“Seburuk buruk orang lain, lebih buruk saya” Catatan terbaru Ebit Lew tarik perhatian

Umum mengetahui Ebit Lew kini sedang bercuti bersama keluarga di Eropah. Bermula ke Swiss, Paris, kini Ebit Lew sekeluarga berada di United Kingdom

Berikut catatan terbaru Ebit Lew di laman facebook

“Alhamdulillah sampai London. Semoga setiap langkah perjalanan jadi asbab kebaikan seluruh alam. Seseorang itu dikatakan berakhlak saat boleh mencari kebaikan pada keburukan orang lain. Ikhlas mencari kekurangan dan kelemahan pada kebaikan diri sendiri.

” Semua orang kata dia tak baik. Tapi kita nampak kebaikannya itulah akhlak. Sentiasa niat perbaiki diri sendiri dan rasa kekurangan diri sendiri itulah mencari keikhlasan.

” Sebaik baik saya, lebih baik orang lain. Seburuk buruk orang lain, lebih buruk saya. Segemuk-gemuk ikan pasti ada tulangnya. Sekurus kurus ikan pasti ada isinya. Sebaik-baik orang pasti ada kekurangannya. Belajar kebaikannya. Cari kebaikannya. Seburuk-buruk orang pasti ada baiknya. Belajar kebaikannya dan doakan hidayah buatnya. Ya Allah dia baik tapi dia lupa beri hidayah padanya. Tukar keburukannya kepada kebaikan dan beri juga kebaikan itu untuk saya.

Jumpa peminat, dapat surat

Terharu jumpa peminat dekat Paris. Siap dapat surat lagi. Keluarga saya Order nasi ayam Paris. Light km.. Subhanallah orang Malaysia hidup di Paris. Biasanya order tak bagitahu ebit lew tempah pun. Sekali terjumpa. Allah tentukan. Ada 2 surat. Minta doa-doa dan ucap terima kasih kerana selama ini selalu membantu orang lain. Siap ada lukisan. Sedap nasi ayam. Semoga Allah berkati dan luaskan rezeki kak sekeluarga yer. Semoga Allah mudahkan niat dan kabulkan semua doa-doa. Allah sayang. Baik-baik keluarga ini. Segala puji bagi Allah.

Doa ini ajaib. Bahagia bila kita bersangka baik pada Allah. Bila kita kenal Allah. Sangkaan baik ialah doa yang sangat kuat. Sangka baik pada Allah. Sangka baik pada manusia. Hidup musnah bila bersangka-sangka. Bermula sangka buruk pada manusia dan keadaan. Kemuncak kemusnahan hidup kita bila sangka buruk pada Allah. Terima kasih ya Allah-ebitlew

Berikut reaksi dari netizan

Saya Betul betul respect ustaz…. Kita hidup di dunia x payah fikir buruk or buat jahat kat org lain.. Dalam ajaran setiap agama itulah faktor utama. Bumi ini boleh musnah sekelip mata kalau landa sunami besar yg gaduh sesama manusia, niat jahat hati jahat… Apa guna lesap juga kita klu bumi musnah… Selagi hidup berbuat baik kat semua tanpa kira agama bangsa, jahat ke baik ke… Yg buat baik dpt pahala dan surga… Yg buat jahat dapat dosa dan neraka… Manusia ada akal boleh fikir… Respect

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*