Dato Siti Nurhaliza Lantik Duta Tdak Brhijab, Sekali PU Syed bersuara..

Baru-baru ini, penyanyi tersohor Malaysia, Dato’ Seri Siti Nurhaliza mengadakan majlis pelancaran produk baharu SimplySiti di Menara Kuala Lumpur.

Ramai yang memuji langkah bintang nombor satu negara yang juga pengasas produk kosmetik SimplySiti, apabila lebih terbuka memilih gadis tidak berhijab, Zahra Zura Aziza Zahanor, 20, sebagai duta SimplySiti.

Menurut Siti, Zahra bukan sahaja diberi tugas sebagai jurucakap SimplySiti tetapi perlu hadir ke pejabat dan belajar lebih mendalam mengenai produk dan perniagaan untuk menjadi seorang usahawan berjaya.

Namun begitu, keterbukaan Siti memilih gadis tidak bertudung mendapat reaksi kurang senang daripada sesetengah pihak. Antara yang menegur pemilihan itu adalah Pencetus Ummah (PU) Syed yang mengatakan hijab adalah perintah Allah kepada hamba-hambanya.

Tambah PU Syed lagi, perniagaan tidak akan mendatangkan keberkatan sekiranya tidak digabungkan dengan perintah dan larangan Allah.

 

Demikian lagi, PU Syed menegur, sifat keterbukaan mestilah dalam ruang lingkup halal dan haram juga dosa dan pahala. Hak individu untuk mengambil sesiapa sahaja menjadi duta produk, namun katanya dimana kita mahu letakkan hak Allah.

Selain itu, tidak menutup aurat itu adalah dosa peribadi, namun ianya akan bertukar menjadi dosa umum jika ditayangkan kepada khalayak ramai. Gambar tidak menutup aurat pasti akan menghiasi dada-dada iklan dan sudah pasti saham dosa dengan mendedahkan aurat itu juga akan turut dikongsi bersama.

Sempat juga berpesan, dia mendoakan perniagaan Siti agar terus cemerlang dalam masa yang sama menjaga batasan syarak untuk menarik keberkatan dari Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Instagram PU Syed

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*