Buat Sesuatu Yang Bersifat Sementara Jangan Yang Kekal. Amelina Sanggup Tanam Benang Demi Ini.

Perkongsian ratu dangdut Amelina mengenai proses rawatan tanam benang atau ‘threadlift’ pada rahang dan hidungnya membuatkan ramai peminatnya ‘kecut perut’.

Menerusi perkongsian video di Instagram Amelina, penyanyi tersebut secara terbuka menunjukkan proses rawatan yang dikatakan agak ‘menyeramkan’ apabila wajahnya terpaksa dimasukkan benang.

Difahamkan, sebanyak enam benang dimasukkan ke dalam rahang Amelina dan perkara itu sekali gus membuatkan ramai yang seriau melihat proses berkenaan.

Enggan tindakannya disalah erti, Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin, 47, kemudian menegaskan bahawa keputusan untuk membuat rawatan itu hanyalah untuk membaiki keadaan wajah dan bukan untuk mengubah rupa bentuk.

“Kaklong tak nak hidung Angelina Jolie sebab kaklong rasa hidung kaklong paling cantik.

“Kaklong taknak pergi kopak kulit muka kaklong sebab kaklong nak jadi muka budak 16 tahun dah sah-sah kaklong 40-an. Itu merubah namanya bukan membaiki,” katanya.

Jelasnya, dia cuma mahukan dirinya seperti dahulu yang lebih ‘presentable’.

“Setelah Kaklong dihina selekeh, tak pandai jaga level, gemoklah, do i cares?“Kaklong sekarang menjaga dan menghargai apa yang kaklong ada.

“Kalau ‘sagging’ kita tegangkan, kalau gemok kita kuruskan yang penting jangan kau lapah sana, kopak sini, sumbat segala besi ,plastik segala macam, kikis sana sini, jangan!

“Buat apa yang perlu jangan terlalu obses. Buat sesuatu yang bersifat sementara jangan yang kekal,” katanya.

Sementara itu menerusi posting berasingan, Amelina turut berkongsi perubahan wajahnya selepas melakukan rawatan tersebut.

“Kaklong dah cakap dah kaklong memang cantik daripada 30 tahun lepas, korang tak percaya.

“Ada ke nampak yang diubah? natural kan? Tetap muka Amelina tetapi nampak lagi fresh dan tegang dan yang kaklong suka sekali structure kulit kaklong pun elok dah.

“Paling penting hidung kaklong tu lagi terletak macam masa kaklong anak dara,” katanya.

Biarpun ramai yang memuji perubahan Amelina itu, namun tidak kurang juga komen-komen ‘nakal’ yang mendakwa tindakan penyanyi itu seperti mengubah kejadian asal.

Tetap dengan pendiriannya, Amelina kemudian menegaskan dia hanya menegangkan kulit dan tiada sebarang perubahan dibuat.

“Insya-Allah tak, nanti tengok yer before & after. Cuma kulit tegang jer lah pun.

“Kalau adik ada nampak yang kaklong ubah bagi tahu ok. Tunjuk satu-satu sama ada kaklong buang ke atau kaklong tambah.

“Risau juga kan nanti timbul fitnah pula,” katanya.

Sekadar info, rawatan tanam benang (Threadlift) adalah rawatan yang bertujuan untuk mengurangkan kenduran dan lipatan kulit di sekitar kawasan rahang, pipi dan leher.

Rawatan ini dianggap sebagai rawatan alternatif yang lebih selamat dan kurang ‘invasive’ berbanding pembedahan ‘facelift’ tradisional.

Difahamkan, benang khas akan digunakan untuk menegangkan bahagian kulit yang ingin dicantikkan supaya keadaan wajah akan kelihatan ketat dan anjal.

Sumber: Gempak.

Wanita Susah Nak Kurus. Pernah Menyesal Keluar RM30K Untuk Lakukan Operasi. Ini Keadaan Terkini Wanita Tersebut.

MENURUNKAN berat badan bukanlah sesuatu yang mudah, terutama sekali bagi sesetengah individu yang mempunyai kadar metabolisme yang rendah.

Bermacam usaha dilakukan termasuklah diet dan bersenam, malah pelbagai jenis produk untuk menguruskan badan telah dicuba tapi semuanya gagal.

Itulah yang dialami Hannah, 25, sehingga dia membuat keputusan untuk melakukan operasi bariatrik, iaitu operasi untuk mengecilkan bahagian perut, pada Mei lalu.

Menurut Hannah, dia kini berasa lebih sihat dan bukan itu sahaja, ‘mood’nya juga sentiasa baik setelah dia berjaya menurunkan 25 kilogram (kg) berat badan dalam tempoh empat bulan.

Berkongsi pengalamannya dengan mStar, Hannah yang bekerja sebagai pengurus media sosial berkata, dia pada mulanya berjumpa dengan doktor kerana ibunya risau akan kesihatan dirinya.

“Saya tak sakit tapi keluarga saya ada sejarah kencing manis dan kanser jadi mak saya risau saya ada penyakit disebabkan berat badan.

“Masa jumpa doktor, dia cakap saya berisiko tinggi untuk dapat kanser dan kalau pulih pun ada risiko untuk dapat semula penyakit tu.

“Masa tu memang saya risaulah, jadi saya buat keputusan untuk ubah gaya hidup,” katanya, yang menetap di Kuala Lumpur.

Hannah berkata, bermacam cara dilakukannya dalam usaha menurunkan berat badan tetapi tidak berjaya menyebabkan dia terpaksa melakukan operasi bariatrik.

Hannah yang masih belum berkahwin berkata, pada mulanya tiada ungkapan lain yang lebih sesuai diungkapkan selepas melakukan operasi bariatrik selain ‘menyesal’.

Namun segalanya berubah apabila lama kelamaan ia mula menampakkan hasil.

“Alhamdulillah surgery berjalan lancar tapi masa mula-mula post-surgery rasa menyesal sebab kena diet minum susu protein sahaja masa 14 hari pertama.

“Tapi lepas tu bila dah nampak penurunan berat badan rasa seronok.

“Bila dah mula bersenam rasa lagi seronok, badan rasa ringan, mood pun meningkat, secara keseluruhannya saya lebih gembira,” katanya, sambil menambah kos operasi yang dilakukan di sebuah hospital di Shah Alam, Selangor itu adalah RM30,000.

Menurut Hannah, doktor membuang 70 peratus dari bahagian perutnya, justeru dia kini hanya boleh makan dalam kuantiti yang sangat sedikit.

“Doktor memang nasihatkan saya untuk utamakan protein dulu, selain protein pilih makanan yang banyak khasiat macam sayuran.

“Makanan karbohidrat macam nasi, roti, pasta semua tu memang saya tak makan. Kalau makan pun sikit je sebab kapasiti perut terhad, saya perlu juga makan protein,” katanya.

Berbeza dengan persepsi sesetengah masyarakat, Hannah berkata, mereka yang melakukan operasi bariatrik masih tetap perlu bersenam.

“Saya buat senaman weights dan cardio dekat gim, saya pergi gim atau bersenam lima hari seminggu.

“Memang doktor suruh buat senaman weights dan cardio, tempoh enam bulan pertama paling senang nak turunkan berat jadi doktor memang push habis-habis untuk maksimumkan penurunan berat badan,” katanya.

Menurut Hannah, walaupun dia seorang sahaja dalam keluarga yang mengalami masalah berat badan berlebihan, kedua ibu bapanya kini turut ikut sama mengubah gaya hidup dengan bersenam lima hari seminggu.

Saya cuba macam-macam, saya bersenam, makan makanan sihat tapi semua saya tak mampu nak teruskan untuk tempoh masa lama, saya ada juga cuba macam-macam produk untuk kuruskan badan tapi semuanya sikit sangat turun… dalam dua bulan turun la sekilo dua.

Jelasnya, harapannya kini hanyalah satu iaitu ingin meneruskan kehidupan dalam keadaan sihat serta dihindari daripada sebarang jenis penyakit.

“Atok saya meninggal sebab kanser hati dan doktor ada cakap masa check up sebelum buat surgery yang saiz hati saya terlalu besar dan jika tak ubah gaya hidup, takut membawa penyakit kanser… ia buat saya takut sebab arwah atok saya pun obes dulu.

“Kadang-kadang saya fikir kalaulah bawa atok pergi jumpa doktor 20 tahun lepas, mungkin doktor nampak hati atok saya pun tak sihat,” katanya, sambil menambah datuknya meninggal pada tahun 2011.

Menurut Hannah sebelum operasi dijalankan, dia telah cuba pelbagai cara untuk menurunkan berat badan namun hasilnya kurang memberangsangkan.

“Saya operate lepas raya hari tu tapi saya mula diet dalam bulan Januari atau Februari sebab saya baru balik dari belajar dekat universiti di United Kingdom, masa tu berat saya naik mendadak, maklumlah makanan dekat Malaysia sedap sangat!

“Saya cuba macam-macam, saya bersenam, makan makanan sihat tapi semua saya tak mampu nak teruskan untuk tempoh masa lama, saya ada juga cuba macam-macam produk untuk kuruskan badan tapi semuanya sikit sangat turun… dalam dua bulan turun la sekilo dua.

So far, operasi bariatrik ni je yang buat saya betul-betul turun berat badan dan saya boleh kawal pemakanan saya sampai sekarang,” katanya, sambil menambah keluarga dan rakan-rakannya juga sangat mendokong usahanya.

Hannah bagaimanapun menasihati orang ramai yang ingin mencuba operasi tersebut supaya mencari doktor yang benar-benar pakar untuk mengelakkan daripada sebarang komplikasi.

“Saya pernah dengar cerita orang yang buat operasi ni sebab doktor tak berapa teliti ada banyak komplikasi selepas tu. Ada yang turun 10kg je lepas dua tahun dan ada yang kena gastrik teruk lepas operasi.

“Macam saya banyak sangat medical check up sebab doktor nak pastikan dia tahu 100 peratus kesihatan badan saya, selepas lima bulan konsultasi baru buat operasi,” kongsinya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Jangan ketinggalan untuk mengikuti kisah-kisah menarik di bawah.

Makin Ramai Anak Makin Susah Nak Kurus. Yatt Hamzah Akui Mencabar Nak Turunkan Berat Lepas Bersalin.

Mengekalkan bentuk badan dengan berat ideal seperti sebelum mengandung pastinya cukup sukar. Bagi Yatt Hamzah, dia mengakui untuk mengekalkan beratnya selepas bersalin seperti bersalin anak pertama dan kedua, jauh bezanya dengan sekarang.

Kata Yatt jika dahulu, di usia awal 20an, dia berjaya mengekalkan semula beratnya dengan mudah namun kini tidak lagi. Faktor usia sudah semestinya menjadi penyebab.

Malah kata Yatt menerusi Instagramnya, selepas bersalin anak kelimanya, beratnya sudah pun turut sebanyak 15kg.

” Memang makin ramai anak, makin susah nak kurus ya? Masa ni lepas berpantang anak ke 4, baby #SuciHawaZulaikha. Berat masa ni 65kg turunlah dalam 13-14kg lepas berpantang.

“Masa kak Nia 11 tahun dulu lagi power, badan lebih kurus dan slim lepas bersalin daripada sebelumnya. 49-50kg masa tu memang melidi.

“Yelah masa tu zaman aktif berlakon drama memang eloklah kurus slim takdelah nampak macam tong dalam TV.

“Sekarang berat 70kg lagi ni haa, tapi turun banyak lebih 15kg sebab masa bersalin haritu dekat 90kg,” kongsi Yatt.

Berat makin susah nak turun

Kata ibu kepada lima orang cahaya mata ini lagi, di usianya yang kini sudah pun memasuki 40 tahun, dia mengakui agak sukar menurunkan berat badan. Tambah pula dia langsung tidak mengambil suplemen untuk kurus dan hanya mengamalkan pemakanan sihat sahaja.

Tambah Yatt lagi, sesekali dia akan bersenam dan amalkan cara hidup sihat.

“Fuhh, mencabar betul Bonda anak 5 di usia 40an ni nak lose weight. Bonda pula bukan jenis ambil-ambil ubat atau supplement kurus.

“I always believe in eating clean and exercising in order to lose weight. There’s no such thing as short cut kalau nak kurus.

“Kena rajin bersenam dan amalkan cara hidup sihat. Supplement semua tu sebagai booster sahaja. Yang paling penting bersenam dan jaga makan.

“Mak-mak boleh amalkan tips ni, pagi-pagi atau petang boleh stroll anak-anak kat taman. Tolak baby sambil berlari-lari anak sikit. Jangan laju-laju kang terbalik anak tu naya,” kongsi Yatt lagi. 

Sumber: Majalahpama

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*