[VIDEO] 5 Beranak Trpaksa Brhimpit, 2 Beradik Msuk kolej Punya Angkara! Ramai ‘usha’, Paling Sempoi Mak Riba Bakul Kain

SEJAK Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengumumkan kemasukan pelajar ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT) secara berperingkat bermula 15 Oktober 2021, ramai dalam kalangan golongan berkenaan sudah mula pulang ke kolej masing-masing.

Jika ditelusuri di media sosial, ramai yang berkongsi momen sedih lebih-lebih lagi terpaksa berpisah sementara dengan keluarga selepas sekian lama menjalani sesi pembelajaran secara dalam talian (online) di rumah.

Namun tidak kurang juga ada yang berkongsi kisah lu.cu ketika dihantar oleh ibu bapa ke kolej, sebagaimana video yang dirakam dan dimuat naik oleh seorang gadis di aplikasi TikTok.

Video tersebut memaparkan si gadis bersama ibu bapa dan dua lagi adik beradiknya terpaksa ber.him.pit dengan barang-barang yang mahu dibawa ke kolej masing-masing sehingga penuh satu kereta!

Apa yang menggeletek hati netizen, si ibu yang berada di tempat duduk penumpang hadapan ter.pak.sa ‘memangku’ bakul baju yang besar gara-gara tiada ruang kosong dalam bo.net kereta.

Sehingga kini, video berkenaan meraih lebih 267,000 jumlah tontonan dengan dibanjiri ratusan komen lucu netizen.

 

Berkongsi cerita dengan mStar, gadis bernama Nurhanizah Mohd Harnizi berkata, insiden lucu itu dirakam ketika dia dan abangnya dihantar pulang ke institusi pendidikan masing-masing oleh ibu bapa mereka, 21 Oktober lalu.

“Masa tu nak hantar saya ke Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) di Tangkak dan seterusnya hantar abang ke Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang.

“Lepas hantar kami, mak dan ayah mahu terus ke Kelantan balik kampung. Jadi dalam kereta tu kami lima beranak iaitu mak ayah, saya, abang dan adik.

kereta 1

Hanizah, abang dan adiknya ter.pak.sa ber.himpit kerana kereta mereka sarat dengan barang-barang yang dibawa ke kolej.

“Memang penuh barang sebab kereta pun kecil. Kami pun macam terkejut juga bawa barang banyak macam ni. Barang saya memang banyak sebab kemudian dah tak boleh keluar kolej,” cerita gadis berusia 18 tahun dari Kangkar Pulai, Johor.

Senang disapa sebagai Hanizah, gadis ini berkata mereka sekeluarga menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) namun ia tetap padat kerana masing-masing membawa barang yang banyak.

Ceritanya, sepanjang perjalanan sebelum tiba di hentian pertama iaitu kolejnya, mereka berdepan dengan beberapa insiden lucu.

Ada yang komen tergelak sampai sakit perut tengok mak saya. Mak saya gelak jelah bila tahu ramai ketawakan dia.

NURHANIZAH MOHD HARNIZI

“Masa berhenti di hentian Rehat&Rawat (R&R) sebab singgah makan dan pergi tandas, memang masa nak keluar kereta tu yang payah. Bukan itu saja, masa sepanjang di highway, orang pun ‘usha’ pelik je. Tapi kami sendiri gelak bila tengok muka masing-masing,” ujar pelajar semester satu jurusan perakaunan ini.

Sekadar memuat naik video lucu secara suka-suka, Hanizah berkata dia tidak menyangka ia meraih perhatian malah gembira kerana ramai yang turut terhibur dengan gelagat mereka sekeluarga.

komen

Netizen rata-ratanya terhibur dengan video yang dikongsikan Hanizah.

“Dalam banyak-banyak komen lucu, ramai sangat yang tegur hal mak saya sebab dia riba bakul. Ada yang komen tergelak sampai sa.kit pe.rut tengok mak saya. Mak saya gelak jelah bila tahu ramai ketawakan dia.

“Sebelum ini pernah je kami ber.himpit, tapi bukan dengan barang-baranglah. Seronok sebenarnya ramai-ramai… inilah kenangan dengan keluarga. Kalau boleh nak je selalu pergi trip ke mana-mana bersama-sama, tapi bukan dalam situasi yang samalah,” katanya lagi.

Sumber: Mstar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*