Sering Diuji Dengan Perkara Mistik,Penampilan Terkini Ustaz Kazim Elias Mengenakan Bedak Sejuk Menjadi Tanya Tanya Ramai Pihak,Ini Sebab Kenapa

Sebelum ini pendakwah bebas terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias ada mendedahkan beberapa perbuatan mistik yang ditujukan kepadanya sehingga menganggu kerja-kerja dakwah yang dijalankan.

Ini termasuklah, kaki dan perut membengkak, keluar jarum berkarat dan yang lebih teruk ada pihak yang sanggup menyimbah cuka getah kepadanya.

Terbaharu, Ustaz Kazim memkalumkan kini mukanya pula diserang rasa pedih yang melampau sehingga terpaksa tampil mengenakan bedak sejuk ketika sesi temu bual bersama Dai’ Ahmed Ibrahim menerusi akaun Facebooknya.

“Saya sendiri tidak tahu apa yang berlaku pada muka saya. Kalau nak kata alahan ni dah berhari-hari dah… Tapi, yang peliknya kalau alahan seluruh badan, tapi ni kat muka je dan tak berlaku ditempat lain.

“Dan, kalau alahan berlaku di muka selalunya seseorang itu akan alami kesukaran bernafas tapi saya boleh bernafas, boleh bercakap. Cuma rasa pedih sahaja sebab dia luka lepuh-lepuh,” katanya.

Menurutnya, bedak sejuk dan bedak geliga yang digunakan adalah untuk mengelakkan mukanya dari terkena air dan berasa panas kerana boleh menyebabkan kepedihan melampau dan luka.

“Sekarang luka lepuh ni kalau tarik dia luka pula. Bibir saya pula dulu merah sekarang dah bertukar jadi hitam dan pecah-pecah. Dah jumpa doktor pun tapi doktor pun pelik sebab darah saya normal.

“Adalah tak bagi keluar televisyen atau media sosial ke… biarlah, InsyaAllah mudah-mudahan cepat sembuh,” jelasnya.

Malah, sesi temubual yang dikongsikan oleh Dai’ Ahmed menerusi akaun TikTok miliknya kini meraih lebih 277,000 tontonan dan rata-rata peminat Ustaz Kazim mendoakan agar dugaan dan ujian yang dihadapi oleh pendakwah terkenal ini segera mendapat kesembuhan.

Apapun, semoga Ustaz Kazim Elias diberikan kesembuhan dan digantikan rasa sakit dengan kebahagian dan pahala yang berganda-ganda. Insya-Allah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*