Dah Setahun ’ Tak Guna Duit Hijau RM5, Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Menabung Dengan Cara Ni

Untuk menabung wang bukan suatu yang mudah. Ada aje cabarannya termasuk ‘tershopping online’ dan membeli barang bukan keperluan.

Untuk menabung ni perlu displin yang kuat sebagaimana yang dilakukan oleh lelaki ini, Rusman Subang menerusi perkongsian di facebook miliknya.

Seterusnya ikuti cara yang telah dipraktiknya.

‘Lock’ duit hijau dari guna

Dah setahun aku takkan guna RM5 dlm berbelanja. Dapat duit baki warna hijau aku akan lock ketat2 . Aku belajar simpan dari satu blog
Ini caranya;

1.Kalau ada duit RM5 dalam beg duit elakkan dari berbelanja. Anggap je duit tak laku.

2.Kalau ada saja dalam beg 2 keping duit RM5 ambil semua dan simpan. Anggap dh beli jajan.

3.Kalau mahu berbelanja, pakai duit yang warna lain. Anggap warna hijau orang tak suka.

4.Lama-lama tidak akan terasa menyimpan wang RM5 kerana sudah terbiasa. Jadi bila nampam duit RM5 ini terus letak tepi, dan jangan pakai.

5.Hasilnya tabung sudan penuh, dikira jumlah bole la simpan dalam bank.

Kenapa RM5;

1.Susah nak dapat baki RM5.

2.RM5 tak besar tak kecik. Yg sedang2 saja.

3.Kalau RM1 lambat nak jadi banyak.

4.Kalau RM10 keatas nanti membebankan.

Tip Tambahan:

1.Amalan ini sesuai untuk orang yang boros. Jadi untuk berbelanja, gunakan saja duit warna lain dan bukan hijau.

2.Boleh juga untuk menyimpan wang warna lain atau ‘nilai’ mengikut apa yang disukai asalkan tidak membebankan.

Sumber: Rusman Subang

Di era globalisasi dan modenisasi ini, kebaikan amalan menabung dalam kalangan masyarakat tidak dapat disangkal lagi. Hal ini kerana kehidupan rakyat Malaysia dilihat kian terbeban dengan kos hidup yang meningkat. Masyarakat dilihat kurang memberi respon yang baik atau tidak berminat terhadap amalan menabung walaupun kaedah menabung masa kini adalah selamat dan terjamin berbanding masa lalu. Untuk mencapai kehidupan yang selesa, kita mesti bersedia secara fizikal dan mental tanpa mengabaikan aspek kewangan terutamanya.

Oleh itu, sebelum berdepan dengan pelbagai masalah di masa akan datang, kita mestilah membuat persiapan bijak seperti pepatah Melayu “sediakan payung sebelum hujan” agar kita tidak dilanda musibah dalam keadaan tidak bersedia. Wang yang kita perolehi melalui pekerjaan boleh disimpan di dalam bank atau juga tabung. Biarlah kita mula menabung atau menyimpan walaupun dengan jumlah yang sedikit pada awalnya kerana “Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”. Dapatlah dilihat bahawa amalan menabung sudah pasti memberi impak positif kepada kita pada masa depan.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*