Nama kene Petik Isu Dakw4an Langg4ran kontrak Zizi Dgn Rafiena?. Skali Ini Resp0nd Eizlan Yusof

Nama pelakon, Datuk Seri Eizlan Yusof turut ‘dipe.tik’ berhubung isu dak.waan pelanggaran kon.trak pelakon dan penyanyi, Zizi Kirana dengan Datuk Rafiena yang menerbitkan drama Jamu Nesan.

 

Eizlan, 50, yang sepatutnya menjadi pengarah drama berkenaan berkata, Rafiena sudah dimaklumkan mengenai hasrat Zizi untuk menutup aurat menjelang Ramadan dan diminta untuk memulakan penggambaran mengikut keselesaan penyanyi itu.

“Memang Rafiena sudah tahu mengenai hasrat Zizi untuk bertudung sebelum masuk bulan puasa, malah saya juga sudah diajukan sama ada boleh melangsaikan penggambaran sebelum Ramadan.

“Jika diikutkan, memang saya yang seharusnya menjadi pengarah kepada drama terbabit. Malah, saya pun sudah berbincang dengan penolong pengarah untuk menyusun jadual penggambaran.

“Hasil perbincangan berkenaan, penggambaran seharusnya selesai beberapa sebelum masuk bulan Ramadan,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Eizlan enggan mengulas kenapa dia tidak meneruskan tugas sebagai pengarah untuk drama itu.

Eizlan berkata, dia hanya tahu mengenai isu itu ketika di peringkat awal saja iaitu ketika dia ditawarkan menjadi pengarah drama itu.

“Saya tak nak komen isu membabitkan pelanggaran kontrak antara Zizi dan Rafiena. Apa yang boleh saya ceritakan hanya berkaitan perancangan awal ketika saya ditawarkan menjadi pengarah drama itu.

“Saya hanya beritahu perkara yang terjadi saja. Saya tidak mengenali Zizi secara peribadi, manakala Rafiena pula memang kami sudah berkawan lama.

“Saya tak berpihak kepada sesiapa. Selepas saya sudah tak terbabit lagi dengan projek itu, saya tak ambil tahu apa-apa perbincangan yang membabitkan mereka,” katanya.

Terdahulu, Zizi menepis dakwaan Rafiena yang mengatakan dirinya banyak kerenah bagi meneruskan penggambaran drama Jamu Nesan.

Susulan itu, Zizi yang juga penyanyi popular itu turut didakwa melanggar kontrak dan digugurkan daripada meneruskan watak Madam Zoora dan digantikan dengan penyanyi Didi Astillah.

Menurut Rafiena, pihaknya cuba berkompromi dengan isu itu kerana menghormati keputusan Zizi untuk menutup aurat.

Bagaimanapun, sikap dan kerenah Zizi yang mahu menukar tarikh penggambaran menyebabkan produksi terpaksa menggantikannya dengan Didi.

Sumber:HMetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*