“Nampak Ganas Tapi Penyayang…”- Sharnaaz Ahmad jaga anak Emma Maembong Curi Perhatian Ramai

Dalam satu perkongsian yang tular di aplikasi TikTok, seorang pengguna dikenali sebagai @amyqashrina telah memuat naik video Sharnaaz Ahmad sedang menjaga anak kepada Emma Maembong iaitu Shariq Gabriel.

Tolong Jaga Anak Emma Maembong

Posting berkenaan tular kerana masing-masing berasa seronok melihat aktor berkenaan begitu selesa mendodoi Shariq yang begitu manja dengannya.


Emma Maembong juga dilihat memuat naik video tersebut di Instagram anaknya dengan dan mendapat komen yang pelbagai daripada rakan-rakan dan juga peminat.

 

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan TikTok @anyqashrina dengan memuji Sharnaaz yang terlihat sangat kebapaan.

Mereka juga mengatakan muka Sharnaz nampak g4ngster tapi hati ada taman, tgk cara pegang Gabriel pun nampk penyayang orang nya.

Sumber: TikTok @amyqashrina, Instagram Shariq Gabriel,https://www.malaysiatimes.news/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*