Tular kisah rumah tangga Shuk dan Rossa. Sekali dah penat nak sorok dan ini pula yang isteri Shuk buat sampai ramai suruh bersabar.

Ketika Shuk Sahar dihimpit k0ntr0versi membabitkan rumah tangganya, sang isterilah yang terlihat paling tenang menangani segala tohmahan warganet. Walaupun adakalanya dia terlihat sedikit agresif, namun amat wajar hal itu berlaku kerana tiada isteri ingin rumah tangganya musnah begitu sahaja, pasti ingin dipertahankan.

Pernah diselingkuhin tk? Menerusi perkongsian terbaharu Rossa di Tlkt0k, dia tdak ketinggalan untuk mencuba ‘trend’ terkini di aplikasi itu, namun dalam hantaran tersebut terdapat mesej yang cuba didedahkan olehnya. Video : Klik link

“Selalu…” Jika diamati, suara latar vide0 bertanya sekiranya wanita cantik pernah kena diduakan atau tidak dan Rossa menerusi kapsyennya akui bahawa dia selalu menjadi individu yang terlibat diduakan itu. “Ramai lagi yang sayang”

“Layak dapat Iebih balk”

Dalam waktu sama, ada juga mengatakan bahawa Rossa berhak didampingi oleh seseorang yang lebih baik. Sumber : Redaksi

Teruk dikritik sebab tanya pasal babak panas. Shuk Sahar tampil buat permohonan maaf siap janji sesuatu lagi.

SUSULAN nama terpalit dengan isu tak senonoh dalam temubual melibatkan pelakon Fauzi Nawawi, pengacara program itu iaitu Shuk Sahar memilih untuk mengunci mulut bagi mengelakkan perkara berkenaan berpanjangan. Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar berkata, dia tidak berniat melarikan diri daripada masalah itu, sebaliknya enggan tersalah cakap yang hanya mengeruhkan keadaan.

“Kalau boleh saya tak nak mengulas isu ini lebih lanjut. Bukan sebab saya nak larikan diri tapi apa yang berlaku ini melibatkan ramai pihak… bukan saya seorang sahaja. Shuk tidak mengulas lanjut kerana isu ini membabitkan banyak pihak.

“Saya risau juga kalau saya tersalah cakap atau bercakap lebih mengenai isu tersebut, ia akan beri kesan kepada pihak lain,” kata Shuk kepada mStar. Pada Rabu, Fauzi Nawawi dikritik warganet apabila menceritakan pengalaman melakonkan watak seorang prgl bersama aktres Raja Farah dalam sebuah filem menerusi sebuah program baru-baru ini.

Tidak mahu perkara itu berpanjangan, Fauzi atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Mohd Nawawi, 48, membuat permohonan maaf terbuka kepada Raja Farah dan suami serta keluarga yang terkesan dengan hal berkenaan. InsyaAllah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan!

Bukan sahaja Fauzi, Shuk turut dikritik disebabkan warganet mendakwa dia menjadi punca pelakon itu tampil berkongsi babak tak senonoh yang dilakonkannya. Pertanyaan Shuk yang meminta Fauzi memperincikan babak tak senonoh tersebut menimbulkan kemarahan warganet yang kini tidak mahu lagi menyokong karier pelawak itu.

Fauzi Nawawi sudah buat permohonan maaf di atas keterlanjuran katanya dalam program itu. Dalam pada itu, pelawak berusia 35 tahun ini memohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton rakaman tersebut dan dia turut berjanji akan lebih berhati-hati dalam setiap percakapan di masa akan datang.

“Tapi bagi pihak saya sendiri, dengan rasa rendah hati saya ingin mohon maaf kepada semua pihak yang tergores hati selepas menonton program tersebut. Saya tiada niat apa-apa pun. “Insya-Allah selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap kandungan program dan percakapan. Saya harap semua orang boleh mendoakan agar semua perkara akan menjadi lebih baik,” ujarnya.

Lepas Fauzi Nawawi dikritik. Kini Khir Rahman pula tampil jelaskan kenapa dia gelak sewaktu jadi pengacara.

Pelakon dan selebriti, Raja Farah Raja Aziz, 34, tidak menolak, berasa malu dan tidak dihormati sebagai seorang wanita dan isteri orang apabila beberapa pelakon lelaki membicarakan pengalaman melakonkan watak jahat merangkumi babak r.ogol dengan salah seorang menyebut namanya. Menurut Farah, perkara tersebut tidak sepatutnya diutarakan kerana ia ternyata telah memberi kesan kepadanya selain dianggap membuka aib.

“Saya sangat terkesan. Terasa dibuka aib dan rasa macam tidak dihormati. Sebagai seorang isteri, tentunya saya akan pergi kepada suami untuk bertanyakan pendapat kerana begitu ramai yang minta saya respons terhadap i.su ini. Saya pun tak nak ada perbalahan. Jangan pula ada pihak yang mahu memburukkan keadaan. Saya dan suami berlapang dada. Mungkin pihak yang berkata-kata itu boleh buat permohonan maaf walau tak secara terbuka pun tak apa.

Normal kita sebagai manusia ada tersalah kata dan sebagainya. Harap boleh diselesaikan. Terima kasih kepada semua pihak yang prihatin,”katanya. Farah berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik malam tadi di Instagram bagi memberi maklum balas terhadap tularnya rakaman video sebuah program televisyen yang memaparkan beberapa pelakon lelaki bersama hos dan membicarakan mengenai watak jahat yang pernah dilakonkan mereka.

Menerusi video tersebut, Fauzi Nawawi, dilihat menceritakan mengenai babak dalam filem berjudul Anak Halal yang membabitkan Raja Farah sebagai pelakon wanita namun babak tersebut terpaksa dip.otong atas permintaan ibu bapanya. Rakaman program tersebut telah mendapat perhatian pengguna media sosial dan tular di Tik Tok dengan pelbagai reaksi diberikan oleh pengguna.

Selain Farah, menerusi kenyataan dalam video di Instagram yang sama turut menyaksikan suaminya, Iskandar Ismail, meluahkan rasa kecewa dengan perbuatan pelakon lelaki tersebut yang dianggap tidak sepatutnya dilakukan. Malah, Iskandar juga mendoakan agar pihak terbabit yang mungkin telah terlepas kata atau jahil menyesali apa yang dilontarkan.

“Berdoalah pada Allah SWT agar ftnah ini tidak berterusan lagi. Kita tak nak orang terus mencemuh. Kita faham ia satu kesilapan dan kita pun nak teruskan kehidupan. Allah SWT lebih mengetahui akan apa yang telah berlaku,”katanya.

Permohonan Maaf

Pelakon Fauzi Nawawi membuat permohonan maaf secara terbuka kepada pelakon Raja Farah yang tular menerusi Twitter sejak semalam. Dalam pendedahan yang dibuat menerusi program Rumah 107 tersebut, Fauzi bersama dua tetamu undangan lain, Fizz Fairuz dan Zul Huzaimy. Menyedari kesilapannya, Fauzi telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi sebuah video yang dimuat naik sekitar pukul 1 pagi tadi. Menurut Fauzi atau nama sebenarnya, Mohd. Fauzi Mohd. Nawawi, 48, dia langsung tidak berniat untuk memalukan sesiapa dan mengaku apa yang berlaku adalah kes.alahan sendiri.

“Apa pun saya mengaku memang salah saya, saya jahil, saya tidak baik dan sedang memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik. Buat mereka yang amat s.ensitif dan terkesan kerana video tersebut, suami Raja Farah, saya mohon maaf dari hujung rambut sehingga hujung kaki. Memang saya tiada niat langsung untuk memalukan sesiapa, kepada Raja Farah dan keluarganya, saya minta maaf,” kata Fauzi dalam nada k.esal.

“Saya tidak mahu lagi perkara ini dipanjangkan. Kepada warganet yang amat prihatin terhadap perkara ini sampai sanggup kritik saya, ibu, keluarga dan anak-anak saya, saya maafkan. Saya anggap anda semua terlalu prihatin dan sayangkan saya, sebab itu sanggup kritik saya. Saya berterima kasih kepada mereka yang mengingatkan dan menegur kesilapan saya sama ada secara baik atau kasar, terima kasih, saya terima dengan rela hati,” ucapnya.

Khir Rahman Tampil Sebagai Pengacara

Terpalit dengan kontroversi gurauan isu adegan aktres Raja Farah, aktor Khir Rahman tampil memohon maaf sekiranya keterlibatannya dalam perbualan tersebut menjejaskan imej mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dilakukan selepas sebuah potongan video temubual dalam sebuah program televisyen yang membabitkannya sebagai pengacara bersama Shuk Sahar dan beberapa tetamu jemputan iaitu Datuk Fizz Fairuz, Fauzi Nawawi dan Zul Huzaimy. Kata Khir dalam ranjutan ciapan Twitter, walaupun turut menerima kritikan hebat susulan isu tersebut, dia bukanlah individu yang akan lari daripada mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Beri peluang untuk saya meninjau isu ini dengan teliti dan andai perlu saya akan beri kenyataan. Percayalah saya ini bukan jenis lari, ” katanya pemilik nama penuh Khairulizam Abdul Rahman itu. Jelasnya lagi, dia tertawa disebabkan gaya penceritaan tetamu jemputan bukannya terhadap i.su yang diketengahkan. Melalui bahan yang sempat saya baca, pertamanya saya tidak mahu menyebut nama-nama yang terlibat, serba salah juga hendak buat sebarang pernyataan. Bak kata suami empunya badan (Raja Farah), hal ftnah ini tidak perlu dipanjangkan. Sebetulnya saya sedang mencari nombor telefon empunya badan, bahawa saya kesal dan ralat. Saya ketawa hanya pada gelagat bercerita tetapi bukan pada isunya. Saya tidak ketawa atau meraikan isu tersebut dan minta maaf atas kesilapan serta ketelanjuran ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, suami kepada penulis skrip terkenal, Siti Jasmina Ibrahim itu juga mempersoalkan mengapa temu bual tersebut diedit pada bahagian tertentu dan disebarkan kepada umum. “Saya tidak pasti kenapa video ini dip.otong begitu lalu disebarkan dan adakah kandungan tersebut telah disiarkan pada waktunya. Kalau benar telah bersiaran begitu, sesiapa pun yang terlibat mesti berasa kesal dan perlu memohon maaf,” katanya lagi. Sumber : Kosmo/IG

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*