“Lirik Ditukar pada lagu Buih Jadi Permaidani..” – Saari Amri Luah Sesuatu pada Artis Indonesia (ZIDAN, ADLANI RAMBE, VALDY NYONK)

Komposer, penulis lirik dan penerbit album Malaysia, Saari Amri, atau Saari Bin Jusoh, yang popular dengan koleksi lagu-lagu popular yang terus menjadi siulan sehingga kini antaranya Madah Berhelah (Ziana Zain), Di Sana Menanti Di Sini Menunggu (Ukays), Butakah Cinta (Spring), Suci (May), Ramalanku Benar Belaka (Umbrella), Sembilu (Ella), Lamunan Terhenti (Aris Ariwatan), Gerimis Mengundang (Slam), Mengintai Dari Tirai Kamar (Exists), Penantian (Black Rose) dan banyak lagi kini aktif di aplikasi Youtube memberikan reaksi terhadap video nyanyian ‘cover’ oleh warga Indonesia yang dikenali sebagai Zidan dan Nabila.

Lagu yang dinyanyikan itu bertajuk Buih Jadi Permaidani yang pada asalnya melodi Mengintai Dari Tirai Kamar yang ditukarkan liriknya.

Tambahan lagi, Saari mengucapkan terima kasih dan rasa terharunya kerana lagunya menjadi pilihan mereka dan mengatakan suara mereka mengalunkan lagu tersebut sungguh enak dan merdu.

Banyak antara lagu-lagu ciptaannya menjadi pilihan oleh masyarakat Indonesia dan dia berasa teruja dengan sambutan baik daripada penggemar karya muziknya.

Lihat juga apa kata orang ramai mengenai klip yang dikongsi oleh Saari Amri:

“Saya warga indoneaia penggemar lagu2 ciptaan Saari Amri pasal lirik dan nadanya sangat bagus dan berkata mutiara.. dari lagu Slam, Nike Ardilla, UKS, Exis dll…semua lagunya sangat terkenal diindonesia sepanjang masa..terima kasih bang Saari Amri sudah bikin orang terhibur, semoga abang sihat2 selalu dan terus berkarya ciptakan lagu berikutnya.. sebelum saya tak tahu siapa Saari Amri, baru sekarang saya lihat wajahnya…”

“sukses selalu dan sehat sllu abg Saari Amri… salam dari Indonesia… semua ciptaan abg saari amri termusuk yg populerkan oleh artis lagendaris slow rock indonesia tepatnya almarhum nike ardilla. sangat mantap di dengar. bahkan yg di bawakan oleh artis2 malaysia. saya suka dengarin karya abg… skrg lagi viral (REZA) suara yg mirip almarhum nike ardilla…. kami warga indonesia sangat menghargai berharap agar abg SAARI AMRI bisa menciptakan lagu buat gadis yg sangat mirip suaranya dengan almarhum teh nike… kami sangat merindukan suara itu setelah terkubur 26thn lamanya kini suara itu kembali lagi….. i love Malaysia. salam dari Indonesia…”

Ramai rakyat Indonesia yang menyokong karya muzik dari Malaysia dan telah banyak lagu-lagu dari Malaysia yang menjadi siulan di negara seberang, begitu juga di negara kita.

Datuk Seri Siti NUrhaliza antara penyanyi yang begitu terkenal di Indonesia manakala Datuk Rossa antara penyanyi yang dikenali di negara kita dan ramai lagi penyanyi yang melebarkan sayap di negara jiran.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sumber: Youtube Saari Amri

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*