Gambar sekadar hiasan. Terima kasih kerana membaca artikel kami ini. Mohon kongsi jika bermanafaat dan mohon maaf jika ada tersilap dan salah.
Slm admin. Saya nak mengadu sikit min. Suami saya kaki pancing. Setiap hari dikatakan memancing. saya pon nek fed up la tengok diri dia yang asyik nak mancing2. yang pelik nya dia kalau mancing sorang2 je bila saya tanya nak mancing kat mana dia cakap kat sungai belakang tempat dia kerja.
Tapi tiap2 hari dia bawak balik ikan siakap min. Ikan siakap ade ke kat air tawar min? tu yang saya hairan tu. Saya tanya dia mana dapat ikan ni? tak kan dapat ikan siakap je hari2. Dia cakap dia mancing la.
tapi saya perati je dulu. Tiap kali dia mancing telefon dia akan off.. tu y saya syak y dia bukan pergi mancing. Tapi pergi kemana pon tak tahu. Saya sebagai isteri yang sayang kan suami saya juga perlu selidik dengan lebih teliti akan tingkah laku suami saya. ye la hidup maati dengan dia. Tido sama makan sama.
nak dijadikan cerita min pagi tu saya nak buat operasi besar besaran nak follow laki saya senyap2 min betoi ke dia pergi mancing. Pagi2 saya dah rancang nak follow dia dalam keadaan senyap2 di belakang dia. Waktu dia nak pergi terus saya perhati kan dulu dlm 100 meter saya pon start motor min sanggup saya dalam keadaan hato bedebar2 follow laki saya redah hutan punya pasai.
Sampai je kat sungai betollah min laki saya btoi2 mancing. Alhamdulillah saya rasa hati saa y bedebar2 seakan2 terasa senang. saya ada pantau juga keadaan sekeliling yela takut ada perempuan tunggu ke apa ke. Alhamdulillah takdak.
Saya nak balik je tapi tibe2 tergerak hati min nak tgu situ sampai laki saya abes mancing.. lama juga la tgu dekat belakang pokok sawit nak ngintai laki punya pasal. nyamuk2 jangan cakap la min abes badan digigit nyamuk kepala hitam. nak ngintai laki punya pasai. Kalau korang dok dlm situasi ak pon mesti korang akan rasa dan akan buat macam tu.
Kan? tup2 dlm 3 jam juga laki aku berdiri dan batang pancing dia pendekkan menandakan y dia dah tak nak pancing. aku pon senyap2 tengok dia pastu dia start moto ak pon follow je kemana dia pergi.
Masa aku ekori dia tibe2 dia singgah dekat pasar aku terkejot rupa2 nya ikan yang aku makan hari2 dia beli min kat pasar tani. bukan dari dia mancing ya allah luluh hati aku. sanggup dia tipu aku yang siakap dia dapat tu bukan nye dia mancing. Tapi dia beli minnm.
Trus ak beredar dri situ dgn perasaan kecewa min. Selama ni yang aku makan ikan siakap dia hari2 rupenye dia beli min. Apa perlu ak buat min. perlukah aku ambik btg mancing laki ak ketok kt kepala dia? ak buntu min.bharap coretan saya menjadi iktibar dimata kita semua.
Reaksi warganet :
Shafiqah Shari : Husband aku pun kaki pancing. Setiap kali nak mancing mesti dia akan ajak aku. Kalau dia tak ajak, aku yang offer diri nak ikut walhal aku sendiri tak reti mancing. Tunggu je sampai dia habis pancing.
Mancing ni sebenarnya satu hobi. Kalau kita yang isteri ni suka shopping atas sebab untuk release stress, macam tu jugak dgn suami kita. Bukan setakat hobi je, mancing dalam keadaan tenang pun boleh buat si pemancing jadi relax.
Untuk TT, ikan siakap tu harganya mahal. Bersyukur lah awak boleh makan siakap hari2 sedangkan ada orang makan telur hari2. Fikir, dia mancing tak dapat ikan, tapi dia sanggup beli siakap hanya untuk awak. Mungkin dia tak nak awak fikir bukan2. Lagi satu, kalau rasa hati tak tenteram boleh join suami ikut mancing. Best sebenarnya tengok bila lama tunggu lepastu dapat ikan. Berbaloi walaupun tunggu lama.
Ainol Ain : Ehh. Jgn patahkan kak. Sebenarnye memancing ni lepaskan stres die. Die nak cite kat akak tu masalah tp x tau nak mule cm ne,
Ikan tu die beli sebab x nak dengar akak marah. Kalau akak nak tengok laki akak dok umah n kurang memancing,, akak try borak2 ngan die, bg die selesa nak luahkan ape2 ngan akak.
In sha allah kalau suami akak bercerita ngan akak in sha allah die sendiri yg gantung pancang. Tp sesekali die akan g mancing..
Jgn kacau n marah minat die,, sebab tu pelepas stres die,
Suami sy pun kaki mancing, selalu suh die mancing, die pun selesa nak cite bab2 mancing, dapat x dapat belakang cite.
Miyu Kenci : Next time pergi mancing .. kau pesan kat dia selain beli siakap tolong beli ikan senohong, gelama ikan duri.. bercakap bohong lama2 mencuri. Pastu kau blah…
Kalau dia tanye.. kau cakap sedap ikan siakap tu bang… ada 3 rasa kat kedai tuttt.. pastu diam je.. tak payah bgtau apa2 dah..
Tak rugi pun dapat ikan siakap.. kalau muak kau jual je.. boleh dapat duit.
Sumber : KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Leave a Reply