Kuala Lumpur: Walaupun kelibatnya dilihat dalam gambar majlis yang dikatakan pernikahan pelawak popular, Tauke dengan seorang wanita yang tular hari ini, tetapi penyanyi, pelakon dan pelawak, Acong Sweetchild mendakwa dia sudah lama tidak berjumpa Tauke.
Acong atau nama sebenarnya Ahmad Fauzi Manat ketika dihubungi berkata, dia tidak tahu menahu mengenai majlis itu kerana sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2021.
“Alamak! Saya tidak tahu kerana sudah lama tidak berjumpa dia (Tauke). Saya kini sedang sibuk dengan program Maharaja Lawak Mega (MLM)”.
Penyanyi kumpulan Sweetchild itu diajukan mengenai gosip pernikahan Tauke kerana kelibatnya berbaju Melayu hijau dilihat di dalam masjid bersama pelawak itu.
Menguatkan lagi telahan itu apabila gelang yang sering dipakai Acong turut berada di tangan lelaki berbaju hijau itu.
Sementara itu, cubaan Harian Metro menghubungi Tauke dan isterinya, Nadia Mohd Affendi bagi mendapatkan pengesahan mengenai perkara itu tidak berjaya apabila mereka tidak menjawab panggilan telefon dan membalas mesej WhatsApp.
Malah, ketika wartawan menghubungi Nadia, Tauke yang menjawab panggilan itu. Bagaimanapun, dia meletakkan telefon sebaik saja namanya dipanggil.
Terdahulu, beberapa gambar pelawak popular, Tauke menggayakan baju Melayu putih lengkap bersamping bersama seorang wanita berbaju kurung dan bertudung putih seperti selesai bernikah tular di media sosial, hari ini.
Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria didakwa sudah mendirikan rumah tangga dengan seorang wanita bernama Shu menerusi beberapa video yang dimuat naik
Video Tauke bersama seorang wanita tular di laman sosial.
Tauke Jambu kahwin lagi? Video TikTok cetus tanda tanya, wanita bernama ‘Shu’ jadi pilihan
TIADA angin tiada ribut tiba-tiba nama pelawak Tauke Jambu menjadi sebutan netizen selepas tular video seorang lelaki miripnya dengan wanita berpakaian serba putih seperti pasangan pengantin.
Rakaman video pendek memperlihatkan Tauke bersama wanita itu di muat naik oleh seorang pengguna di aplikasi TikTok sebelum ia dikongsi semula di Instagram.
Pemilik TikTok berkenaan turut menulis ucapan tahniah kepada pasangan pengantin dan mendoakan semoga wanita itu bahagia bersama suami tersayang.
“Congratulations Shu (nama pengantin perempuan), semoga awak bahagia. Berakhir sudah perjuangan saya… saya harap awak jadi isteri yang baik disamping suami pilihan awak,” kata individu berkenaan.
Usaha mStar mendapatkan penjelasan lanjut daripada Tauke atau nama sebenarnya Zamratul Amri Zakaria, 45, tidak berjaya apabila mesej dan panggilan tidak berjawab.
Tular video Tauke Jambu dikatakan berkahwin lagi.
Menjengah laman Instagram miliknya, rata-rata netizen meninggalkan komen mahu mendapatkan kepastian mengenai perkara itu.
Jika dilihat pada posting terkini, Tauke memakai baju Melayu teluk belanga putih dipercayai pakaian yang sama dipakainya seperti dalam video yang dikongsikan di TikTok.
Netizen dan banjiri ruangan komen
Sehubungan dengan perkongsian berkenaan, rata-rata netizen yang terlihat video tersebut telah membanjiri ruangan Instagram Tauke dengan bertanyakan perihal kesahihan video yang mirip pelawak tersebut.
Kahwin lagi ke?
Walau bagaimanapun, ada juga yang menjangkakan Tauke sedang menjalani pengambaran drama dan scene tersebut adalah berkaitan pernikahan.
“Aku datang sini sebab TikTok! Betul ke Tauke dah kahwin?
“Alhamdulillah syukur kalau abang Tauke dah kahwin, selamat pengantin baharu.
“Shooting kahwin ke tu? sampai ke sini orang serbu sebab video TikTok,” komen netizen.
Pada tahun 2019, Tauke menafikan dia menceraikan isterinya Nadia Mohd Affandi melalui rakaman suara yang dihantar dalam aplikasi WhatsApp seperti didakwa isterinya pada Januari tahun itu.
Difahamkan, keretakan rumah tangga mereka berpunca daripada orang ketiga apabila Tauke dikatakan curang dengan seorang wanita.
Bagaimanapun, hubungan perkahwinan mereka masih utuh dan menjalani kehidupan rumah tangga seperti biasa.
Tauke dan Nadia berkahwin pada 9 Disember 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Zamatul Khayla Aydina, 3.
Leave a Reply