Selamat Melahirkan Cahaya Mata Keempat. Aeril Zafrel Dan Wawa Zainal Masih Belum Dedahkan Jantina Anak.

Pelakon dan usahawan popular, Wawa Zainal selamat melahirkan cahaya mata keempat di sebuah pusat perubatan awal pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi menerusi laman Instagram miliknya dengan memuat naik sekeping foto bersama bayi yang belum didedahkan jantinanya dan suami, Aeril Zafrel di atas katil hospital.

“Alhamdulillah selamat melahirkan pagi tadi… pukul 2 pagi menahan sakit tak sampai hati nak kejut Aeril.

“Tunggu la sampai pukul 5 pagi, sampai-sampai hospital dah sembilan sentimeter (bukaan).

“Lain macam sakit dia walaupun anak keempat dah,. Nama belum ada, ada cadangan ke?” katanya menerusi laman Instagram.

Menerusi perkongsian suaminya yang juga pelakon, Aeril atau nama sebenarnya Suhairil Sunari turut berkongsi foto bersama bayi berkenaan selain mengucapkan terima kasih atas doa orang ramai.

Dalam perkongsian itu bagaimanapun Wawa tidak menyatakan jantina bayi mereka.

Sementara itu suaminya Aeril pula mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kelahiran anaknya itu.

Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya! ujarnya.

“Assalamualaikum anakku… terima kasih semua atas doa-doanya,” tulisnya.

Sebelum ini, warganet cuba meneka jantina bayi pasangan tersebut yang mungkin menimang anak lelaki berdasarkan foto penampilan bertemakan biru ketika bercuti di Pulau Langkawi.

Sebelum itu, Aeril memberitahu isterinya mengalami kontraksi hendak bersalin dan kelahiran itu awal seminggu daripada jangkaan.

“Pagi ini tiba-tiba bayi nak keluar (bersalin). Awal seminggu dari tarikh yang diberikan (tarikh jangkaan bersalin). Doakan semuanya selamat,” katanya.

Dalam muat naiknya itu, Aeril berkongsi gambar menunjukkan Wawa terbaring di atas katil hospital dalam keadaan seperti sedang menahan kesakitan.

Wawa atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkahwin dengan Aeril pada 2013 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, 7, Hayla Maghfiratul Adzkiyaa, 5, dan Ayya Soffya yang kini berusia setahun.

Sumber: Instagram Wawa Zainal & Aeril Zafrel.

Wawa Zainal Terpaksa Ke Hospital Seminggu Awal Bila Kandungannya Dah Mulai Tunjuk Tanda. Sekali Ini Keadaan Terkini Wawa.

Pelakon wanita terkenal, Wawa Zainal atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin, 30 yang sarat hamil 9 bulan telah dimasukkan ke hospital selepas mengadu sakit hendak bersalin awal pagi tadi. Hal tersebut dimaklumkan sendiri suaminya iaitu aktor kacak Aeril Zafrel menerusi ruangan Instagramnya dengan meminta doa daripada semua agar isteri dan anak keempatnya selamat dilahirkan. Menurut Aeril, sepatutnya tarikh untuk Wawa Zainal bersalin adalah minggu depan namun memerusi kapsyen secara berseloroh, pelakon tersebut menyatakan yang anak mereka sudah tidak sabar untuk keluar.

Semoga urusan dipermudahkan

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah tinggalkan komen dengan mendoakan agar segala urusan Wawa untuk bersalin dipermudahkan dan ibu serta anak berada dalam keadaan sihat.

Keadaan macam ni memang sakit

Semoga ibu dan baby sihat

Sumber : Oh My Media

Ada Yang Tak Senang Duduk Bila Tengok Aeril Zafrel Manjakan Isteri. Sampai Kan Ada Warganet Yang Komen Macam Ni.

Pelakon Aeril Zafrel tampil berkongsi komen yang ditulis seorang pengguna di media sosial mengenai kehidupannya bersama Wawa Zainal. Dalam komen tersebut, pengguna yang dikenali sebagai ‘nurulfarhana meow’ itu menyifatkan Aeril terlalu manjakan Wawa dan menyeru orang ramai agar tidak mengikut cara sedemikian.

Malah, kata pengguna berkenaan, Islam tidak mengajar lelaki untuk memanjakan golongan wanita sepertimana pasangan itu lakukan. “Kalau boleh jangan ikut Aeril dan Wawa ni. Maaf. Tapi Aeril terlalu manjakan bini dia.”Islam tak pernah ajar lelaki untuk manjakan wanita sampai begitu.

Islam hanya menyuruh lelaki menjadi pelindung wanita.”Dahlah manja, kalau kaya nak bilang orang. Nak bina masjid nak tunjuk-tunjuk. Itu riyak namanya. Sorrylah Aeril I am not your fan,” tulisnya.Aeril berkongsi perkara tersebut dengan kapsyen; Betul ker kita tak boleh manja dan hanya jadi pelindung je. Contoh: Buat-buat pandai.”

Hal tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada pengikut Aeril di Instagram yang rata-ratanya tidak bersetuju dengan pandangan pengguna terbabit.Malah, ada yang mengandaikan pengguna itu cemburu dan tidak mendapat cukup kasih sayang.

Baik Betul Wawa Zainal Ni. Nekad Nak Raikan Kejayaan Pelajar Spm Dengan Bagi Reward Sebanyak Rm200. Tapi Minimum Kena 7A Keatas.

Bagi meraikan kejayaan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang menerima keputusan cemerlang semalam, pelakon dan usahawan muda, Wawa Zainal dengan baik hati memberi ganjaran sebanyak RM200 seorang. Wawa secara rawak menerusi akaun Instagram (IG) miliknya meminta pelajar SPM yang cemerlang menerima 7A ke atas untuk menunjukkan keputusannya di mesej peribadi untuk diberi hadiah saguhati tersebut.

“Congratulations my adik-adik yang dapat result SPM tadi. Siapa dapat 7A? Meh DM (mesej peribadi) Kak Wawa result sebab nak bagi reward. “Minimum 7A ok! PM result adik-adik. Kena tunjuk result baru dapat ok. Kak Wawa bagi RM200,” katanya di Insta Story. Lewat malam tadi menerui kemas kini terbaharunya, Wawa memuat naik foto bukti pemindahan RM200 ke beberapa akaun bank yang dipercayai pelajar cemerlang yang dipilihnya.

Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji caranya dalam memberi reward atau ganjaran kepada pelajar cemerlang. “Alhamdulilah semoga murah rezeki…”- puji salah seorang pengikutnya. Wawa mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aeril Zafrel dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: GEMPAK

Disebabkan Aeril Zafrel kerap TikTok dengan Hayla sekali ada pula yang bertanyakan anak lelakinya. Dengan tenang Aeril tampil dedahkan sesuatu soal anak lelakinya.

Keluarga selebriti, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal bersama tiga orang anaknya iaitu Ahmad Fakhruddin Attar, Hayla Maghrifatul Adzkiyaa dan Aya Soffya sering menjadi perhatian ramai. Pasangan sama cantik sama padan ini bersama tiga cahaya mata comel itu mengundang ramai seronok mengikuti perkembangan mereka sekeluarga yang bukan sahaja Aeril Zafrel dan Wawa Zainal sahaja yang sporting malah anak-anak mereka juga.

Walau bagaimanapun, nampaknya selepas Aeril Zafrel memuat naik video TikTok terbaharu bersama anak keduanya, Hayla mengundang tanda tanya mengenai anak lelaki, Attar pula. Bagi sesetengah peminat Aeril Zafrel akui merasa tertanya-tanya mengenai hal itu berikutan lebih sering melihat dia bersama anak perempuannya.

Sehubungan Aeril Zafrel memuat naik satu rakaman video baharu dia bersama Hayla membuat rakaman TikTok bersama, peminatnya mengutarakan pertanyaan terbabit diruangan komen menerusi posting terbabit. Pun begitu, Aeril Zafrel sempoi membalas pertanyaan mengenai anak lelaki kepada peminat-peminatnya dimana dia tinggalkan komen positif sehinggakan sikapnya itu dipuji ramai. “Maaf Aeril, jarang sekali nampak Aeril bersama anak lelaki bertiktok, bergurau or bermain-main ya. Maaf ya”

“Ooo patutlah. Nak tahu juga, terima kasih sudi bagitahu. Memang ada anak-anak payah nak ajak depan kamera ni”

Sumber :http://www.terengganutv.bbn.my/

Buat hal betul pesakit covid 19 di Maeps. Sampai ada yang dah dapat kebenaran balik tapi tak mahu balik.

PANAS, aircond terlampau sejuk, bersesak-sesak – ini antara luahan negatif yang seringkali dikongsikan pesakit Covid-19 yang ditempatkan di pusat-pusat kuarantin dalam negara. Namun Muhammad Nazirul Hakim Arman, 26, mempunyai sisi yang berbeza untuk dikongsikan.

“Makan sedap, tak nak balik! Hari-hari menu kayangan, ” tulisnya di video TikTok lengkap dengan #makansedap dan #nursecantik sebelum posting itu menjadi tular. Nazirul yang menjalani tempoh kuarantin di Pusat Kuarantin dan

Rawatan Covid-19 (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (Maeps) di Serdang turut berkongsi video yang memaparkan antara lain, suasana dewan yang menjadi tempat tidur pesakit, barisan panjang untuk ke bilik mandi dan kemeriahan setiap kali waktu makan.

“Dekat sini kita dapat kawan baru, dan yang paling saya tak sangka makanan dekat sini semua sedap-sedap. “Contoh dua tiga hari ni kita makan nasi tomato sedap sangat, lauk macam-macam, ada ikan tongkol, ayam masak merah, ikan goreng, memang berselera dekat sini.

“Tepi katil kita ada meja panjang jadi bila waktu makan, kami akan makan beramai-ramai, memang seronoklah, ” katanya ketika dihubungi mStar.

Antara makanan yang dihidangkan di Pusat Kuarantin Maeps. Tambah Nazirul pesakit yang beragama Islam juga berpeluang untuk menunaikan solat secara berjemaah setiap hari.

Pesakit covid-19 yang beragama islam berpeluang bersama-sama menunaikan solat secara berjemaah. Dengan adanya rakan-rakan pesakit yang peramah serta prihatin secara tidak langsung membantunya melawan penyakit yang setakat ini telah mengrbnkan hampir 3,000 nywa di Malaysia.

“Semuanya bergantung kepada individu, kalau sebelum datang sini kita dah letak mindset negatif kita akan sakit, maka automatik kita akan sakit, sama juga kalau kita rasa kita akan tak gembira, kita pun jadi tak nak bergaul dengan orang.

“Saya Alhamdulillah, walaupun ada simptom tapi tak teruk, memang masuk tu ada demam, sakit tekak tapi bila ada kawan-kawan sekeliling sedikit sebanyak lupa rasa sakit tu, ” katanya yang berkerja sebagai ‘content creator’.

Dia turut memuji pihak barisan hadapan yang dilihat menjalankan tanggungjawab sepenuhnya dengan penuh komited. “Mereka komited untuk bantu pesakit dari saat pesakit sampai sehingga pulang.

Saya sendiri agak risau sebab saya dibawa oleh ambulans dari Sabak Bernam, jadi apabila saya dijangka dibenarkan untuk pulang, saya dimaklumkan bahawa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia tidak menyediakan pengangkutan pulang.

“Ramai yang balik menggunakan Grab, bila saya tengok tambang dari sini ke Sabak Bernam RM250 dan itu satu angka yang sangat besar bagi saya.“Saya maklumkan kepada perawat di sini dan saya dijangka akan dihantar pulang ke rumah dengan ambulans, “ katanya yang dibenarkan keluar dari pusat kuarantin pada hari ini (Rabu).

Lepas Sungai Buloh Kini Giliran Hospital Selayang Pulak Terpaksa Sediakan Kontena Untuk Orang Yang Pergi Menghadap Illahi Gara Gara Positif Covid 19.

Peningkatan kes jangkitan Covid-19 pada hari ini berada pada tahap membimbangkan apabila mencatatkan bilangan yang hampir mencecah 8,000 kes sehari. Kenyataan tersebut terbukti apabila Kementerian Kesihatan (KKM) berkongsi mengenai sebuah lagi hospital yang terpaksa menyediakan kontena khas untuk menampung jnzh pesakit Covid-19.

Selepas Hospital Sungai Buloh, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas untuk menyimpan jnzh yang pergi menghadap illahi akibat COVID-19. KKM menerusi laman sosial rasmi mereka memberitahu kontena terpaksa disediakan selepas peti untuk menyimpan di Hospital Selayang tidak lagi mampu untuk menampung jumlah kes pemergian yang semakin meningkat.

“Kontena khas yang disediakan Unit Perubatan Fornsik Hospital Selayang ini boleh menempatkan 20 orang yang telah pergi menghadap illahi tambahan memandangkan peti di hospital itu sentiasa penuh,” jelas KKM. Pertengahan Mei lalu, peningkatan kes COVID-19 yang semakin membebankan sistem kesihatan negara menyebabkan Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh terpaksa menyediakan kontena khas sebagai tambahan tempat menyimpan orang yang telah pergi menghadap illahi yang akibat COVID-19.

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*