Kereta Terbenam Dalam Kebun Sawit. Tapi Ini Pula Pemandunya Buat Hingga Dapat Perhatian Warganet.

Menjadi kelaziman dimana orang lelaki lebih tenang dalam menghadapi sesuatu perkara. Biasanya mereka akan mencari ilham seketika dengan pelbagai cara bagi menyelesaikan masalah yang sedang dihadapi.

Kereta terbenam, tapi semua tidur

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @megatrazak97 apabila memuat naik video rakannya yang juga pemandu sedang tidur walaupun kenderaan tersebut sudah terbenam.

Tenangkan diri dulu

Menerusi komen-komen yang dibalas oleh penggunya TikTok tersebut, keadaan cuaca ketika itu hujan lebat dan mereka pula berada di tengah-tengah kebun kelapa sawit.

Agak sukar untuk meminta bantuan, jadi mereka mengambil keputusan untuk tunggu sehingga hujan teduh dan tidur sebentar sambil-sambil mencari idea mengeluarkan tayar hadapan dari terbenam.

Kalau perempuan dh menangis kot

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet berasa terhibur walaupun bimbang akan keadaan pemandu dan penumpang kenderaan  berkenaan.Mereka juga mengakui andai wanita yang berada di situasi tersebut pasti sudah menangis kerana panik untuk menghadapi keadaan seperti itu.

Sumber: Ohmymedia/megatrazak97.

Kereta Hilang Kawalan Di Atas Lebuhraya. Tapi Ini Pula Pemandunya Buat Lepas Berlakunya Perkara Yang Tidak Diingini.

CUACA hujan lebat menjadi salah satu punca utama berlakunya perkara yang tidak diingini di jalan raya. Itulah yang terjadi kepada seorang gadis yang hilang kawalan sebelum terbabas ketika memandu sebuah kereta jenis Perodua Myvi.

Rakaman video yang dimuat naik oleh gadis berkenaan memaparkan keadaan kereta itu selepas berlakunya kejadian yang tidak diingini di kilometer 234.9 Lebuhraya Pantai Barat. Berkongsi cerita kepada mStar, Nur Hanani Hazlan, 18, berkata kejadian itu berlaku sewaktu dia memandu kereta milik teman lelakinya, Muhd Faiz Hakimi Mohd Fadzil, 20.

Gadis itu ditemani empat rakannya yang ingin berjumpa dengan kawan mereka yang berada di Beruas, Perak pada 28 September lalu.

“Masa tu saya memandu dengan empat orang kawan dari Setiawan ke Beruas… hujan lebat sangat dan saya pula memang sejenis yang tak boleh bawa kereta waktu hujan.

“Saya tak perasan ada lopak air, kemudian kereta hilang kawalan dan berpusing sampai terlanggar divider. Alhamdulillah kawan-kawan semua tak ada apa-apa, cuma seorang sahaja yang terluka pada bahagian bibir.

Nani (gambar kiri) memandu kereta milik teman lelakinya untuk bertemu rakannya di Beruas.

“Kereta pula ada beberapa kerosakan pada rim tayar dan cermin tingkap bahagian penumpang belakang belah kiri itu pecah,” katanya yang menetap bersama keluarganya di Station 18, Ipoh, Perak.

Mesra disapa Nani, dia berkata, perkara pertama yang terlintas di fikirannya selepas insiden itu adalah keadaan salah seorang rakannya yang sedang hamil tujuh bulan.

Mereka kemudiannya dibantu oleh seorang lelaki India yang menelefon ambulans untuk membawa rakannya yang tercedera ke Hospital Seri Manjung di Perak..

“Masa tu memang semua orang panik sebab risaukan salah seorang kawan kami yang sedang mengandung dan kereta masa tu berada di tengah-tengah highway.

“Nasib baik ada seorang abang India ni datang tolong tengokkan dan telefon ambulans, saya pula alihkan kereta ke tepi jalan. Sementara menunggu tu polis pun sampai.

Seorang lelaki berbangsa India (kiri) membantu mereka dengan menelefon ambulans.

“Tak lama kemudian Faiz pun sampai, nasib baik dia tak marah pun bila dapat tahu yang keretanya terbabas. Cuma risau je la kalau ada apa-apa yang terjadi pada kami.

“Lepas polis dah beredar barulah ambulans sampai, kawan saya yang mengandung dan luka di bahagian bibir tu dibawa ke hospital untuk buat pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya yang bekerja sebagai operator kilang di sebuah syarikat yang terletak di Gunung Rapat.

Bagaimanapun, apa yang membuatkan videonya meraih hampir 500,000 tontonan di TikTok ialah, Nani masih lagi terfikir untuk mengambil gambar outfit of the day (OOTD) selepas berdepan insiden mengerikan itu.

Gadis yang berasal dari Ipoh, Perak itu mengakui meminta rakannya Nur Irdina Faizal, 18, untuk mengambil gambar sementara menunggu trak tunda kereta sampai ke lokasi kejadian.

“Faiz yang tolong uruskan kereta untuk towing sebab kereta dia ada mendaftar insurans.

“Jadi kami yang lain ni tunggu je la, tiba-tiba saya terfikir macam lawa pula kalau bergambar dekat highway ni.

Pesanan saya untuk pemandu lain kalau ada rabun atau silau, tak boleh bawa kereta waktu hujan tu lupakan je la niat nak teruskan pemanduan.

“Lagipun kami sebenarnya memang ke Beruas sebab nak jumpa kawan dan rancang sesi ambil gambar, tapi tak dapatlah bila dah jadi macam ni. Saya pun minta Irdina tolong ambil gambar OOTD di tepi highway,” katanya sambil menambah, Faiz juga turut membantu mengambil beberapa keping gambar mereka.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, dia akan lebih berhati-hati selepas ini jika mahu memandu ketika cuaca hujan.

Nani juga menasihatkan pemandu lain supaya tidak mengambil risiko seperti apa yang dilakukan olehnya.

“Lepas accident nak kata serik tu tak la, tapi kalau nak masuk highway saya akan suruh orang lain je yang bawa kereta bila cuaca hujan.

Nani (baju hitam) mengajak rakannya untuk mengambil gambar di tepi lebuh raya sementara menunggu trak tunda kereta.

“Pesanan saya untuk pemandu yang lain kalau ada rabun atau silau, tak boleh bawa kereta waktu hujan tu lupakan je la niat nak teruskan pemanduan.

“Lebih baik kita bagi je orang yang lebih expert untuk bawa kereta waktu hujan lebat sebab benda macam ni memang tak dapat dijangka,” katanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber: mStar

Isteri Terpaksa Bersalin Disekatan Jalan Raya. Akhirnya Lans Koperal Tampil Bersura Dedahkan Cerita Sebenar Buat Ramai Yang Terkejut.

Kota Samarahan: Wanita selamat melahirkan bayi perempuan di dalam kereta dengan bantuan dua polis wanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Samarahan yang sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya (SJR) di Expressway Kuching – Samarahan, malam tadi.

Dalam kejadian 11.50 malam itu, wanita berusia 26 tahun berasal dari Kampung Semera Ulu, Asajaya bersama suaminya berusia 28 tahun melalui SJR ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak (HUS). Lans Koperal Noor Fatihah Azelam, 27, berkata, dia yang bertugas menjaga SJR bermula jam 4 petang hingga 12 tengah malam bergegas membantu selepas dimaklumkan seorang lelaki yang isterinya mahu bersalin.

“Selepas menghampiri kereta berkenaan, saya melihat wanita itu sudah melahirkan anak. “Saya membantu merungkaikan tali pusat yang berbelit di leher bayi itu,” katanya ketika dihubungi hari ini. Katanya, selepas itu dia dibantu rakannya, Koperal Perakson Jennie, 40, untuk menyelimutkan bayi berkenaan yang kesejukan menggunakan tuala.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Samarahan, Deputi Superintendan Sudirman Kram berkata, suami wanita itu yang berada dalam keadaan panik terus memandu ke arah SJR untuk mendapatkan bantuan. “Anggota kita mendapati wanita berkenaan sudah melahirkan anak dan membantu menyambut kelahiran bayi itu.

“Kebetulan seorang lagi anggota yang hendak melapor bertugas turut membantu menyelimutkan bayi menggunakan kain tuala yang dibawa,” katanya. Katanya, bayi bersama ibunya kemudian dibawa ke HUS untuk mendapat rawatan lanjut. “Allahuakbar. Sejarah tercipta semasa c0vid 19. Tahniah buat pasangan suami isteridapat baby dn terbaik utk dua anggota polis wanita yg boleh menjadi ibu angkat kpd baby tersebut. Nanti buat kenduri kesyukuran antaq nasi bungkus kt Ipd Samarahan”

“Jadi anggota polis ni, memang kena tahu byk skill kan, especially bila dtgnya kes~kes kecemasan mcm ni. Mcm anggota bomba jgk. Bukan sekadar memadam api aje, malah api kemarahan org tak betul mengamuk, api panahan cinta x dilayan lalu nk terjun bgunan, kucing atas bumbung x dpt nk turun, dan mcm~mcm lg.. Kumpulan cikgu jgn ceritalah… 1001 peranan yg mereka boleh act. Mcm~mcm skil mereka ada… Apa pun tahniah kpd seluruh anggota keselamatan negara Malaysia. Anda hebat!!!”

Berikut adalah beberapa tips bersalin secara normal yang boleh diamalkan oleh anda yang sedang mengandung.

1. KUASAI TEKNIK PERNAFASAN

Menjelang kelahiran, anda mesti menyimpan tenaga anda seberapa banyak yang boleh. Dengan cara ini, anda mampu membekalkan oksigen yang secukupnya kepada bayi anda untuk membantunya menghadapi stres semasa dilahirkan. Menurut BabyCenter, teknik pernafasan beritma boleh membantu menghadapi proses bersalin yang mudah.

Antara cara yang boleh anda praktis adalah seperti berikut:

Tarik nafas dalam kiraan 5, lepaskan dalam kiraan 8. Hembusan yang lebih perlahan adalah lebih bagus. Kekalkan ritma pernafasan ini. Jangan biarkan tarikan nafas menjadi lebih panjang daripada hembusan. Dalam keadaan apa sekalipun, hembusan nafas sepatutnya lebih panjang daripada tarikan nafas.

2. SENAMAN KEGEL / SENAMAN LANTAI PELVIK

Menurut laman web perubatan MayoClinic, senaman dapat membantu anda membina kekuatan dan stamina. Antara senaman yang paling disarankan adalah senaman Kegel atau senaman lantai pelvik kerana ia memfokuskan pada bahagian peranakan wanita. Cara melakukan senaman Kegel sangat mudah dan anda boleh melakukannya di mana saja, walaupun semasa menghadap komputer di pejabat!

Berikut adalah cara melakukan senaman Kegel:

Kemutkan otot plvis seperti tindakan menhan kencing. Tahan selama 5 saat. Lepas tu, anda lepaskan perlahan-lahan dan rehat. Ulangi 25 kali setiap satu sesi. Lakukannya 2-3 kali sehari. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman. Ia tidak diperlukan semasa senaman kegel ini dan boleh mengelirukan anda tentang otot sebenar yang anda kecutkan Senaman lantai pelvik juga boleh dilakukan dan amat bermanfaat untuk anda yang bakal melahirkan. Antaranya adalah posisi ‘The Bridge’ seperti dalam gambar di bawah:

3. CARA MENERAN YANG BETUL

Belajar cara meneran dengan betul adalah penting untuk mengelakkan koyakan perineum atau episiotomi. Anda perlu kekalkan pernafasan yang tenang dan tidak seharusnya meneran sebelum mendapat insyarat daripada doktor kerana ia boleh mencederakan bahagian perineum.

Ketika hampir bersalin, praktiskan posisi ini bersama suami. Ini kerana, mungkin anda akan panik dan suami boleh membantu untuk ingatkan kita teknik yang betul. Rapatkan dagu ke dada dan anda berkeadaan sama seperti udang membengkok. Biarkan belakang badan anda menyentuh katil. Fokus ke arah perut dan anda meneran dari abdomen dan ke bawah seperti diarahkan oleh doktor dan jururawat. Semasa datangnya kontraksi, tarik nafas dan teran selama yang boleh. Lakukan 2-3 kali dalam satu tempoh kontraksi.

Perlu diingat, meneran haruslah dari bahagian abdomen ke punggung seperti membuang air besar. Ketika kepala bayi mula kelihatan, teruskan meneran dan kawal perlahan-lahan untuk mengelakkan koykan besar. Elakkan mengangkat punggung ketika meneran kerana ia boleh mengakibatkan koyakan! Pegang pergelangan kaki agar punggung tidak terangkat ketika meneran.

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami

sumber: hmetro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*