Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran

Biarpun sudah hampir seminggu berlalu, namun kisah seekor ikan siakap yang dijual dengan harga lebih RM1,000 masih hangat diperkatakan di media sosial.

BACA: KPDNHEP Lancar Ops Menu, Peniaga Menipu Harga Boleh Didenda RM40,000 & Penjara Sehingga 3 Tahun

Menjadi pengajaran untuk semua, di Facebook, seorang lelaki tampil berkongsi cara orang Cina pesan makanan laut di restoran mengikut budaya mereka.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yag sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.


Sumber: Puancda73
3. Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya bukan harga tetap. Jika tiada mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

4. Pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju atau tidak dengan berat yang ditawarkan.

Menurut Zee Kin, tabiat melakukan kira-kira memang sudah terpahat di dalam DNA mereka. Untuk acara makan besar, kiraan bajet akan dibuat, barulah pesanan dan tempahan dilakukan.

Budaya ‘makan dahulu, bayar kemudian’ bagi beliau sangat bahaya kerana ketidakselesaan pada caj terlampau adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, cumanya akan berlaku akibat yang tidak sepadan dengan kehendak atau izin mana-mana pihak.

sumber: odisi. my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*