Tak rasmi: BN menang. Tapi kerusi di menangi PN memang tak sangka

BN dijangka menang dalam pilihan raya negeri Melaka dengan majoriti menyakinkan.

Pakatan Harapan (PH) dijangka hanya mengekalkan kira-kira separuh daripada 15 kerusi yang dimenangi dalam pilihan raya umum 2018.

Perikatan Nasional (PN) pula dilihat hanya mendapat satu kerusi, selain hilang wang pertaruhan di dua kerusi

Mas Ermieyati tewas Tanjung Bidara

MELAKA: Calon Ketua Menteri PN, Datuk Mas Ermieyati Samsudin tewas apabila memperoleh 3,195 undi berbanding calon BN, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

Dalam keputusan tidak rasmi, Ab Rauf mendapat 3,558 undi manakala calon PH, Zainal Hassan (489).

Perkembangan itu sekali gus Ab Rauf menang menewaskan Mas Ermieyati.

PRN Melaka: Peratusan undi rendah, BN ada kelebihan

Peratusan mengundi yang rendah mungkin akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.

Menurut penganalisis politik Prof Dr Siva Murugan Pandian, sehingga jam 2 petang Sabtu, peratusan semasa pengundi yang keluar menunaikan tanggunjawab mereka di Melaka adalah masih rendah.
Itu katanya, mungkin akan memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional (BN) untuk memenangi PRN kali ini berdasarkan kelaziman sebelumnya.

“Kalau nak dilihat gelagat pengundian, sudah pasti mahu tidak mahu kita tidak boleh elak daripada bercakap tentang garis pengundi bandar, pengundi luar bandar, garis etnik pengundi Melayu, Cina dan lain-lain. Dan saya melihat bahawa itu yang akan menentukan siapakah yang sedang mendahului dan siapakah yang akan menjadi pemenang mutlak.

“Dengan peratusan yang rendah, lazimnya dikatakan Barisan Nasional (BN) mempunyai kelebihan berbanding dengan Pakatan Harapan (PH). Dan kalau kita lihat kepada 2018, untuk kita mahu jadikan sebagai nota kaki, sekitar 82 peratus memihak kepada Pakatan Harapan,” katanya kepada Astro AWANI.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan faktor terhadap peratusan mengundi yang rendah yang sedang berlaku di PRN Melaka ketika ini adalah disebabkan oleh keadaan politik semasa negara yang membuatkan rakyat masih muak untuk melayani kerenah ahli politik.

Bagaimanapun katanya, PRN Melaka tidak boleh dibandingkan dengan Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu kerana isu yang berbeza, pendekatan yang digunakan berbeza dan strategi yang digunakan oleh semua parti politik juga adalah berbeza.

Tetapi tambah beliau PRN Melaka akan memperlihatkan banyak signifikan yang menarik untuk diketengahkan terutamanya membabitkan aspek pasca pilihanraya khususnya kerjasama politik baharu yang mungkin akan terbentuk nanti.

BN dikatakan mempunyai kelebihan jika peratusan mengundi rendah. – Astro AWANI

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*