpaksa undur diri seketika demi Ayash.
Pelawak Shuib Sepahtu, 37, berehat seketika daripada dunia seni bagi memberi tumpuan kepada anak bongsu, Ayash Affan yang dilahirkan pramatang. Shuib berkata, sejak Ayash pulang ke rumah selepas 38 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), di sini, rutin hariannya berubah.
“Sampai bila saya berehat, perkara itu belum pasti lagi. Buat masa ini, saya enggan terbabit dengan komitmen seni kerana tdak mahu menyusahkan syarikat produksi andai terpaksa tarik diri pada saat-saat akhir.
“Selain itu, saya perlu masa untuk menyesuaikan diri dengan tanggungjawab sebagai bapa tunggal. Ayash pula berkehendakkan penjagaan rapi. “Ayash sihat dan tdak banyak ragam. Tetapi sebagai bayi pramatang, saya sangat berhati-hati kerana paru-parunya belum kuat.
“Ayash sensitif kepada asap dan habuk. Apatah lagi dengan keadaan pandemlk membuatkan saya trauma untuk keluar rumah kerana bimbangkan keselamatannya,” katanya selepas majlis bacaan Yasin secara maya sempena 40 hari pemergian isteri, Siti Sarah Raissuddin akibat covid 19 pada 9 Ogos lalu, malam tadi.
Selain Ayash, Shuib dan Siti Sarah dikurniakan tiga zuriat iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6, yang turut memerlukan perhatian. Shuib bersyukur mendapat bantuan ibu bapa mentua serta ipar duai yang banyak meringankan kerjanya.
Selain itu, tambah Shuib, dia bersyukur tiga anak yang lain meringankan beban menguruskan Ayash biarpun mereka juga memerlukan perhatian. Ditanya apakah dia bercadang mengupah jururawat terlatih untuk mengasuh Ayash, Shuib berkata, dia masih belum bercadang berbuat demikian biarpun beberapa hospital swasta menawarkan khidmat mereka.
Mengenai tindakannya yang belum menunjukkan wajah Ayash melalui foto dimuat naik di media sosial, Shuib berkata, setakat ini dia masih belum bersedia mendedahkan wajah bayinya atas nasihat ustaz. Sumber : Bharian
Shuib muat naik gambar genap 40 hari pemergian Siti Sarah. Tapi ada sesuatu yang warganet perasan dengan gambar tu.
Kuala Lumpur: Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu, 37, bersyukur dipermudahkan segala urusannya dalam penjagaan anak bongsu, Ayash Affan yang sudah tiga hari dibawa pulang ke rumah.
Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad menerusi perkongsian di Instagram, memaklumkan bayinya yang berusia 43 hari itu mudah dijaga, tidak banyak ragam dan berada dalam keadaan sihat.
“Dua hari dah daddy dengan Ayash, alhamdulillah anak yang sihat, anak yang baik, tak banyak perangai, nangis pun kadang-kadang saja. Tapi, kalau nangis tu saja biarkan lama sikit sebab suara Ayash terlalu sedap didengar.
“Semoga terus sihat dan semoga Allah menjadikan anak yang soleh. Doakan kami ya,” tulisnya dengan perkongsian sekeping foto sedang mendakap Ayash dalam dukungannya.
Sementara itu, menerusi perkongsian di Instagram Story pula difahamkan Shuib ada mengadakan majlis bacaan Yassin secara virtual buat isterinya, Siti Sarah yang disertai ahli keluarga, saudara dan kenalan rapat pada malam semalam bersempena hari lahir Sarah ke-37, pada tanggal 15 September.
Dalam masa yang sama, dilihat pada hantaran terbaru bapa kepada penyanyi, Siti Sarah iaitu Raissuddin Hamzah menziarahi anak tersayang bersempena 40 hari pemergiannya ke negeri abadi. Dalam satu hantaran yang dimuat naik isterinya, Siti Fatimah Suberi atau lebih mesra dengan sapaan Makder di Instagram, Raissudin reda dengan ketentuan dan meminta untuk sama-sama mendoakan Sarah.
“Kasihnya bapa. Hari ini genap 40 hari. 40 hari yang tak mudah. Abah datang melawat Siti Sarah. Kasih seorang abah. Siapa sangka anak yang ditatang semenjak kecil, di iqamat selepas lahir, dibesarkan dgn dua tangan sendiri, dinikahkan dengan pilihan hati, membesar sehingga ada anak, pergi terlebih dahulu?.
“Tak ada siapa yg mduga tetapi kita sbgai manusia tak boleh melwan takdir, yang tersurat adalah ketentuan Allah. Mungkin di luar nampak kuat, dalam hati siapa yang tahu?. “Semuanya sudah ditentukan untuk mengajar hati menjadi redha.
Yang tinggal hanyalah kenangan, yang boleh menghubungkan hanyalah doa. Sama-sama kita doakan agar Sarah tenang di sana & rhnya dicucuri rahmat. Sama kita hadiahkan Al Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulis Makder.
Terdahulu, semalam juga Shuib berkongsi video berdurasi satu minit dan 20 saat di Instagram yang memaparkan dia bersama tiga anaknya, Uwais, Talita dan Matin melawat ke Siti Sarah untuk membaca Yassin dan doa buatnya.
“Subhana-Allah, Alhamdulilah, Allahuakbar. Selamat hari ulang tahun kelahiran ke-37 sayang. Hari ini (semalam), saya dan anak-anak sambut hari jadi awak di rumah baru awak. Insya-Allah walaupun berbeza keadaan, saya tahu awak ada dengan kami. Rasa cinta yang tetap sama, Insya-Allah.
Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan letakkan awak disyurga tertinggi. Semoga Allah satukan kita semua di syurga, amin. Al-Fatihah buat Siti Sarah Raissuddin,” tulisnya. Terdahulu, Shuib juga menitipkan rasa syukur tidak terhingga apabila dapat membawa Ayash pulang ke rumah pada Selasa lalu selepas 40 hari dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sejak dilahirkan pada 6 Ogos lalu.
Shuib menyifatkan kehadiran Ayash di rumah sebagai hadiah daripada Allah buatnya dan anak-anak bersama keluarga berikutan semalam adalah hari ulang tahun kelahiran Siti Sarah yang kebiasaannya diraikan mereka bersama-sama.
Shuib Kongsi Hantaran Terbaru Tapi Ramai Perasan Muka Anak Beliau
“Yang baju hitam tu Sebijik muka sarah”-warganet. Siti Sarah pergi menghadap illahi akibat Covid 19 pada 9 Ogos lalu. Terdahulu, pasangan ini bernikah pada 26 Februari 2011 dan mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan. Kredit : Online Malaya
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.
Leave a Reply