Janna Nick sendiri terkejut raih 86 juta undi, akhirnya dia jelaskan dari mana undi tersebut datang

KEJAYAAN pelakon Janna Nick merangkul gelaran Bintang Paling Popular menerusi Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-34 (ABPBH34) seperti tidak diiktiraf netizen hingga ada yang mempertikaikan kesahihan lebih 86 juta undi yang diperolehnya itu.

Dianggap seperti peribahasa rumah siap tapi pahat berbunyi, Janna atau nama sebenar Nurul Jannah Muner, 26, trending di Twitter gara-gara netizen melahirkan rasa kurang senang dengan angka 86,374,777 undi yang diterimanya.

Namun hakikatnya bukan sahaja orang ramai, Janna sendiri melahirkan rasa terkejut dengan keputusan luar biasa itu.

Bagaimanapun kata Janna angka berkenaan juga mungkin disebabkan para peminatnya dari negara jiran yang turut serta melalukan undian secara dalam talian.

“Saya memang sangat terkejut apabila dapat tahu keputusan ni, perkataan pertama keluar dari mulut saya ialah Astaghfirullahalazim.

Antara komen netizen di Twitter.

Janna Nick Jawab Dari Mana Datang Undian

“Terlalu banyak sangat, saya pun tak percaya dengan jumlah undian tersebut. Tapi mungkin dari negara jiran kot,” katanya menerusi sidang media secara maya pada tengah malam Ahad.

Tambah Janna yang turut merangkul trofi Pelakon Filem Wanita Popular dan Pengacara TV Popular, kejayaan dia itu sudah tentu hasil daripada kerja keras kelab peminatnya dikenali sebagai Janna Nicker.

Saya yakin fan club merasakan kesedihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan.

“Saya yakin fan club merasakan kesedihan dan rasa kecewa seperti yang saya rasakan.

“Saya rasa mereka balas dendam dan luahan rasa mereka kepada saya supaya jangan putus asa. Saya sangat terkejut dengan apa yang mereka buat ni,” katanya lagi.

Peminat Boleh Buat 35 ribu undian, sekali tekan

Menurut Janna lagi, dia melahirkan rasa agum dengn fan club sehingga mampu meletakkan beliau selaku juara

“Undian itu bukan seperti pilihan raya, mana-mana peminat yang membei telefon xiomi, mereka boleh megundi 35 ribu undi sekali tekan” Jelas Janna ketika di wawancara oleh Hot FM

Janna turut merangkul anugerah Pencara TV Popular dan Pelakon Filem Wanita Popular.

Tinjauan pihak Kecoh Ape di Twitter mendapati rata-rata netizen hairan bagaimana Janna mampu meraih undi sebanyak itu walaupun dia terpalit dengan beberapa siri kontroversi sepanjang tahun ini.

“Dia miliki peminat yang macam mana? Bagaimana anda undi dia sebanyak 86 juta kali? Sejujurnya saya sangat terkejut!

“Janna Nick buat ABPBH jadi bosan, maafkan saya. Permainan populariti begini sudah tiada prestij.

“Tahun ini dia sumbangkan lebih banyak kontroversi berbanding kerja seni. Pada era ini orang memilih bukan berdasarkan kebijakan sebaliknya perang sesama peminat,” kata beberapa netizen di Twitter.

Dalam pada itu Janna berkata kejayaannya itu akan dijadikan pembakar semangat untuk dia terus terlibat dalam bidang seni.

“Rasanya ini juga memberi semangat untuk saya. Saya akan gunakan platform saya untuk menginspirasikan orang ramai dan menyebarkan perkara positif.

“Saya nak buang Janna Nick yang dulu… yang selalu terpalit dengan kontroversi. Saya rasa ini adalah peluang untuk saya mulakan balik kerjaya,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*