Ustaz Azhar Jawab Soalan Tentang Isu Siakap Langkawi Harga Sampai Beribu

Pada 5 November lalu melaporkan percutian sebuah keluarga ke Langkawi, Kedah baru-baru ini meninggalkan memori yang tidak akan dilupakan apabila hidangan tengah hari mereka berjumlah RM1738.70.

Menerusi perkongsian dalam Facebook, seorang wanita berkongsi gambar bil yang menunjukkan harga ikan siakap seolah-olah tidak masuk akal dan dipercayai sengaja diberi saiz ikan yang besar tanpa pengetahuan pelanggan

Di dalam satu kuliah yang dikendalikan oleh Ustaz Azhar Idrus, dia ditanya tentang isu ikan siakap viral apakah hukum di dalam isu tersebut.

Menurut Ustaz Azhar Idrus perkara ini haruslah berbalik pada akad menjual beli dimana pembeli harus tahu apa yang dibeli dan ada akad (harga) yang dipersetujui.

Ustaz Azhar Idrus menegur peniaga supaya bersikap jujur dalam menjual, beliau mengambil contoh dimana ikan siakap disangkakan bersaiz 1-2 kg tapi yang sampai 10kg,

Jika kita tidak bersetuju janganlah dimakan ikan tersebut. Mari dengar penjelasan penuh Ustaz Azhar Idrus

Reaksi Netizan

“Sebab tu biasanya masa nak order , tanya saiz, berat dan harga makanan dulu. Jadi senang nak kira jumlah lepas tu, takdelah nak terkejut tengok resit lepas makan nanti.

“Yg penting komunikasi. Pelanggan tengok harga. 16 setiap 100g bermakna 160 dah sekilo. Masa ukur berat, masa memilih, pekedai kena tunjuk dan sama2 setuju harga dulu. Baru masak. Win win.

“Btul. Skrg Kita byk mniaga blajar bussines plan. Patut Kita Islam blajar muamalat. Terbaik ustaz.

Lelaki Ini Kongsi Budaya Orang Cina Pesan Makanan Laut Di Restoran

Biarpun sudah hampir seminggu berlalu, namun kisah seekor ikan siakap yang dijual dengan harga lebih RM1,000 masih hangat diperkatakan di media sosial.

Menjadi pengajaran untuk semua, di Facebook, seorang lelaki tampil berkongsi cara orang Cina pesan makanan laut di restoran mengikut budaya mereka.

Menerusi Facebook Tai Zee Kin, beliau berkongsi cara orang Cina yang selalunya akan melakukan kiraan bajet sebelum melakukan perbelanjaan supaya tidak menyesal di kemudian hari.

1. Di sudut akuarium di tepi restoran makanan laut, akan adanya nama dan jenis makanan laut yang ada dan harga setiap 100g, 1kg atau sukatan yag sesuai.

2. Di tepi akuarium akan adanya penimbang. Pelanggan boleh meminta peniaga untuk menimbang terlebih dahulu makanan atau meminta peniaga memberikan anggaran berat.


Sumber: Puancda73
3. Sekiranya tiada akuarium, pelanggan akan terus memesan jenis makanan mengikut berat, sekiranya bukan harga tetap. Jika tiada mengikut berat yang ditetapkan, peniaga akan memberikan anggaran berat.

4. Pelanggan akan melakukan kira-kira sebelum bersetuju atau tidak dengan berat yang ditawarkan.

Menurut Zee Kin, tabiat melakukan kira-kira memang sudah terpahat di dalam DNA mereka. Untuk acara makan besar, kiraan bajet akan dibuat, barulah pesanan dan tempahan dilakukan.

Budaya ‘makan dahulu, bayar kemudian’ bagi beliau sangat bahaya kerana ketidakselesaan pada caj terlampau adalah tanpa kesalahan mana-mana pihak, cumanya akan berlaku akibat yang tidak sepadan dengan kehendak atau izin mana-mana pihak.

sumber: odisi. my

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*