Tvlar Gamabr Tokti Pakai Jam Tangan Bernilai Jutaan Ringgit, Sekali Iqbal Masuk Komen Bila Netizan Cuba Banding

” Dia layak memakainya.”

Demikian respons orang ramai mengenai video tular memaparkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dikatakan menggayakan seutas jam tangan bernilai lebih RM1 juta ringgit ketika hadir pada satu pertunjukan fesyen di ibu negara semalam.

Vdeo yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok itu memaparkan Siti melambaikan tangan dan kelihatan jam tangan mewah bertali berwarna merah itu dipakai pakai pada tangan kanannya.

Mnerusi perkongsian tersebut, pemilik akaun berkenaan turut meletakkan foto jam berjenama Richarcd Mille yang dipakai pelantun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu bernilai RM1.1 juta.

Meskipun isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa itu memakai barangan mewah, dia tidak dilemparkan sebarang kata-kata negatif daripada ntizen.

” Dia layak dan mampu, hasil usaha dia jugakan. Bertahun-tahun menyanyi.

” Siti ialah satu-satunya artis yang paling merendah diri dan tidak menunjuk-nunjuk dia kaya. Hormat dengan cayanya,” puji seorang peminatnya.

Dalam pada itu, turut menarik perhatian ramai ialah komen daripada bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Iqbal Zulkefli yang memberitahu Richard Mille juga antara jenama mewah kegemarannya.

” Siti memang sudah lama memakai jam tangan berharga ratusan dan jutaan ringgit. Ini antara jenama kegemaran saya,” ujarnya.

Untuk rekod, Kosmo! pada 12 Januari 2009 pernah melaporkan secara eksklusif Siti menerima seutas jam tangan mewah berjenama sama bernilai RM250,000 daripada suami tercinta sempena ulang tahun kelahirannya ke-30.

JAM TOK TI RM1 JUTA – IQBAL PUN TAK MAHU TERTINGGAL KERETAPI… DAKWA GEMAR JAM YANG SAMA

Gara-gara jam Datuk Siti Nurhaliza yang didakwa pengguna Tik Tok berharga RM1.1 juta, akhirnya Iqbal dilihat tidak dapat menahan rasa lantas memberi komen dimedia sosial. Dakwa lqbal, dalam satu komennya di TikTok itu… jam yang dipakai Siti turut menjadi kegemarannya.

“Datuk Seri Siti memang sudah lama pakai jam yang harga ratusan dan juta ringgit. “Ini antara brand kegemaran saya,” tulisnya penuh makna.

Sebelum ini, bekas pembantu usahawan Datuk Seri Vida itu juga pernah mempamerkan jam mewahnya bernilai lebih setengah juta ringgit apabila dia memuat naik sebuah video membeli dua jam jenama Hublot.

Komen usahawan yang kini bergelar penyanyi itu secara pantas telah menjadi perbualan netizen, khususnya peminat Siti Nurhaliza.

Siti Nurhaliza dikatakan wanita ke-3 terkaya di Malaysia

Sebut sahaja nama Siti Nurhaliza, pasti semua mengenalinya tidak kira usia muda, tua mahupun kanak-kanak.

Kariernya bermula pada tahun 1995 setelah memenangi Bintang HMI terbitan RTM dan sejak itu namanya terrus meningkat gemilang dan terbilang.

Kini Siti bukan saja bergelar penyanyi tersohor malah merupakan ahli perniagaan berjaya dengan produk kosmetik dan penjagaan kecantikan SimplySiti.

Memetik artikel beautifulnara bertarikh 17 Februari 2015, di mana Savemoney.com telah membuat artikel mengenai lima wanita terkaya di Malaysia dan Siti disenaraikan sebagai wanita ketiga terkaya di negara ini dengan anggaran aset sebanyak RM 50 juta.

Fuhh, sekiranya betul, tujuh keturunan makan tak habis tu. Siti telah menerima lebih 200 anugerah tempatan serta dinamakan antara dua jutawan dalam bidang hiburan di Asia Tenggara.

Menurut artikel itu juga, wanita terkaya di Malaysia ialah Puan Seri Lee Kim Hua, balu pemilik empayar Genting iaitu mendiang Tan Sri Lim Goh Tong dengan jumlah aset RM21.32 bilion.

Kedua ialah Datuk Seri Michelle Yeoh, pelakon yang terkenal dengan filem Crouching Tiger Hidden Dragon dengan anggaran kekayaan sebanyak USD 245 juta.

Wanita Malaysia keempat terkaya ialah bekas Miss Malaysia 1969, Pauline Chai yang menerima RM244,568 dari harta bekas suaminya setiap bulan yang merupakan seorang taikun United Kingdom, Dr. Khoo Kay Peng, bernilai RM2.3 bilion.

Wanita kelima terkaya Malaysia ialah Datuk Nicol Ann David dengan aset yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta hasil kemenangan dan kejayaan dalam kejohanan sebagai pemain skuasy nombor satu dunia.

Bangga bila ada wanita Melayu yang berjaya jadi puluh jutawan dan diiktiraf begini, apa lagi dalam industri hiburan.

Semoga Datuk Siti kekal berjaya dan dimurahkan rezeki dan menambah rezeki lagi. Mungkin berkat kemurahan hatinya selama ini. Tahniah.

Ni baru orang panggil kaya

Sumber:k0smo dan beautifulnara

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*